PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Jumaat, 30 Disember 2011

INSAFI DIRI

 
 
Ya Allah, Engkau adalah Rabbku. Tiada Tuhan selain Engkau. Engkau telah menciptakan aku, dan aku adalah hambaMu dan aku selalu berusaha menepati ikrar dan janjiku kepadaMu dengan segenap kekuatan yang aku miliki. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui betapa besar nikmat-nikmatMu yang tercurah kepadaku; dan aku tahu dan sedar betapa banyak dosa yang telah aku lakukan. Oleh itu, ampunilah aku. Tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..آمِين

Khamis, 29 Disember 2011

NAK BANNER BARU





Dah lama banner ni, akak nak yang baru. Nak buat sendiri tak pandai dan tak ada masa. Huhuhu sedihnya, kenapa akak tak pandai macam orang lain.





















Yang mana satu ni nak pilih untuk dibuat banner baru...tak pandai buat orang lidi, tuan dia bukan lidi tapi dah sebesar pelepah nyoq....hahaha

HAPPY BIRTHDAY TO ME

 Aku dah tua 
(Ini gambar mak akak, dah 79 tahun usianya. Akak nanti macam ni la kut ....iras-iras mak) 
 
28 Disember 2012 sekali lagi akak sambut hari lahir secara sederhana, beli kek dan makan-makan dengan family. Umur dah bertambah. Makin tua tapi makin menjadi-jadi. Kedut-kedut halus, jeragat, jerawat dah mula timbul. Uban pun dah ada seurat dua menyedarkan akak bahawa dunia kata pergi, kubur kata mari.

Ramai yang ucap tahniah termasuk sanak saudara dan rakan taulan. Terima kasih semua. Dalam fb ramai yang doakan akak, terima kasih, akak amat menghargainya. Sayang kamu semua. Suami akak pulak buat dono ja, ingatkan dia lupa...rupanya ada surprise. Tqvm sayang. Sedap sangat kek tu. Hadiah tu pun sangat cantik dan sukaaa.... sangat.

Aku dah makin tua.
Dah tak larat nak naik tangga,
Baju pun dah tak muat,
takde masa untuk menyemat.

Badan aku semakin berat,
Nak naik tangga pun dah tak larat,
Apatah lagi nak mengorat,
seluar yang aku pakai pun makin sendat.

Aku dah makin tua,
selalu pening kepala,
nak menulis pun takde masa.
Asyik terlentang mengadap siling,
Kipas angin laju berpusing.

Aku dah makin takde kederat,
Nak berlari dah tak larat.
Kena elak makan banyak karbohidrat,
No kolestrol, no makanan berat-berat.

Aku dah makin tua,
Selalu migraine pening kepala
Kadang-kadang juga pelupa.
Eh hari ni hari apa?

badan aku makin besar,
Makin gemuk dan makin sendat.
Kawan jumpa tanya kenapa makin bulat?
Aku jawab banyak makan takde exercise,
sebab itu terlebih size.

Aku makin tua,
Semakin hari semakin takde tenaga.
Naik tangga pun aku cuba nak gagah,
Sampai diatas termengah- mengah.

Aku makin tua.
muscle makin kecut dan kendur,
Bila tiba waktunya akan datang juga,
Masa untukku baring dan terus tidur.

(Copy blog Saat Omar - TQVM)

Selasa, 27 Disember 2011

KEINGINANKU

 baby pun tahu malu...apatah kita yang telah dewasa dan tahu halal haramnya
"Barangsiapa yang ingin bertemu Allah, maka Allah juga ingin bertemu dengannya." (HR. Muslim) 
Keinginanku 'aku tidak malu saat bertemu dgn اَللّهُ '
Mari adik, kakak, abang, ayah, ibu, makcik, pakcik, atok, nenek kita menyimpan azam untuk menjadi orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga hidup kita akan bahagia di dunia & akhirat. Ameen..........

TAHUKAH KAMU


TAHUKAH KAMU.....

Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah ...maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

kredit: Keluarga Besar Islam Malaysia

KATA IMAM AL GHAZALI

 
Kata Imam Ghazali dalam Al-Ihya: Dalam diri manusia terdapat 4 sifat :

1. Sabiyah (kebuasan)
2. Bahimiyah (kebinatangan)
3. Syaithaniyah (kesyaitanan)
4. Rabbaniyah (ketuhanan)

Jika sifat rabbaniyahnya berhasil mengalahkan dan mengendalikan ketiga sifat yang lain, maka akan timbul sifat-sifat yang baik seperti:

> menjaga kehormatan diri (iffah)
> cukup dengan apa yang ada (qanaah)
> tenang
> zuhud
> wara’
> takwa
> malu
> jujur
> berani
> dermawan
> sabar
> suka menolong
> tahan menderita
> suka memaafkan
> teguh pendirian
> mulia
> pandai
> selalu ceria (senyum)
Alhamdulillah siapa yang ada sifat Rabbaniyah...akak belum ada semua sifat baik tu...huhuhu 

Jumaat, 23 Disember 2011

HAPPY ANNIVERSARY MY HUBBY

 Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 19 buat suamiku
Semoga kita terus kekal bahagia hingga akhir hayat

I have someone who makes me laugh even though I feel bad
I have someone who makes me feel loved when I feel alone
I have someone who tells me I am beautiful when I don't feel like one at all
I have someone who gives me reassurance when everything's a doubt

I have someone who's willing to sacrifice everything for my wants and needs

I have someone who's an epitome of fun and laughter for my most horrible days

I have someone whose comfort takes my mind to scenes of beautiful mornings
with him in my arms

I have someone whose overflowing care never cease to secure me

I have someone who simply loves me whole heartedly and honestly
And I'm glad to have you... 

Rabu, 21 Disember 2011

PAHALA BERKAWIN DOSA BERCOUPLE

 SYOKNYA KAWIN
KELEBIHAN NIKAH:

saat akad nikah ~ dapat PAHALA!
suami peluk isteri ~ dapat PAHALA!
cium isteri ~ dapat PAHALA!
renung isteri ~ dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri ~ PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri ~ PAHALA!
suami pegang isteri ~ PAHALA!
suami marah isteri (untuk menegur) ~ PAHALA!
suami imamkan isteri ~ BERLIPAT KALI GANDA PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain ~ PAHALA!
suami setubuh isteri ~ PAHALA!
main kenyit² mata dengan isteri ~ PAHALA!

Allahurabbi.. SERONOKNYA..

Tapi kalau couple? Tak dapat pahala, senyum² manja pon dah BERDOSA.
(curik dlm fb org)

#WW TIDUR BERDUA

Malam ini tak ingin aku sendiri, ku cari damai bersama bayanganmu, hangat sentuhan yang masih ku rasa, kau kasih....kau sayang....

Tanyalah pada siapa pun di dunia ini, jawapannya pasti mereka tidak ingin sendirian menjalani hidup ini. Semua  orang ingin berkeluarga, berkahwin, beranak-pinak. Kalau tidak ingin berkahwin pun, mereka pasti ingin ada seseorang di sisi tidak kira keluarga atau sahabat. Lumrah hidup ingin disayangi dan menyayangi. Justeru berkahwin adalah caranya untuk tidur berdua sambil melahirkan rasa sayang menyayangi. Tak percaya??? tanya sama pokok...............  

AJAIBNYA TANGAN IBU

 
Ketika kita lapar…tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus…tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis…tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira…tangan ibu yang menadah syukur, memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk…tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi…tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan, membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita dilanda masalah…tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.
Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan…tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit…di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad…
Ketika jenazah ibu nak dimandikan…
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib…
Sentuhan ibu, sentuhan kasih…
Boleh membawa ke Syurga Firdausi…
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi…
(kredit: iluvislam)

Isnin, 19 Disember 2011

USAH BERMURAM DURJA

  USAH BERMURAM DURJA
  ☑Setiap ilmu ada amalannya..
  ☑ Setiap perkara ada sebabnya..
  ☑ Setiap persoalan ada jawapannya..
  ☑ Setiap perlakuan ada ganjarannya..
  ☑ Setiap kesulitan ada kemudahannya..
  ☑ Setiap kesenangan ada rahmatnya..
  ☑ Setiap kehidupan ada ujian dan dugaannya..
  ☑ Setiap takdir ada hikmah di sebalik ketetapannya..

Lalu, renungi dengan mata hati..
Berfikir dengan akal kurniaan ILAHI..

Ahad, 18 Disember 2011

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Sabtu, 17 Disember 2011

MAIN OMBAK RINDU





Inilah antara gambar-gambar pemandangan yang akak ambil ketika di Langkawi. Seronoknya bermain ombak yang tak ganas tetapi membelai. Melihat ombak menghempas pantai hati tiba-tiba sayu dan rindu pada orang tersayang....cewah
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Akak juga suka tengok matahari terbenam. Subhanallah cantiknya ciptaanMu Ya ALLAH. Rasa kerdil diri ini melihat kebesaranMu.

Ahad, 11 Disember 2011

82 RAHSIA

 mana tahi lalat Tiz ni...tersembunyi la pulak, maniskan tahi lalat kat bibir dia
RAHSIA TAHI LALAT

1. Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai
2. Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati
3. Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yang suka
4. Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah
5. Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita
6.Leher kiri - Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
7. Leher di tengah - Tercapai cita-cita
8. Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong
9. Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati
10. Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas
11. Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki
12. Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan
13. Punggung kiri - Malas dan suka duduk
14. Betis kanan - Suka berhibur, boros
15. Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur
16. Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
17. Lutut kiri - Kurang kuat berusaha
18. Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita
19. Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan
20. Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun
21. Kening kanan - Cerdas dan cekap
22. Kening kiri - Cerdas dan sopan santun
23. Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal
24. Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah
25. Hujung mulut kiri - Suka berfoya-foya
26. Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia
27. Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta
28. Pergelangan kaki kanan - Suka keluar rumah
29. Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat
30. Batang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
31. Pada hidung - Banyak rezeki
32. Dagu bawah kanan - Jujur dan baik hati
33. Dagu bawah kiri - Bijaksana, dan berbudi luhur
34. Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama
35. Di kepala kemaluan (lelaki) - Bakal beristeri dua
36. Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan
37. Tumit kiri - Baik budi
38. Alis kanan - Suka menolong dan baik hati
39. Alis kiri - Ramai yang suka
40. Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat
41. Pangkal peha kiri - Suka kerja apa pun
42. Telapak kaki kanan - Tak mudah mengeluh
43. Jari kaki kanan - Suka menolong
44. Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik
45. Bahu kanan - Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
46. Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
47. Buah dada kanan - Baik hati, pendiam, simpan rahsia
48. Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan
49. Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan
50. Lengan kiri - Menepati janji dan rajin
51. Pipi kanan - Ramai teman
52. Tengah-tengah pipi kanan - Ramai yang suka
53. Tengah-tengah pipi kri - Ramai teman
54. Ubun-ubun - Kurang jujur
55. Pusat - Cerdas, tangkas, tekun
56. Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup
57. Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan
58. Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup
59. Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup
60. Dada kanan - Dapat mengatasi masalah
61. Dada kiri - Berani, jujur dan sabar
62. Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh
63. Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya
64. Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kejayaan
65. Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong
66. Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan
67. Jari tangan kiri - Serba baik bekerja
68. Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tetapi boros
69. Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat
70. Pergelangan tangan kanan - Boros, suka bersukaria
71. Pergelangan tangan kiri - Dapat berpangkat
72. Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf
73. Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya
74. Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri
75. Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan
76. Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta
77. Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya
78. Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha
79. Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya
80. Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka
81. Kelopak mata kanan bawah - Agak malas
82. Kelopak mata kiri bawah - Agak bodoh, kurang bijaksana

Ini hanya kajian jgn percaya tau, tak patut betul...ada ke pulak kata akak ni bodoh sebab ada tahi lalat kat kelopak mata kiri bawah. Lepas tu baik budi, ramai yang cinta...auw...auw  (macam nyah la pulak) sebab ada tahi lalat kat sudut mata kanan luar.
Yang sangat akak geram dan tak nak percaya...suami akak dikatakan bakal beristeri dua....ops pecah rahsia...jangan percaya, joke only...hahahah.....

AWAK LA KAWAN SAYA

 kawan sejati saling kasih mengasihi
1) kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar... dah dapat...disepak...
2) kawan tu bukan macam main SKATE . Mula-mula gosok..  lepas tu pijak...
3) kawan tu bukan macam main RAGBI. Mula-mula tangkap.. . dah dapat...ditendang.. .
4) kawan tu bukannya macam PAMPERS . dah pakai,buang.. 
5) kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS . Waktu baru beli pakai. .. Dah sengkek gadai. ..
6) kawan tu bukan macam KERETA . Rosak sikit,jual. .. ambik kereta baru.. .
7) kawan tu bukan macam biskut CHIPSMORE . kejap ade kejap takde.. .
8) kawan tu bukan macam BANK . Bila dah takde duit,pegi kat sana ambik. ...
lagi...kawan tu mcm ape ye????
Haa.. . kawan tu mcm AWAK LA . .
bila saya buat entry baru, awak akan baca entry saya dgn teliti sampai habis...lepas tu follow, jerit dan komen...
Walau ape pun tanggapan org tentang kawan... bagi saya,  kawan tu penting.
Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih,berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara . Tapi memang susah nak jumpa kawan sejati macam tu kan. Nak tak awak jadi kawan sejati saya?

OH BULAN

 Bagai pungguk merindukan bulan purnama

Andai dapat ku capai bulan mengambang penuh kan ku hadiahkan di hari jadimu

Teringat satu pantun ni, kalau tak silap ada dalam buku teks zaman akak sekolah dulu-dolu
Oh bulan mana bintang
atas pucuk kayu ara
Oh kawan bila datang
Mari kita bermain segera
Saya datang dari laut
Abang datang dari bukit
Abang makan apa lauk
Bolehkah beri saya sedikit

Banyak pantun, puisi, syair, lagu, tajuk lagu pasal bulan. Sampaikan wajah cantik pun orang umpamakan bak bulan purnama. Siapa pernah sampai ke bulan? Nampaknya tak ada yang angkat tangan tu...hehe tapi kalau tanya sapa pernah datang bulan, mesti ramai pembaca wanita angkat tangan ye! yang lelaki angkat pi la sbb akak tak nampak...hahaha 

Ramai orang tahu malam ni gerhana bulan. Akak pun tengok tadi...Subhanallah, Allahhuakbar...cantiknya bulan ciptaan Allah. Akak memang suka tengok bulan, bintang dan langit waktu malam. Masa kecik2 dulu kat kampung akak suka buka tingkap tengok langit, tak rasa gerun dan takut pun tapi sekarang, macam-macam akak terfikir bila buka tingkap. Takut orang la, takut hantu la...hehe maklum sekarang ni banyak cite hantu kat TV. Sekarang ni pun kat astro citra ada cite hantu Filipina. Akak layan gak sebab anak2 nak tengok. Mak pun tumpang sekaki.

Berbalik pada cite gerhana bulan malam ni, akak awal2 lagi dah tunggu, nak tengok step by step. Kebetulan cuaca kat Alor Setar cerah, tak banyak awan malam ni, nampak clear ja bulan penuh. Suami akak ke surau dan khabarnya diaorang akan buat solat sunat gerhana bulan. Akak uzur...hehe tak boleh la solatkan. Lepas balik surau suami akak join sekali. Sambil ambik angin yang dingin sepoi-sepoi bahasa (betul ke angin macam tu...percaya je la...heheh), akak dengan suami dan anak-anak tunggu ja tengok bulan tu, mesti la ambik kesempatan ni sebab gerhana penuh macam ni lambat lagi berlaku, kalau tak silap kena tunggu tahun 2014, itu pun tak dapat lihat penuh macam malam ni. Sayangnya akak tak ada kamera canggih, kalau tidak boleh snap gambar bulan gerhana ni. Kamera cokia ada la, nama ja nikon tapi tak sampai ke langit pun. Tapi bila akak ambik gambar guna kamera nikon ni waktu malam, cantik sangat gambar-gambar tu. Kadang-kadang nampak cahaya-cahaya putih yang berkeliaran merata-rata. Takut jugak sesekali tengok macam hantu ja.

Gerhana dah hampir habis. Akak pun dah rasa mengantuk. Alhamdulillah diberi Allah peluang untuk menyaksikannya. Mudah-mudahan akak dan semua pembaca diberi rahmat dan sentiasa di dalam keredhaan Allah. 

Jumaat, 9 Disember 2011

HASIL TAKLIMAT SBPA


Kemarin akak hadir taklimat Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) di Ibu Pejabat. Setelah dengar penerangan, 4 tajuk selama setengah hari, baru la faham sikit apa tu SBPA. Sekarang ni masa untuk berfikir sama ada nak tandatangan atau tidak. 16 - 31 Dis 2011, tempoh 15 hari diberi untuk kita menandatangani borang opsyen SBPA. Hasil dari taklimat kemarin, akak rasa tak ada ruginya kalau akak memilih skim baru ni. Banyak juga kelebihan untuk akak, berdasarkan jabatan, jawatan, pengalaman, kekananan, tempoh bekerja, gaji dan prestasi kerja. Akak tak tahu la pulak pada orang lain. Pada akak nampak kelebihan semuanya. Antaranya:
1. Gaji: kenaikan gaji tahunan bertambah tapi kena rajin kerja la, sekarang pun rajin, tak bodek bos, memang ikhlas kerja, niat kerana Allah, nak cari rezeki halal bantu suami.
2. Mobiliti: akak boleh cari pengalaman kerja kat jabatan lain, kalau dah jemu kat jabatan sekarang, gaji tetap tak rugi, naik lagi ada, tambah2 ada pengalaman dan kelayakan, itu pun kalau jabatan lain nak terima kita...hehe (sekarang ni akak kena ikat dgn jabatan dan jawatan)
3. Akak pun tak lama lagi nak pencen...hehe berangan, duit ganjaran pencen dapat masa umur 55 tahun, walaupun kita opsyen pencen umur 55, 56, 58 atau 60 thn, syok la tak payah tunggu dah pencen betul br dpt duit ganjaran. Ditakdirkan mati umur 58, sempat la rasa duit ganjaran tu masa umur 55, sempat 3 tahun pun jadi la. Kerja 30 tahun nak la juga merasakan hasil titik peluh kita, tapi kalau dah ditakdirkan mati awal, redha kerana semua tu Kuasa Allah. Hanya DIA Maha Mengetahui.
4. Dapat Piala Perkhidmatan Cemerlang: berangan pi la walaupun tak mungkin dapat. Dah 2 kali akak dapat anugerah cemerlang, dapat duit habis macam tu ja, sijil pun simpan, tak dak sapa tau tapi skim SBPA dia bagi Piala Perkhidmatan Cemerlang, macam mana bentuk, tinggi mana tak tau la....harap2 setinggi menara petronas...haha...
5. Bulan ni dapat bonus setengah bulan gaji, bulan satu gaji SBPA dapat kenaikan dan gaji baru, campur tolak campur tolak, dapat beli keta baru....haha (jangan ikut tau, otak nak perabih duit ni!)

Banyak lagi kelebihan akak nampak, terutama pada orang-orang yang baru keja. Jadi tak ada ruginya pilih SBPA. Tandatangan cepat.....dapat gaji cepat, boleh pi shopping cepat.....jom heboh heboh.....    

ALLAH SENTIASA BERSAMAMU

Alihkan matamu ke arah laut,
airnya cantik membiru dan penuh ketenangan,
tapi hanya ALLAH sahaja yang tahu rahsia didalamnya...

Begitulah dengan kehidupan manusia,
riang ketawa tapi hanya ALLAH
yang tahu rahsia kehidupannya...

Jika kau kecewa,
pandanglah ke sungai,
airnya mengalir biarpun
berjuta batu menghalang...

Jika kau sedih,
pandanglah ke langit,
kau akan sedar bahawa
ALLAH sentiasa bersamamu...
copy fb kawan, kredit: Rabiatul

Isnin, 5 Disember 2011

SURAH MUSTAJAB

Rasulullah S.A.W bersabda terdapat 10 surah yang patut kita baca kerana ia mustajab dengan izin Allah Taala. Mari sama-sama kita amalkan.

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN


Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.


3. SURAH AT-DHUKHAN


Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.


4. SURAH AL-WAQI'AH


Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.


5. SURAH AL-KHAUTHAR


Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.


6. SURAH AL-KHAAFIRUUN


Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.


7. SURAH AL-MULK


Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadhilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur.


8. SURAH AL-IKHLAS


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."


9. SURAH AL-FALAQ


Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.


10. SURAH AN-NAS


Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

kredit: Dunia macam-macam 

Ahad, 4 Disember 2011

JAGALAH AURATMU WAHAI WANITA


Satu helai rambut dilihat oleh seorang bukan mahram = Menjadi seekor ular yang mematuk kepala kita
2 helai + 3 orang = 2x3 = 6 patukan 
10 helai + 7 orang = 10x7 = 70 patukan 
1000 helai + 70 orang = 1000x70 = 70000 patukan.. 
semua helaian rambut + semua lelaki bukan mahram = ??? patukan... Nauzubillah......
Jagalah auratmu kaum Hawa, sebelum terlambat. Berdoalah supaya Allah S.W.T menjauhi kita daripada azab-Nya yg cukup dahsyat. AMIN....
KREDIT: MOHD ALIF

WANITA PERLU CEREWET PILIH SUAMI


UNTUK RENUNGAN KAUM ADAM & HAWA

Seharusnya lelaki tidak harus meletakkan piawaian yang terlalu tinggi untuk calon idaman hatinya. Ini kerana jika IMANnya hebat, maka dia akan dapat memimpin dengan baik, tidak kira siapa pun yang akan menjadi makmumnya kelak

Yang harus cerewet pastinya adalah Wanita. Ini kerana dia sedang memilih calon IMAMnya. Dan sudah pasti, dia mahukan calon Imam yang mampu membimbingnya dengan baik didunia untuk dibawa bekalan di akhirat kelak

Ini kerana memilih bakal Imam, lebih penting dari memilih bakal Makmum

Jika betul IMAMnya, maka betullah MAKMUMnya... Insya-Allah...

kredit: Imam Muda Nazrul

Jumaat, 2 Disember 2011

ORANG BESAR

Banyak hari akak tak update blog dan blog walking sebab sibuk dengan urusan dunia...alahai sampai urusan akhirat tunggang terbalik...donia....donia....
Akak sibuk dengan kerjaya, sibuk buat persiapan sambut org BESAR. BESAR di dunia saja la, di mata Allah kita tetap sama.
Macam-macam yang perlu kita tahu tentang orang BESAR ni. Dia suka makan apa, suka minum air apa, suka warna apa, suka bunga apa, suka apa-apa je la....susahnya nak layan orang BESAR ye!
Akak pun besar jugak...besar perut...hehe
Mohon doa pada Allah, kalau akak jadi orang BESAR nanti....manalah tahukan...BETUL TAK?, harap akak tidak BESAR kepala.
SEMUA MANUSIA SAMA DI SISI ALLAH. PANGKAT DAN DARJAT HANYA DI DUNIA. HANYA IMAN DAN AMAL YANG MENENTUKAN KE MANA KITA...SYURGA ATAU NERAKA.   

Selasa, 29 November 2011

PANJANGNYA LIRIK


Panjangnya lirik lagu ni. Tajuknya AKU MAAFKAN KAMU nyanyian Malique feat Jamal Abdillah. Dalam maksudnya tu bagi orang yang faham la...tapi akak ni lembab sikit, hehe tak faham sangat....sapa faham ceciter sat

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi
 dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi
 susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali
 terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Kenapa awak tak pukul mereka?
Saya tak suka pada keganasan
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Sabtu, 26 November 2011

KENAPA KITA DIUJI ALLAH


Esok kita bakal menyambut 1 Muharram, kita akan melangkah ke tahun baru Hijrah. Sekejap saja tahun berganti tahun. Tahun yang bakal ditinggalkan ini mencipta bermacam-macam sejarah yang pastinya menjadi kenangan sama ada pahit atau manis kepada kita. 
Akak turut merasai kesedihan kawan-kawan dan kaum keluarga yang kehilangan orang tersayang. Lima hari lepas kawan akak kehilangan suami tersayang. Sedih rasanya kerana belum setahun dia mendirikan rumahtangga, suaminya telah kembali ke rahmatullah. Ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Allah. 
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

Bentuk-bentuk ujian yang diberikan:

Di dalam al-Quran, ada disebutkan ujian-ujian yang diberikan oleh Allah kepada kaum manusia hambanya.
Antaranya adalah :

1. Dugaan yang diberikan kepada kaum Nabi Musa dan Harun adalah dengan anak lembu, yang mana mereka jadikan sembahan. (al-A’raf: 148, Thohaa: 90)
2. Unta betina sebagai ujian buat kaum Tsamud (al-Qamar: 27)
3. Bangunan-bangunan tinggi (yang mewah) buat kaum ‘Ad (al-Fajr: 7-8)
4. Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum Musyrik dengan kebakaran. (al-Qalam: 17)
5. Ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan. (al-Baqarah: 155)
6. Anak-anak serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15)
7. Jihad sebagai ujian bagi orang yang beriman (al-‘Ankabut: 6)
8. Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49)
9. Kekayaan dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16)
10. Kehidupan serta kematian sebagai ujian. (al-Mulk: 2)
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH. MARILAH KITA BERHIJRAH KE ARAH KEJAYAAN DI DUNIA & AKHIRAT.

Jumaat, 25 November 2011

4 KEMULIAAN UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W

 
4 Kemuliaan Umat Nabi Muhammad S.A.W

Nabi Adam A.S. berkata : Sesungguhnya Allah SWT telah memberi kepada umat Muhammad 4 kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku iaitu:-

1- Menetapkan tempat taubatku di Makkah sedangkan umat Muhammad diterima taubat mereka di mana-mana tempat.

2- Dahulu aku berpakaian tetapi apabila aku berdosa ditelanjangkan, sebaliknya umat Muhammad berbuat dosa dengan telanjang Allah SWT tetap memberi pakaian pada mereka.

3- Ketika akau berbuat dosa, aku dipisahkan dengan isteriku, tetapi umat Muhammad berbuat dosa tidak dipisahkan dengan isteri mereka.

4- Saya melakukan dosa didalam Syurga lalu dikeluarkan, tetapi umat Muhammad berbuat dosa di luar Syurga kemudian mereka dimasukkan ke dalam Syurga.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S: 786.

Rabu, 23 November 2011

WORDLESS WEDNESDAY: MONYET GATAL

Ingatkan orang ja yang gatal tapi monyet pun gatal jugak ye! Bagi penampau sebijik baru tau ....hehe

WORDLESS WEDNESDAY: CEPAT KAWIN TAU

HIDUP SINGLE = boring
HIDUP SKANDAL = berdosa
HIDUP BERUMAHTANGGA = bila lagi ???

Pada adik-adik akak yang masih single dan selalu rasa boring tu maka cepat-cepatlah cari jodoh. Akak lapar nasi minyak ni! Jangan lupa jemput akak ye!

Selasa, 22 November 2011

WORDLESS WEDNESDAY 2

TANDAS MESRA
 
Ada jugak tandas macam ni ye! Kat rumah sapa la ni. Mesra sungguh diaorang ni. Akak tak sanggup...sapa sanggup 'melabur' sambil berbual mesra kat tandas ni....hehe...ada yang angkat tangan tu! Tahniah pada anda yang mampu bermesra kat sini. 

Isnin, 21 November 2011

JANGAN BERSEDIH

 
~✿..KESEDIHAN tidak selamanya menutup sinar KECERIAAN di hati dan KEBAHAGIAAN juga tidak selamanya BERTAKHTA di sanubari..usirlah keresahan, kekecewaan dan kehampaan yang memilukan dari terus mencengkam dan membelenggu hati..hadirkanlah rasa KEHAMBAAN kepada Allah dengan KEIMANAN yang sebenar agar segala kekusutan yang menyedihkan itu tersirna dari hati insani..✿~

"Setiap BENCANA yang menimpa di bumi ini dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah TERTULIS dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak BERSEDIH HATI terhadap apa yang luput dari kamu dan tidak pula TERLALU GEMBIRA terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah TIDAK MENYUKAI setiap orang yang sombong dan membanggakan diri.”
(Surah Al-Hadid : 22-23)

>>> Jangan bersedih wahai hati, hidup ini lebih BERMAKNA jika dirimu mampu berdepan dengan masalah dunia dengan sebaiknya..usirlah sedih, usirlah sepi..hadirkanlah sinar di hati, bangkitkanlah kembali semangat dalam diri..ya Allah di saat ini, aku terlalu memerlukanMu di sisi..♥♥♥
Kredit: Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah

Khamis, 17 November 2011

LARANGAN DALAM TIDUR

 
5 LARANGAN DALAM TIDUR

1. JANGAN TIDUR MEMAKAI JAM TANGAN
Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya.

2. JANGAN TIDUR MEMAKAI COLI (buat perempuan)
Para pengkaji di Amerika mengatakan bahawa memakai coli lebih 12 jam, boleh mengakibatkan kanser payudara.

3. JANGAN TIDUR MEMBAWA HANDPHONE
Gelombang Medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem syaraf kita

4. JANGAN TIDUR KETIKA MASIH MEMAKAI MAKE-UP
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas

5. JANGAN TIDUR DENGAN ISTERI ORANG (buat lelaki)
Ini kerana anda mungkin akan tidur selamanya, kehkeh.
ikuti la tips yg bergune ni... XD
peace no war...
copy fb kwn

Selasa, 15 November 2011

BADAN PEJAL DENGAN AIS


Tips kecantikan wanita Perancis mudah saja. Bagi mendapatkan tubuh yang pejal, munggil dan menggoda, mereka akan mandi di dalam air sejuk. Selain itu mereka juga gemar merendam payudara dalam air sejuk yang ditambah ketulan ais. Ais dapat menegangkan saluran darah kecil dalam kulit. Rangsangan yang terjadi ini akan menjadikan payudara mereka kelihatan lebih tegang dan cantik. Cubalah tip ini untuk tampil lebih yakin dan menawan! (Majalah Rapi)

p/s: Nak cuba rendam dalam air sirap...merah itu menawan...hahaha

CUBA ANDA BAYANGKAN

 
Cuba anda bayangkan ibu anda. Ingat betul-betul wajahnya, masih ayu atau dah kedut seribu. Wajah seorang ibu yang telah melahirkan anda, abang anda, kakak anda, adik anda dan yang telah menjaga anda dengan penuh kasih sayang. Tahukah anda apa yang ibu anda rasa waktu melahirkan anda dan semua adik, abang, kakak anda. Tahukah anda badan manusia hanya mampu menahan sehingga 45 del (unit) kesakitan. Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 del (unit) kesakitan. Ini sama dengan mematahkan 20 tulang secara serentak. Sekarang bolehkah anda bayangkan, kesakitan & kasih sayang seorang ibu?
Kredit: Anwar Fadzil
 
p/s: Akak bukan nak mengungkit tentang kesakitan yang telah akak rasa sewaktu melahirkan empat orang anak, tiga lelaki dan seorang perempuan tapi kata orang tua-tua akak boleh dianggap telah putus 7 urat sebab melahirkan anak lelaki putus 2 urat dan anak perempuan 1 urat. Mak akak lahirkan 10 orang, 4 lelaki, 6 perempuan jadi lagi banyak urat dia putus. Sedih tengok wajah mak yang dimakan usia
Ibu ratu hatiku, pengorbananmu melahirkanku amat dihargai. Terima kasih ibu.

Ahad, 13 November 2011

SEBAB AKAK GEMUK

 Ni gambar sebelum treatment

Semenjak dua menjak ni hubby akak selalu tegur akak dah gemuk. Dia tak bagi akak makan nasi waktu malam tapi dia boleh pulak, mana aci, akak masak penat-penat mesti la kena makan...betul tak? Akak dulu slim ja, berat tak pernah melebihi 55 kg. Lepas bersalin anak bongsu hari tu berat akak 52 kg je tapi sekarang mak oi dah naik 8 kg. Patut banyak baju dah mengecil, kecut ja bila nak pakai. Ini tak boleh jadi, akak kena exercise ni, nk kembalikan berat badan ideal bukannya senang. Akak dah diet secara salah sampai dapat gastrik. Baru akak tahu macamana rasanya gastrik...uish sakit sungguh. Akak dah pergi Mayfair, habis dekat RM 800 tapi akak tak suka kena banyak pantang, minum teh pun tak boleh...mana tahan makan oat dan epal hijau ja...hehe akak lari tak habiskan treatment. Lepas treatment berat turun jugak 2 kg, lepas tu naik balik 2 kg. Naik turun naik turun. Akak sekarang ni cuba tak makan malam, dah 3 hari dah tak makan, cuma minum segelas anlene gold sebelum tidur. Harap-harap dapat bertahan la seminggu dua...hehe harap pi la. Akak ada terbaca tentang nilai kalori makanan. Akak fokus pada makanan kegemaran akak je:-
1. Laksa - 1 mangkuk (680 gm) = 470 kcal (2 gm lemak), akak selalu makan 2 mangkuk
2. Mi kari - 1 mangkuk (520 gm) = 670 kcal (36.8 gm lemak), akak selalu makan semangkuk je
3. Bihun Sup - 1 mangkuk (580 gm) = 510 kcal (1.7 gm lemak), akak selalu makan 2 mangkuk
4. Nasi Paprik - 1 pinggan (355 gm) = 505 kcal (5.1 gm lemak), akak selalu makan sepinggan je
5. Rojak - 1 pinggan (330 gm) = 750 kcal (51.2 gm lemak), akak selalu makan 2 pinggan
hah cuba kira, berapa banyak lemak de....
sapa nak kurus jom....timbang berat anda...kuang kuang kuang

p/s: Jangan suruh akak cuba ubat-ubatan, makanan herba dll, akak dah try macam2 cth. Herbalife, detoxslim, set beautiful, maajun kurus, pil tradisional mcm2 nama, teh kurus, mesin urut pecah lemak pun ada, dok berabuk dalam kotak, patch slim pun ada, susu utk kurus pun pernah minum tapi semua tak pernah pun akak habiskan dan cuba bersungguh-sungguh...adoyai....   

  Ni gambar selepas treatment....ala tomei tomei

MAKLUMAT BERKAITAN KAABAH

 
Kisah Kaabah yang tidak ramai ketahui

Sedikit maklumat berkaitan Kaabah
 
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
 
Subhanallah...Hanya Allah Maha Mengetahui. Teringin sangat untuk ke sana...

Kredit: Misteri & Keajaiban Alam

Sabtu, 12 November 2011

CERITA SEDIH


Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...
Kredit: Himpunan Cerita Sedih

Jumaat, 11 November 2011

MIMPI RASULULLAH

 
Pesanan Dari Mimpi Rasulullah

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah R.A berkata, Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam  sebelum aku di Israqkan..."

1. Aku telah melihat seorang daripada umatku telah didatangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.

2. Aku melihat seorang daripada umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka dia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan menggunakan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan ke dalam mulutnya dan dikeluarkan rantai tersebut melalui duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi oleh kerana SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dia dihalang daripada meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T memberinya minum hingga dia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpin ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.

7. Aku melihat seorang daripada umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T lalu menabir muka dan kepalanya daripada bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKAN PESANKU KEPADA YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Khamis, 10 November 2011

PERKONGSIAN MALAM JUMAAT

 
~ Sekadar perkongsian ~


.......dulu hamba sendiri dgr lagu2 sblm tidur..kdg2 sampai tak tertutup lagu tu..satu hari....ibuku menegurku, 'kalau lah mati dalam tidur mcm mana?? bknnya kalimah ALLAH yg didgr, tapi alunan muzik!!!'..


....jadi di sini ada sedikit perkongsian dan ingatan bg rakan2 dan diriku juga.. =)


Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur

sebelum melakukan empat perkara, yaitu :


1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meridhai kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah


"Bertanya Aisyah :


"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"


Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas

tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.


Bismillaahirrahmaanirrahiim,


Qulhuallahu ahad' Allahushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul

lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )


Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.


Bismillaahirrahmaanirrohiim, Allahumma sollii 'alaa syaidinaa

Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )


Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Astaghfirullahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum

wa atuubu ilaih ( 3 x )


Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka

seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"


Bismillaahirrahmaanirrahiim, Subhanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha

illalloohu allahu akbar(3 x )


Sekian untuk ingatan kita bersama.



Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan (beristiqamah wlaupun sdikit) bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA