PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Selasa, 20 Julai 2010

I have U


I have someone who makes me laugh even though I feel bad
I have someone who makes me feel loved when I feel alone
I have someone who tells me I am beautiful when I don't feel like one at all
I have someone who gives me reassurance when everything's a doubt

I have someone who's willing to sacrifice everything for my wants and needs

I have someone who's an epitome of fun and laughter for my most horrible days

I have someone whose comfort takes my mind to scenes of beautiful mornings
with him in my arms

I have someone whose overflowing care never cease to secure me

I have someone who simply loves me whole heartedly and honestly
And I'm glad to have you...

Isnin, 19 Julai 2010

Dapat kembar 4 selepas tujuh tahun menunggu






JITRA: Penantian sepasang suami isteri dari Kampung Sungai Batu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, selama tujuh tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya menjadi kenyataan apabila isterinya selamat melahirkan anak ‘sulung’ mereka di Hospital Pulau Pinang (HPP), 4 Mei lalu.

Lebih menggembirakan serta mengejutkan pasangan Mohd Rizal Shaari, 33, dan Norhayu Mat Hanafi, 29, ialah mereka dikurniakan sekali gus bayi perempuan kembar empat. (berita utama akhbar harian metro hari ini)

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Semua pasangan yang berkahwin pastinya inginkan kehadiran cahayamata dalam hidup mereka. Setelah Allah kurniakan anak, menjadi tanggungjawab ibubapa untuk mendidik, mencorakkan hidup dan masa depan mereka. Justeru tips mendidik anak yang saya petik dari Blog Anakku Sayang ini mungkin boleh membantu para ibubapa dalam mendidik anak-anak:

a) Setiap anak mempunyai karakter dan potensi yang berbeza sehingga semua nasihat dan arahan daripada ibu bapa tidak dapat diterima oleh setiap anak. Perlu diingat bahawa setiap anak memiliki keistimewaan, keunikan dan berbezaan daripada anak-anak lain.

b) Anak-anak dari usia 0 hingga 3 bulan mula menggerakkan tangan dan kaki secara aktif. Anak-anak akan mula menoleh ke arah kanan dan kiri serta mula mengangkat kepada semasa meniarap. Selain daripada itu, anak-anak juga telah dapat bereaksi dengan bunyi loceng dan mula bersuara apabila melihat wajah ibunya dan tersenyum spontan.

c) anak-anak yang berusia sehingga empat bulan sudah dapat menegakkan kepala apabila didudukkan, meniarap dan terlentang kembali dengan sendiri. Anak-anak juga sudah dapat emmegang mainan. Oleh itu, berilah rangsangan dengan memberikan sesuatu di tangan anak-anak. Pada ketika ini anak-anak kan mula tertawa dan memandang tangannya.

d) Anak-anak yang berusia sehingga enam bulan sudah dapat duduk tanpa sokongan serta dapat menggapai. Ketika namanya dipanggil, anak dapat menoleh ke arah suara, anak-anak juga dapat menggapai mainan yang berada dekat dengannya dan memasukkan ke dalam mulut.

e) Anak-anak sehingga usia enam bulan telah mampu menelan makanan tambahan selain susu ibu seperti jus buah, makanan yang dikisar atau bubur yang dikisar. Pastikan anda memulai dengan makanan yang dikisar, kemudian ke tahap makanan yang dilenyek dan seterusnya.

f) Pastikan anak-anak sihat semasa ingin memulakan perjalanan. Ibu juga pasti menyediakan peralatan dan pakaian anak yang mencukupi. Makanan anak sebagai bekalan juga turut disediakan. Sekiranya ibu bapa merencana perjalanan menaiki kereta, buatlah sesuatu untuk menjaga keselesaan anak agar ahli keluarga lain juga turut selesa.

g) Pada usia ini, anak-anak mula bergerak dari tempat tidunya dengan mudah. Dicadangkan agar tidak menyelimuti anak agar anak dapay bergerak dengan selesa. Hal ini juga dapat mengelakkan anak terjaga malam sehingga tidak cukup tidur.

h) Untuk merangsang otot dan fikiran anak, letakkan mainan jauh daripadanya agar anak berusaha menggapai, menjangkau dan memegangnya.

i) Jika anak anda bangun tanpa menangis, biarkan dia bermain sendiri di tempat tidurnya, tidak perlu mendukungnya. Saat yang tenang dan selesa ini memungkinkan anak akan buang air dan tidur dengan sendirinya semula.

j) Jangan sekali-kali meremehkan kemampuan ingatan anak. Cubalah mendukung anak keluar di waktu pagi. Kemudianboleh juga membawa anak-anak berjalan-jalan melalui jalan yang sama setiap hari. Biasanya anak-anak dapat mengingat jalan-jalan yang pernah dilalui jika dilakukan berulang-ulang.

k) Jika anak mudah berguling, dan meniarap ketika anda memakaikan kepadanya lampin, gantikanlah lampin tersebut ketika anak sedang meniarap. Ikuti gerakan anak, dan elakkan daripada memaksa anak mengikuti gerakan kita.

l) Belailah anak dengan kelembutan tangan anda. Sekali-kali, ciumlah pipi anak anda dan pastikan setiap hari anda menyatakan yang anda menyayangi dan mencintainya.

m) Sebaiknya ibu bapa mengikuti kursus atau program yang dapat membantu maningkatkan pengetahuan ibu bapa dalam mendidik anak.

n) Orang yang paling memahami anak anda adalah anda sendiri. Bukan doktor atau pengasuhnya.

Khamis, 15 Julai 2010

BE POSITIVE

Be Positive: Jaga Akhlak Dalam Berinteraksi (kata Ustaz Zaharuddin)

Saya harap dalam usaha kita menyebarluaskan kebaikan, berinteraksi, berkenal-kenalan, berbincang dan berbahas tentang apa jua perkara,diharap kita dapat menjaga adab dan akhlak, atas asas taqwa kepada Allah. Kita saling berbeza pandangan, bukanlah syarat atau lesen untuk berlaku kasar terhadap sahabat kita. Bertegas dengan pandangan, menegur seseorang adalah BERBEZA dengan menyindir, menghentam seseorang. Jangan marah, bukankah itu pesan Rasulullah apabila ditanya oleh seorang sahabat baginda? Menunjukkan jika kita bertindak dalam keadaan marah, maka kebenaran yg kita ingin cuba tegakkan akan dicemari oleh kemarahan dan emosi yg tak stabil.

Sekiranya kita semua bersetuju utk sama2 menjaga akhlak kita dalam berbicara, maka saya pasti syaitan akan hampa dan frust menonggeng kerana tidak bisa mengeruhkan persaudaraan yg terbina.

Semoga semuanya dalam rahmat dan keberkatanNya. Sekadar mengingatkan diri sendiri dan saudara semua.

JANGAN MEMIHAK APABILA ANAK-ANAK BERGADUH

Sebagai ibu bapa, anda harus bijak menangani situasi itu tanpa melukakan hati anak-anak anda

"MAK, tengok abang ni, main tolak-tolak,” atau anda akan kedengaran, “Abang dulu, abang dulu, tepi.. tepi.” Sebagai ibu bapa anda tentu sudah biasa mendengar ayat berkenaan. Pergaduhan antara adik beradik memang sebahagian daripada proses pembesaran mereka. Selalunya, pergaduhan atau bibit-bibit cemburu dimulakan oleh anak yang tua. Misalnya anak sulung yang cemburukan kelahiran adik atau anak tengah yang cemburu pada adik baru.

Bagaimanapun, ada juga di kalangan kanak-kanak ini akhirnya mampu bersahabat baik dengan adik beradik sendiri dan saling mempercayai.

“Letihlah tengok budak-budak ni, asyik bergaduh saja.” Anda juga biasa mendengar luahan seperti ini dari rakan anda. Mengapa kanak-kanak bergaduh?

(Yayasan Penyayang)

Sebenarnya banyak perkara boleh menyebabkan kanak-kanak bergaduh. Walaupun ada kalanya sebagai ibu bapa, kita merasakan ia perkara remeh temeh, namun bagi mereka itu adalah soal besar. Apatah lagi di kalangan si abang atau kakak, rasa cemburu atau ingin bersaing sentiasa ada dalam diri mereka.

Namun, pergaduhan antara adik beradik adalah perkara universal dan normal. Malah, ramai yang berpendapat ia tanda keluarga yang sihat. Kehidupan orang dewasa atau kehidupan sebenar di dunia ini juga penuh pertelingkahan dan pertikaian.

Pergaduhan adakalanya bermula di meja makan.

Bagaimanapun, itu tidak bermaksud anda perlu membiarkan saja mereka bergaduh terutama apabila mungkin membabitkan kecederaan fizikal, caci mencaci atau penggunaan kata-kata kesat. Anda sebagai ibu bapa harus bijak menangani situasi itu tanpa melukakan hati kedua-dua anak anda.

Mengapa mereka bergaduh?

# Seorang anak berasa tidak mendapat perhatian yang sama banyak dengan adik beradik lain. Atau mereka berasa dibebankan dengan banyak tanggungjawab berbanding adik beradik lain.

# Fasa pembesaran mereka juga mempengaruhi sikap mereka terhadap orang lain dan bagaimana mereka menerima hakikat perlu berkongsi perhatian dan kasih sayang ibu bapa dengan adik beradik lain.

Ajar anak bertolak ansur, saling menghormati dan berkongsi barangan secara adil.

# Ada kala kanak-kanak yang lapar, bosan dan mungkin penat dengan persekitaran menyebabkan mereka suka memulakan pergaduhan.

# Mereka inginkan perhatian ibu bapa atau kakak atau abang.

Bagaimana anda menangani pergaduhan anak-anak?

# Jangan memihak dan jangan terbabit kecuali jika pergaduhan itu boleh mendatangkan kecederaan fizikal. Sebabnya, jika anda kerap campur tangan mungkin menimbulkan pemahaman kepada mereka, ibu atau bapa akan sentiasa ada untuk membantu mereka. Jadi, mereka tidak upaya untuk berdikari menyelesaikan masalah sendiri.

Apabila anda memihak pula, akan timbul kefahaman pada seorang lagi anak, dia sentiasa dilindungi dan sentiasa selamat kerana lebih disayangi.

# Hati-hati dengan anak yang suka mengadu. Mungkin dia betul dan mungkin juga tidak. Kadangkala mendengar sebelah pihak hanya menyelesaikan perkara itu sekejap saja sebelum mereka bergaduh semula. Kadangkala mereka juga sering menuduh adik beradik lain atas kesilapan yang dibuat.

# Jangan membuat perbandingan siapa yang lebih baik dan sebaliknya.

# Perhatikan masa dan hari atau pola yang memungkinkan pergaduhan boleh tercetus. Misalnya pertukaran jadual rutin harian.

# Luangkan masa berkualiti dengan anak-anak. Misalnya berkhemah atau melancong sekeluarga. Aktiviti begini akan lebih mengeratkan lagi hubungan mereka apabila mula berkongsi cerita.

# Jangan fokus keterlaluan anak mana yang patut disalahkan, sebaliknya selesaikan dengan baik membabitkan kedua-duanya. Misalnya saling bermaafan.

# Bantu anak anda membentuk kemahiran bagi mengatasi konfliknya sendiri. Misalnya ajar mereka bertolak ansur, saling menghormati dan mengagihkan makanan atau apa saja barangan yang perlu dikongsi secara adil.

# Apabila mereka bergaduh anda cuba meleraikannya, sebaiknya jangan tengking atau membebel. Nasihat dengan baik mengapa mereka tidak boleh bergaduh dan apa kesannya jika mereka bergaduh.

# Paling utama, jika anda kerap menengking atau menaikkan suara apabila bersama mereka, mulakan dengan mengurangkan atau menghapuskannya langsung. Tingkah laku anda mudah ditiru anak.

CARA MENGATASI KEMARAHAN

Ada banyak cara mudah untuk mengatasi kemarahan. Antaranya ialah dengan:

  • Menarik nafas panjang dan kira dari satu hingga 10

  • Membayangkan tempat aman untuk menenangkan minda

  • Beredar dari situasi atau persekitaran yang membuatkan anda marah (secara fizikal dan emosi)

  • Mendengar muzik

  • Mengisi masa dengan hobi

  • Jangan meletakkan harapan dalam setiap situasi

  • Meditasi

  • Meningkatkan tahap spiritual melalui sembahyang, doa dan zikir

    Paling penting, anda harus menerima hakikat bahawa kehidupan ini tidak selalunya adil atau sempurna, dan anda harus mengambil tindakan wajar di dalam setiap keadaan. Ingat, setiap kali anda melakukan tindakan positif, anda sebenarnya menjaga jantung anda.

  • (Dipetik dari My metro)

    Khamis, 1 Julai 2010

    PELANGI PAGI










    Sekeping gambar yang telah kuabadikan jam 7.30 pagi tadi dalam perjalananku ke pejabat

    Hari yang sibuk. Jam 5.30 pagi aku sudah bangun dari tidur. Sediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Hari ini sarapan paling ringkas dan paling disukai oleh anak-anak iaitu roti bakar. Apabila anak-anak telah pergi ke sekolah dihantar oleh suami, aku pula bersiap-siap untuk pergi kerja. Cuaca di luar nampak mendung dan hujan mula turun renyai-renyai. Teringat dalam hati...mesti traffic jam hari ni. Aku bersiap dengan pantas, hanya berbedak dan bergincu nipis. Jangkaanku tepat, memang jalan sesak teruk hari ini. Mungkin faktor cuaca menyebabkan ramai yang memandu kereta untuk urusan masing-masing. Nasib baik ada abang-abang polis yang sabar dan melancarkan perjalananku ke pejabat. Sampai di traffic light Jalan Telok Wanjah, aku melihat sang pelangi yang indah, sempat aku ambil gambarnya. Pelangi merupakan salah satu pemandangan indah yang jarang kita lihat. Jika dilihat, bentuk pelangi seperti busur di langit biru yang muncul karena pembiasan dari sinar matahari ketika hujan. Pelangi biasanya dapat dilihat di daerah pegunungan atau ketika mendung dan ketika hujan baru berhenti.

    Pelangi merupakan satu-satunya gelombang elektromagnetik yang dapat kita lihat. Ia terdiri dari beberapa spektrum warna. Warna tersebut adalah merah, kuning, hijau, biru, jingga, ungu dan sebenarnya ada warna-warna lain yang tidak dapat kita lihat langsung dengan mata. Warna merah memiliki panjang gelombang paling besar, sedangkan violet memiliki panjang gelombang terkecil. Maha Suci Allah yang menjadikan pelangi begitu indah sehingga dijadikan lagu & puisi.
    Ketika melihat pelangi sebutlah Subhanallah. Saya abadikan beberapa gambar pelangi yang saya kutip untuk tatapan bersama.

    Rabu, 30 Jun 2010

    DOA MOHON KEBERKATAN SEMASA BEKERJA

    DOA KETIKA MEMULAKAN TUGAS

    Ya ALLAH, Aku memohon padaMu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya dan aku berlindung padaMu daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu Engkaulah yang Maha Berkuasa menentukannya. Amin Ya Rabbal Alamin.

    DOA KETIKA AKHIR TUGAS

    Ya ALLAH, Aku serahkan padaMu pekerjaanku dan jiwa ragaku dan aku bertawakkal kepada Engkau Ya ALLAH. Amin Ya Rabbal Alamin.

    (ihsan dari Ustaz Lutfi Amir)

    Khamis, 25 Mac 2010

    PESANAN IMAM SHAFIE

    Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

    • Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

    • Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

    • Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

    • Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

    • Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.

    • Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

    • Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

    • Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

    • Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

    • Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

    BERSYUKURLAH WAHAI SEMUA WANITA




    1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

    2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

    3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

    4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

    5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

    6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

    7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

    8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

    9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

    10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

    11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

    12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

    13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

    14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

    15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

    16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

    16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

    17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

    18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

    19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

    20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

    21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

    22. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

    23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

    24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

    ALHAMDULILLAH KERANA AKU DILAHIRKAN SEBAGAI SEORANG WANITA

    MAMPUKAH AKU?

    Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
    Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
    Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
    Penawar hati kekasih Allah
    Susah dan senang rela bersama

    Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
    Isteri Rasulullah yang bijak
    Pendorong kesusahan dan penderitaan
    Tiada sukar untuk dilaksanakan

    Mengalir air mataku
    Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
    Akur dalam setiap perintah
    Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
    Tiada memiliki harta dunia
    Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga

    Ketika aku marah
    Inginku intip serpihan sabar
    Dari catatan hidup Siti Sarah

    Tabah jiwaku setabah ummi Nabi Ismail
    Mengendong bayinya yang masih merah
    Mencari air penghilang dahaga
    Di terik padang pasir merah
    Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
    Pengharapannya hanya pada Allah
    Itulah wanita Siti Hajar

    Mampukah aku menjadi wanita solehah?
    Mati dalam keunggulan iman
    Bersinar indah harum tersebar
    Bagai wanginya pusara Masyitah

    Author Unknown

    YA ALLAH JANGANLAH ENGKAU PESONGKAN HATIKU SETELAH ENGKAU MEMBERI PETUNJUK

    Rabu, 24 Mac 2010

    LAMANYA TAK BUKAK


    Hari ni tiba2 teringat pada blog aku yg dh mcm pekasam. Lamanya aku menyepi sbb asyik dgn lamansosial lain. Terasa nk tukar layout, x mau lg bling2, sakit kpala tgok. Beginilah jdnya layout br, biar senang ditengok, senang dibaca. Apa nk cite nih? Lain kali cite ye! Nk bg madah2 sikit sbg ubat hati.

    * Senyum pd semua org adalah wajar, bercinta dgn semua org adalah kurang ajar.
    * Biar x hensem asal poket berisi.
    * Jgn sesekali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
    * Hidup x selalu indah tp yg indah itu tetap hidup dalam kenangan.
    * Kita sentiasa muda utk melakukan dosa tp tidak pernah tua utk bertaubat.
    * Sejauh mana kita pergi, sekuat manapun kita berlari, kita tdk dpt menghindar realiti.
    Sampai jumpa lg. Tataaa...

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    REZEKI

    REZEKI

    TOP 5 KOMENTAR

    KOMEN LA

    KOMEN LA LAGI

    REZEKI

    REZEKI

    churp me

    ads

    churp me

    ads

    BERITA SEMASA