PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Khamis, 31 Mei 2012

WANITA DIJADIKAN DENGAN PENUH KEINDAHAN

 
Rasulullah s.a.w berpesan kpd anaknya Fatimah,
Wahai anak kesayanganku"Apabila wanita mengandung, maka malaikat memohon ampun baginya, jika dia melahirkan anak Allah ampunkan dosanya, apabila dia meminyakkan rambut anaknya, Allah memberikan pahala kpdnya.
Apabila dia tersenyum di hadapan suaminya, Allah memandangnya dgn pandangan penuh kasih sayang.
Begitu indahnya menjadi wanita, dengan kelembutan dan kasihnya dapat merubah dunia. Oleh itu jadikanlah dirimu wanita solehah agar negara ini menjadi indah kerana dirimu dijadikan dgn penuh keindahan..Aamiin...
(Ustz. SNB)

PANDUAN MENDIDIK ANAK MENGIKUT ISLAM

 
Panduan Mendidik Anak Mengikut Islam
========================

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
(Sayang anak collections)

PERKARA YANG DISEMBUNYIKAN OLEH ALLAH


6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. 
(Mohammad bin Azizan) 

Selasa, 29 Mei 2012

CALON ISTERI YANG LELAKI MAHU

 
Spesifikasi Minima Calon Isteri Yang Lelaki Mahu
--------------------------------------------------------

1. Solat fardhu cukup 5 waktu bila tidak uzur.

2. Istiqamah (konsisten) baca al-Quran sekurang-kurangnya satu muka surat sehari. Baca al-Quran ni boleh tenangkan diri bagi perempuan yang emosi dia cepat marah or cepat berleter.

3. Menutup aurat. At least perlahan-perlahan ke arah tutup aurat dengan sempurna. Dari tudung singkat ke tudung tutup dada dan seterusnya. Dalam hati seorang lelaki yang baik sebenarnya suka yang bertudung labuh atau berpurdah walaupun dorang tak bgtau directly.

4. Dia mungkin tak belajar tinggi-tinggi sampai Master, PhD. Tapi dia cintakan ilmu.

5. Tak perlu sangat pandai. Matang lebih perlu supaya dapat buat pertimbangan dengan baik. Tidak ramai lelaki suka isterinya lebih pandai dari suami. Jadi, kalau anda pandai, jangan menunjuk-nunjuk meninggi diri depan suami lak. Lelaki tercabar kelakian bila kamu bersikap demikian.

6. Lemah lembut, sopan. Garang pada tempatnya. Tegas pada tempatnya. Lelaki tak suka perempuan berlembut tiap waktu. Kena garang gak barulah lelaki hormat.

7. Boleh memasak. Ciri ni perlu ada walaupun dia hanya pandai masak air, nasi, goreng telur mata kerbau je. Tak cun takpe, janji masak boleh. Kalau cun, masak failed watpe. Lelaki kahwin bukan nak jadikan u perhiasan je kat umah.

8. Muka natural. Make-up tu boleh. Tapi sebenarnya lelaki tak gemar perempuan make-up tebal2. Ala kadar je dah la. Make-up tebal kat mata memang kurang diminati.

9. Tang pakaian pula. Tak kisah fesyen jenis apa, janji tutup aurat. Lelaki Melayu suka wanita berbaju kurung sebab nampak ayu je. Mungkin ada juga yang suka perempuan tu pakai jeans dan shirt, tapi dia tengok sekali je pun. Kalau pakai jubah or baju kurung, konfem dia tengok banyak kali.

10. Wajah. Wajah tak perlu sangat cantik. Cantik budi pekerti tu lagi perlu. Sekurang-kurangnya mulut tu tak laser, tak mengata orang ikut suka hati dia je. Memang lelaki suka perempuan cantik, tapi kalau perangai tak elok dan menyakitkan hati, baik dia pilih yang sederhana je tapi boleh buat hati tenang. Kahwin ni nak cari ketenangan, bukan nak serabutkan otak dengan perangai2 entah pape kau.

11. Wanita materialistik dan cinta wang dibenci lelaki. Lelaki juga tak suka wanita yang kuat mengongkong, tuduh bukan-bukan, tidak percayakan pasangan, cepat prasangka. Sportingla sket.

12. Suka budak-budak. Ciri-ciri keibuan terserlah bila tengok budak, dia nak dukunglah ribalah.

13. Pandai al-Quran walaupun takdelah pandai sangat. Sekurang-kurangnya dia boleh ngajar alif-ba-ta dan surah-surah lazim anak-anak nanti. Penting sebab ibulah guru pertama dalam keluarga. Ayah boleh ngajar, tapi garanglah.

14. Boleh hidup susah. Contohnya kahwin dengan lelaki miskin, walaupun perempuan ni dari kalangan orang senang, tapi dia boleh membiasakan dengan hidup susah bersama-sama suami. Oh sangat sweet hidup susah senang bersama-sama ni tanpa merungut-rungut tak boleh tahan dengan kemiskinan hidup.

15. Dia tak suka cakap yang tidak baik tentang lelaki dia dan cerita pula pada kawan-kawan dia. Andai suami dia tak baik sekalipun, dia bersyukur dia ada suami. Ramai kot yang tak dapat kahwin kat luar sana tu.

16. Suka bagi semangat. Sekurang-kurangnya dia cuba senyum walaupun hatinya sedih. Lelaki tak perlu hadiah2 segala bagai pun, cukuplah dengan satu senyuman dah orait dah pun.

17. Cinta. Bila dia cinta, selama-lamanya dia cinta selagi laki tu tak curang.

18. Boleh berkongsi masalah. Walaupun tidak mampu selesaikan masalah, at least dia boleh jadi good listener dan tenangkan hati suami.

19. Ingat hari-hari penting. Contoh ingat tarikh perkahwinan, birthday dll yang penting. Tapi, kalau nak lagi cantik, ingat juga hari-hari penting dlm Islam. Cthnya, ingatkan hari Isnin dan Khamis untuk puasa bersama-sama.

20. Sikap malas memang ada, sampai terlupa buat segala kerja umah. Tapi bila suami pulang, dia tak segan untuk cium tangan suami dan minta maaf atas kemalasan beliau. Sekali-sekala malas tu boleh, tapi kalau hari-hari malas memang nak kena hantar masuk PLKN ni.

21. Hormat orang tua walaupun mertua wat tak mesra dengan dia. Cuba gak amik ati orang tua walaupun tak reti.

22. Boleh ingatkan suami supaya jaga solat, ingatkan anak-anak suruh solat. Kalau suami ada kekurangan, dia tolong cover dan juga sebaliknya. Tak salah isteri ingatkan suami tanggungjawab2 seorang suami. Bantu suami jaga keluarga supaya dapat masuk syurga satu famili.

23. Ingatkan awal-awal lagi anak-anak perempuan tentang aurat supaya tak berulang kes kejahilan yang sama seperti dirinya masa muda-muda dulu.

24. Sedia maafkan suami kalau suami ada wat salah. Pandai wat-wat majuk tapi jangan over majuk plak. Kalau suami nak cari lain, tanya dulu apa kekurangan diri. Kalau kurang, nak perbetulkan. Tapi, kalau suami nak kahwin lain gak, bincang elok-elok dulu sblm pasrah.

25. Kadang-kadang bangun malam dan doakan untuk pasangan dia panjang umur, bahagia dan tua bersama-sama sampai mati dan bersambung lagi bahagia di syurga nanti. Juga doa anak-anak jadi soleh dan solehah. Mungkin dia bukan seorang yang sangat baik, tapi dia ada impian punya suami dan anak-anak yang baik dan beragama. "Doaku Untukmu sayang - Wali Band" gitu.

26. Ada di sisi tika suami sakit, letih, stress. Bolehlah picit2 pale suami tu.

27. Dia redha, terima seadanya pasangannya itu. Tapi bukan awal-awal dah terima pasangan yang enggan ubah sikap buruk sebelum nikah.

28. Senyum selalu adalah ubat terbaik hati lara lelaki. Senyum itu sedekah :)

29. Malu. Antara ciri penting. Dia mungkin garang, tapi dia pemalu. Dia mungkin cakap banyak dengan kawan2 perempuan dia, tapi dia malu dengan lelaki. Yang terbaik, dia bukan saja malu dengan manusia pada tempatnya, tapi malu pada Allah.

30. Akhir sekali (kot) dan yang penting sekali, dia suka kamu dan setuju nak kawin dengan kamu ler. hehe. Spesifikasi panjang, tapi dia tanak nikah dengan kamu watpe gak. kikiki.

Originally by : Syabab Musafir Kasih

Khamis, 24 Mei 2012

JOM SENYUM


JOM KITA SENYUM SOKMO

HARI ISNIN - MESTI RAMAI YANG SENYUM TAWAR JE...MONDAY BLUES LA KATAKAN...TAKPE SENYUM JE...TAK PERLU KATA APA-APA

HARI SELASA - SENYUM BIASA-BIASA AJE

HARI RABU - SENYUM LEBIH SIKIT

HARI KHAMIS - SENYUM LEBIH BANYAK 

HARI JUMAAT - SENYUM SAMPAI KE TELINGA...KENAPA NTAH LE?????...TST

HARI SABTU - SENYUM PANJANG...CUTI2 SEMALAYSIA BEB!

HARI AHAD - SENYUM HENDAK TAK HENDAK JE TERUTAMA ORANG KEDAH...MCM I LE....SUNDAY BLUES

INGAT MATI

 
Malaikat MAUT sangat sayang kat kita !
1 hari=24 jam=1440 minit .... 1440 minit/...70=20.571 minit

ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit !
wahai kawan-kawanku, sentiasalah ingat MATI..ajal boleh datang bila-bila masa..walau di mana pun kita berada, ingatlah MATI..kerana Muslim yang cemerlang dan berjaya sentiasa ingatkan MATI .
(copy Tentang Dia)

SEKS DARI PANDANGAN ISLAM


Seks dari pandangan Islam
"Di antara kamu akulah yang paling takut kepada Allah, tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku solat dan tidur, dan aku beristeri. Orang yang menafikan sunnahku itu bukanlah daripada golonganku." - Maksud hadis riwayat Bukhari dan periwayat yang lain.

PERIHAL mengawal hubungan seks sering diperingatkan dalam al-Quran. Allah swt telah membinasakan umat Nabi Lut as kerana tabiat seks sumbang. Namun, Nabi Muhammad saw mengingatkan kaum lelaki agar beristeri demi menikmati seks halal. Orang yang hidup tanpa isteri dianggap tidak menurut sunnah (ajaran) Nabi saw.

Mengapakah Islam menyuruh hubungan seks secara terkawal iaitu menerusi pernikahan? Hari ini pula, terbit penyakit Aids (sindrom kurang daya melawan penyakit) yang disebarkan menerusi hubungan seks, pemindahan darah dan penggunaan suntikan. Tentulah ada hikmah di sebalik wujudnya Aids - sebagai suatu peringatan kepada kita agar betul-betul waspada akan zina atau pelacuran dan penagihan dadah.

Dalam laporan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), perhambaan seks berlaku di negara-negara miskin, yang antaranya penduduk majoritinya Islam. Sering soal kemiskinan dianggap punca anak perempuan di jual kepada rangkaian pelacuran. Namun di negara maju, hubungan seks tanpa batas juga berlaku. Seks bebas bukan saja sebagai bahan niaga yang mudah mendatangkan keuntungan besar, malah ada yang menjadikannya sebagai hobi dalam bertukar-tukar pasangan, sebagaimana diakui beberapa gadis Bohsia di Malaysia.

Bagi umat Islam, imejnya akan terhina apabila masalah seks bebas ini semakin berkembang dan membabitkan ramai orang.

* BENCANA SILAM
Masalah seks sebenarnya bukanlah masalah baru. Ia masalah kuno yang sudah berakar dari mulai manusia ini diciptakan, cuma manusia yang menyalahgunakan masalah seks ini ke arah negatif. Kalau kita merujuk kepada agama Samawi, seperti Yahudi, Nasrani dan Islam juga agama besar lainnya tidak satu pun ajaran ini yang membenarkan kebebasan seks. Kerosakan moral dalam pandangan Islam lebih banyak terarah kepada masalah seks, walaupun Islam sangat memandang berat masalah lain seperti judi, riba, penganiayaan dan lain-lain.

Namun, kesan daripada kebebasan seks jauh lebih berbahaya. Kita mesti mengakui banyak terjadi kebocoran rahsia negara disebabkan oleh masalah seks. Firaun hancur disebabkan masalah seks, Napoleon runtuh berpunca daripada seks, Nazi hancur kerana skandal seks, raja-raja Islam hilang kuasanya kerana mainan wanita. Dan banyak lagi hal serupa yang difirmankan Allah dalam al-Quran. Seks bebas bukan saja menghancurkan penyakit dan virus berbahaya yang sulit disembuhkan.

* PERANAN IBU BAPA
Islam sebagai agama yang sempurna dan memberi asas kepada pelbagai huraian masalah yang muncul. Sejak manusia hidup di bumi, orang tua diarahkan oleh Islam agar memelihara anak-anaknya daripada penyalahgunaan seks. Orang tua dituntut mendidik anaknya ke arah yang positif, termasuk memberikan tuntutan seks yang benar, sebab itu masalah seks yang terjadi antara ayah dengan ibu tidak boleh diketahui dan dilihat oleh mereka.

Ibu bapa mestilah bersifat terbuka kepada anak-anak dan diwajibkan menjelaskan masalah seks ini secara benar agar mereka boleh menyalurkannya menurut tuntutan yang ditentukan Islam. Masyarakat Islam mestilah memahami bahawa masalah seks mempunyai nilai yang suci dan tinggi dalam Islam. Islam menghormati seks sebagai suatu hak asasi yang mesti disalurkan, tetapi penyaluran itu hendaklah mengikut undang-undang yang sudah ditetapkan oleh Allah.

Perkahwinan yang betul adalah penyaluran yang sangat patut dan sesuai untuk umat manusia. Dengan perkahwinan yang didasari oleh falsafah yang tinggi, penyaluran seks secara benar dapat terlaksana. Apabila umat Islam mengerti tuntutan agamanya yang berkaitan dengan seks, maka seks itu akan mempunyai nilai yang tinggi, manusia akan mendapatkan kepuasan yang paling puncak, sehingga tidak akan muncul suatu pemikiran yang negatif di kalangan umat Islam untuk menyalurkan nafsunya.

* POLIGAMI
Barangkali seseorang lelaki ada yang mempunyai nafsu yang tinggi, yang memerlukan penyaluran yang lebih. Allah juga membuka jalan untuk berpoligami, asal sesuai dengan asas dan falsafah poligami yang ditentukan Allah:
"Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap hak-hak perempuan yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinlah wanita lain yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja atau hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih kepada tidak berbuat aniaya." (An-Nisa':3)

Islam memberi peluang yang sangat romantis dalam penyaluran seks ini. Hal ini bertujuan agar moral manusia sentiasa terpelihara.
Ini pulalah yang membezakan manusia dengan binatang. - (al-Quran, S.7:179).

Tiada agama di dunia yang lebih tegas mengakui keinginan semula jadi manusia sebagai keinginan yang sihat dan bersih.
"Manusia digemarkan dengan kecintaan memuaskan keinginan kepada wanita, anak-anak, harta yang banyak dari emas, perak, kuda pilihan, ternakan dan sawah ladang. Itulah keseronokan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik." - (Surah Ali Imran:14).

Dalam ayat ini Allah menyebutkan seluruh kegiatan hidup yang menyeronokkan dan mengakuinya sebagai keinginan yang realistik dan digemari manusia atau sebagai keinginan yang sihat yang pada dasarnya tidak di sangkal dan dikecam sama sekali. Yang tidak diizinkan Islam ialah hanyutnya manusia dalam arus keinginan itu, sehingga mereka terkongkong menjadi hambanya.
  (copy Aku Bertaubat KepadaMu Ya ALLAH)

Rabu, 16 Mei 2012

WW: SOS CILI BERHINGUS

SAPA SUKA MAKAN SOS CILI?
MESTI SEDAPKAN...JOM RASA

GURU INOVATIF




SELAMAT HARI GURU 2012

GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI NEGARA

SAYA SAYANG CIKGU SAYA


Khamis, 10 Mei 2012

BIAR AIRMATAMU MENGALIR

Biarkan airmatamu mengalir
Biar airmata kita mengalir menyesali segala dosa..
daripada hanya ketawa tanpa mengira masa.
Biar airmata kita mengalir ketika bertaubat..
daripada tak sempat kerana terlambat.
Biar airmata kita mengalir kerana syukur..
daripada terus terleka dalam kufur.
Biar airmata kita mengalir kerana diberi petunjuk..
daripada tergoda dengan syaitan yang memujuk.
Biar airmata kita mengalir kerana takut api neraka..
daripada terus menjadi hamba Allah yang derhaka.
Biar airmata kita mengalir kerana rindukan syurga..
daripada terpesona dengan dunia hingga diri tiada harga.
(Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood)

Rabu, 9 Mei 2012

WW : ALHAMDULILLAH

HARI NI DAH BERAPA KALI KITA MAKAN DENGAN KENYANG? ALHAMDULILLAH
BILA TENGOK PENDERITAAN ORANG AKAN TERASA BETAPA BERUNTUNGNYA KITA HIDUP DI BUMI MALAYSIA YANG TERCINTA INI

PERBUALAN BAYI DENGAN ALLAH


PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA 

Adalah dikisahkan pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.

By: Islam Iman Ihsan

PETUA SEMPOI SUPAYA ANAK BIJAK

 
ANAK-ANAKKU SEMASA KECIL
SEKARANG SEMUA DAH BESAR PANJANG

SEKEJAP SAJA MASA BERLALU...MAK PUN DAH TUA

NANTI DAH JADI NENEK LETAK GAMBAR CUCU LA PULAK
INSYAALLAH KALAU PANJANG UMUR
NAK JADI NENEK PALING RAJIN BERBLOG...HEHEHE
APA PUN AMALAN UNTUK AKHIRAT KENA TAMBAH JUGA
NANTI ORANG KATA TAK INGAT MATI PULAK
 
5 Petua Sempoi Untuk Menjadikan Anak Kita Bijak & Pintar

1. Bercakap dan menasihati anak semasa dia sedang tidur. Serulah nama anak berbintikan ibunya dan doakan yang baik untuk anak.

2. Bacakan Surah Al-Fatihah X 1

3. Bacakan Surah Alam Nasyrah X 1

4. Bacakan Ya Latif X 100 dan hembuskan di ubun² anak semasa sedang tidur.

5. Sapu air lebihan wudhu pada muka dan ubun² anak anda.
 

Selasa, 8 Mei 2012

SEMASA AZAN BERKUMANDANG

Mati itu pasti dan paling hampir dengan kita. 
Moga kita mati dalam iman.
 
Semasa Azan....

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."


  Sharing is Caring
 

PETUA AWET MUDA

 mesti senyum selalu baru nampak awet muda

PETUA ISLAM UNTUK AWET MUDA

-Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

-Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

-Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

-Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

-Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

-Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

-Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

-Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

-Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

-Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

-Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

-Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

-Amalkan solat tahajud.

-Sentiasa tenang dan bersikap positif.

-Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

-Maafkan semua orang sebelum tidur.

Isnin, 7 Mei 2012

KESILAPAN MENDIDIK ANAK


Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
Copy: Apa Apa Saje

BAHAYA KEPAK AYAM KEPADA WANITA

 
Kisah Benar “Bahaya Kepak Ayam Pada Wanita”

Pertumbuhan sista(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita.

Kisah Benar, Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.

Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.

Wallahu’alam

PETUA TERIMA TEGURAN

 JANGAN MALU-MALU UNTUK MENEGUR ORANG  
JANGAN MARAH BILA DITEGUR ORANG 
JANGAN TAKUT BILA DITEGUR HANTU...JERIT JE KUAT2 & LARI PECUT 200 METER...HEHE

Petua terima teguran ialah:
1.Ingat yg Allah tegur kita melalui teguran org 
2.Syukur sbb tanpa teguran sukar utk kita berubah 
3.Lapang dada & terima dgn tenang 
4.Nilai & kaji teguran 
5.Tanya jika tak jelas 
6.Minta nasihat ttg punca masalah kita 
7.Minta nasihat ttg alternatif penyelesaian 
8.Minta tunjuk contoh yg boleh d teladani 
9.Mohon maaf atas kesilapan & ucap TQ 
10.Mohon d doakan agar dpt atasi masalah 
11.Segera bertindak & tawakkal kpd Allah. Moga Allah rahmati kita semua. Kongsikanlah jika sudi. Wassalam.
(Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah)

CARA NAK HILANG PENYAKIT BUSUK HATI

 HATI MESTI SELALU BAIK BEB!
Menghilangkan penyakit busuk hati.

1. Tidak Banyak Bicara
Terlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang cakap besar, gosip dan lain-lain.

2. Jaga Emosi dan Nafsu
Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh karena itu sebaik-baiknya kita perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati. Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu akan harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah, nafsu mewujudkan impian, dan lain sebagainya. Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunah maupun puasa wajib Ramadhan.

3. Selalu Mengingati Allah SWT
Rajin bersolat baik solat wajib 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha, solat malam, dan lain-lain. Selain itu zikir, doa dan mengaji atau membaca al-Qur'an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.

4. Jangan Bergaul Dengan Orang Ada Penyakit Hati
Dengan berteman dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati hanya akan menulari kita dengan penyakit-penyakit itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah s.w.t.

Ahad, 6 Mei 2012

JANGAN BUAT SANGGUL BONGGOL UNTA

Tutuplah auratmu wahai kaum wanita tapi jangan pula buat sanggul tinggi macam bonggol unta.

Nabi Shalallahu 'alaihi wassalam dalam sabdanya :

"Akan ada di akhir umatku kaum lelaki yang menunggang pelana seperti layaknya kaum lelaki, mereka turun di depan pintu-pintu masjid, wanita-wanita mereka berpakaian (tetapi) telanjang, di atas kepala mereka (terdapat sesuatu) seperti punuk onta yang lemah gemulai. Laknatlah mereka!, sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita terlaknat." (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad (2/233)).

Dalam hadits tadi Rosulullah Sholallahu 'alaihi wassalam memerintahkan setiap muslim, agar melaknat tipe wanita seperti yang telah disebutkan. Yaitu mereka yang mengenakan pakaian di tubuh mereka, tapi tidak sampai menutup auratnya, sehingga seakan-akan mereka telanjang.

dan Nabi Sholallahu 'alaihi wassalam bersabda :

"Dua kelompok termasuk penghuni Neraka, aku (sendiri) belum pernah melihat mereka, yaitu orang-orang yang membawa cemeti seperti ekor sapi, dengannya mereka mencambuki manusia dan para wanita yang berpakaian (tetapi) telanjang, bergoyang-goyang dan berlenggak-lenggok, kepala mereka (ada sesuatu) seperti punuk onta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan masuk Surga, bahkan tidak akan mendapatkan baunya. Dan sesungguhnya bau Surga itu tercium dari perjalanan sekian dan sekian. (Hadits riwayat Muslim, hadits nomor : 2128)

Keterangan

Kebenaran sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam ini dapat kita lihat dari realitas masyarakat hari ini. Ada golongan yang seenaknya memukul orang lain dengan cambuk tanpa ditanya, bertindak dengan hukum rimba.

Banyak perempuan yang berpakaian tetapi telanjang. Maksudnya, kalau dikatakan berpakaian pun bisa, karena masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita katakan bertelanjang pun bisa juga, karena walaupun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain saja. maka samalah dengan bertelanjang. Ataupun dia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga memperlihatkan warna kulit dan menampakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil mengayun-ayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti bonggol unta.

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk surga dan tidak akan dapat mencium bau harumnya, walaupun semerbak harumnya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

Dan untuk wanita yg mengikat rambutnya menyerupai cepol, hukumnya sama, kecuali ikatannya tidak diatas, melainkan dibawah..karna kalau diatas itu serupa dengan punuk unta (seperti penjelasan hadits diatas)..Wallahu a'lam

TIPS AGAR WANITA SENTIASA CANTIK

 Tips Agar Wanita Sentiasa Cantik :
* Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
* Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
* Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
* Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
* Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
* Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.
Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.
* Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
* Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
* Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Jumaat, 4 Mei 2012

JOM BAGI SUAMI KITA DAPAT PAHALA


JOM KITA BAGI PAHALA KAT SUAMI KITA...
JOM MAKAN....MAKAN...MAKAN
TAPI SOLAT JANGAN TINGGAL YE!

SATU LAGI TANDA KIAMAT

Subhanallah...

Para saintis 'non- Muslim' dari Amerika Syarikat sekali lagi terkejut apabila mereka mendapati sejak akhir-akhir ini telah banyak tumbuh hutan di bawah tanah di Arab Saudi (barat Alsaman)... Ramai pengkaji yg telah memeluk agama islam, Alhamdulillah...

Namun, salah satu tanda Kiamat adalah bahawa "tanah orang Arab" sekali lagi menjadi padang rumput dan sungai-sungai selepas menjadi padang pasir untuk sekian lama masa ....

Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda : "Kiamat tidak akan bermula sehingga tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai. "

[Diriwayatkan oleh Muslim (157)]

DOA PEMBUKA APA YANG TERTUTUP


DOA PEMBUKA APA YANG TERTUTUP

Bagus diamalkan untuk

a) Hati yg tertutup utk melakukan amal soleh

b) Hati yg tertutup utk melakukan amal jariah

c) Hati yg tertutup utk menerima nasihat

d) Pintu rezeki yg dirasakan seperti tertutup

e) Minda @ akal yg dirasakan seperti tertutup

f) Hati yg tertutup utk berkahwin

NIAT KETIKA BERWUDUK


Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu de
ngan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
  "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Silalah SHARE untuk kebaikan bersama. :)

SUMBER : Hamba Allah

PETUA NAK TEGUR ORANG DENGAN HIKMAH

 As salamu'alaikum shbt. Izinkan saya kongsi petua nak tegur dgn HIKMAH: 
 1.Istighfar & doa agar kita dpt hidayah & org dpt terima teguran,
2.Baca doa pedinding diri & doa pelembut hati ( baca Ya 'Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir),
3.Belai dgn sebut kebaikan sblm tegur,
4.Tegur dgn jelas, tenang & elak naikkan suara, 
5.Bimbing utk kenalpasti punca masalah, 
6.Bimbing cari alternatif solusi & buat rangka tindakan, 
7.Naikkan smgt agar yakin diri & segera bertindak, 
8.Pesan utk sama2 doa mendoakan, 
9. Bertawakkal kpd Allah. Moga teguran kita penuh hikmah & bawa kebaikan kpd yg d tegur & yg menegur.
 Amin, wassalam.
(Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah)

Khamis, 3 Mei 2012

MISKIN DUNIA KAYA AKHIRAT


Aisyah pernah mendengar Rasulullah saw berdoa, "Ya ALLAH, jadikanlah aku hidup sebagai seorang yang miskin. Cabutlah nyawaku dalam keadaan miskin. Lalu kumpulkanlah aku pada hari Kiamat nanti bersama kelompok orang-orang miskin".

Mendengar doa itu, Aisyah bertanya, "Mengapa engkau berdo
a seperti itu wahai Rasulullah?"

Beliau menjawab, "Orang-orang miskin akan masuk syurga lebih awal 40 tahun (1 hari = 1000 tahun dunia) daripada orang-orang kaya. Wahai Aisyah, jangan pernah menolak orang miskin meski engkau hanya memberinya separuh biji kurma" (HR Tirmidzi)

Disaat orang-orang kaya penuh kekhuatiran, cemas, ketakutan menghadapi nasib yg akan menimpa mereka, orang -orang miskin sudah menikmati kenikmatan istana syurga 14.600.000 tahun lebih awal.

copy My Network

MANUSIA YANG DI USIR

 
10 GOLONGAN MANUSIA YANG DI USIR DARI PADANG MAHSYAR

1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba.

2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.

3. Mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.

4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.

5. Mereka dihalau dalam keadaan menguyah lidah sendiri sedang lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya.

6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.

7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.

8. Mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum.

9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai. Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.

10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt.
●●●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ⊰●●⊰●●⊰●●●●
Oleh: Admin amRF

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA