Esok kita bakal menyambut 1 Muharram, kita akan melangkah ke tahun baru Hijrah. Sekejap saja tahun berganti tahun. Tahun yang bakal ditinggalkan ini mencipta bermacam-macam sejarah yang pastinya menjadi kenangan sama ada pahit atau manis kepada kita.
Akak turut merasai kesedihan kawan-kawan dan kaum keluarga yang kehilangan orang tersayang. Lima hari lepas kawan akak kehilangan suami tersayang. Sedih rasanya kerana belum setahun dia mendirikan rumahtangga, suaminya telah kembali ke rahmatullah. Ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Allah.
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.
Bentuk-bentuk ujian yang diberikan:
Di dalam al-Quran, ada disebutkan ujian-ujian yang diberikan oleh Allah kepada kaum manusia hambanya.
Antaranya adalah :
1. Dugaan yang diberikan kepada kaum Nabi Musa dan Harun adalah dengan anak lembu, yang mana mereka jadikan sembahan. (al-A’raf: 148, Thohaa: 90)
2. Unta betina sebagai ujian buat kaum Tsamud (al-Qamar: 27)
3. Bangunan-bangunan tinggi (yang mewah) buat kaum ‘Ad (al-Fajr: 7-8)
4. Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum Musyrik dengan kebakaran. (al-Qalam: 17)
5. Ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan. (al-Baqarah: 155)
6. Anak-anak serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15)
7. Jihad sebagai ujian bagi orang yang beriman (al-‘Ankabut: 6)
8. Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49)
9. Kekayaan dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16)
10. Kehidupan serta kematian sebagai ujian. (al-Mulk: 2)
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH. MARILAH KITA BERHIJRAH KE ARAH KEJAYAAN DI DUNIA & AKHIRAT.
1 ulasan:
salam kenal :) dtg dr blog abg ben..
Catat Ulasan