PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Ahad, 14 Ogos 2011

ANDA KIDAL?

Anda kidal? Takkk....hanya Man Kidal sorang je kidal. Sebab tu dia dapat nama gelaran kidal. Anda ada? 

Akak ada 4 orang anak dan dua darinya adalah kidal iaitu anak lelaki no.2 dan no.3. Dulu masa diaorang belajar menulis, akak paksa suruh diaorang tulis jugak dengan tangan kanan tapi last-last tangan kiri jugak jadinya. Akak pernah dengar orang tua dulu-dulu kata buat kerja dengan tangan kiri adalah tidak sopan. Betul juga kalau difikirkan tapi bukan semua kerja diaorang guna tangan kiri, makan tetap tangan kanan, basuh berak tetap tangan kiri.
Penyebab jadi kidal ni pun tak jelas. Akak cuba juga korek-korek info dari internet. Ada yang kata sebab keturunan dan ada yang kata itu hanya kebiasaan tapi dari apa yang akak baca orang kidal ni sebenarnya banyak untung atau istimewalah kataorang. Antaranya:
1. Cepat respon ransangan
2. Proses data cepat kerana berlaku di kedua-dua belah otak...kiranya otak genius la tu
3. Cenderung menjadi seorang olahraga
4. Mental yang lebih baik di usia tua
5. Lebih kreatif dan ada ciri-ciri keseniaan
6. Lebih bijak, banyak tokoh-tokoh terkenal adalah kidal

Walau bagaimanapun ada jugak kekurangan orang kidal ni. Antaranya:
1. Cenderung rasa cemas dan malu untuk melakukan sesuatu
2. Lebih cepat sakit hati dengar kritikan orang lain padanya
3. Sukar nak menulis dalam buku tebal
4. Sukar guna peralatan seperti gunting, senjata api, tetikus, peralatan dapur dll
5. Kerusi meja dicipta untuk orang tangan kanan, jadi orang kidal kena mengiring sikit baru mudah menulis di atas meja
6. Kadang-kadang cara orang kidal mengiring menulis menyusahkan rakan sebelah yang tidak kidal
7. Kelemahan dalam aspek kesihatan, pengurusan, pendidikan, kerjarumah/surirumah, pelajar

Banyak lagi yang boleh dikongsikan mengenai kidal ni. Tak larat nak tulis dah ni...baca la sendiri kat internet ye!
Tapi satu fakta yang perlu dikongsi ialah:
1. Lebih ramai lelaki kidal berbanding wanita
2. Individu kidal adalah individu elastik
3. Kajian menunjukkan orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang kanan
4. Orang kidal tidak semestinya mempunyai ibubapa yang kidal.
5. 13 Ogos adalah Hari Kidal sedunia, tapi tak payahlah kita sambut, asyik nak tiru omputeh ja...kan...kan

Tangan sape ni?

2 ulasan:

hanyzham hadny berkata...

saya seorg yang kidal. mmg sedikit dugaan lah dalam bab menulis nih...1st masa zaman sekolah dulu...kalo duduk kat makmal mmg ssh nak tulis sebab sempit...member semua menulis sebelah kanan...jadi tangn mcm tak ikut arus ja...sekrg kat kampus plak...kerusi yang satu set dengn meja...meja tu kan sebelah kanan??aduh mmg derita lah nak ambik nota dalam kuliah...

NUR AMINA berkata...

kesiannya org kidal, mungkin anak akak pun mengalami masalah yang sama di sekolah. Wbp kurniaan Allah tentu ada hikmahnya. Syukur apa adanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA