PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Khamis, 29 September 2011

PERINGATAN UNTUK WANITA

SPEED TRAP


*Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
*Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
*Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
*Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
*Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
*Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.
PLUS South Bound (ke Selatan)
*Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
*Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
*Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
*Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
*Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
*About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
*At 296.5km and 297km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
*At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
*On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
*After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
*Behind the right hand crash barrier at 198.4km.
Elite Central Link East/North Bound
*On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
Elite Central Link West/South Bound
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
*After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h
NKVE East/North Bound
*300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
*Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
*Below bridge at Damansara Junction, 17.5km
NKVE West/South Bound
*Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
*From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
*From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
*Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
*Below railway bridge at 11.2km
*Under the bridge at Shah Alam junction.
Kesas East Bound
*Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
Kesas West Bound
*At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
*Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.
Klang
*Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!
East Coast
*Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are unfamilar, go slow.
*East bound, downhill run after Raub junction.
*Maran, 60km/h zone.
*Paya Bungor, 70km/h zone.
SPEED TRAPS IN JOHOR South Bound
*Tangkak junction.
*Under the bridge after Yong Peng
North junction
*at 97.3km.
*Ayer Hitam junction.
*Sedenak junction.
SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG
North Bound
*Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
*Before Perwaja Steel.
*Sg Petani junction.
*Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
*PenangBridge at island end.Speed limit 80km/h.
South Bound
*PenangBridgeisland end. Speed limit 80km/h.
*About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.
SPEED TRAPS IN PERAK
North Bound
*Under the bridge at 197.1km and 198.8km, afterKamunting Junction.
*Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction.
*Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
*Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
*Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
*Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
*Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
*Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
*Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
*Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
*Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
*Under the bridge at 373km, Slim River Junction.
South Bound
*Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
*Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsarjunction.
*Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction.
*Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
*Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction.

KENAPA WANITA SERING MENANGIS



Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?

Jwbnya: Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa,
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
... KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi

PENGGUGURAN ANAK





kalau u all sanggup tengok....rasa nak menitis air mata...
> > Sedih apabila mengenangkan nasib orang Islam di Singapura.
> >Pengguguran anak di Singapura.........Just to share reality
> >dunia skrg.
> >Kami keberatan menyiarkan gambar ini. Kami akui ia ngeri
> >dan akan mengejutkan sebahagian pembaca. Tetapi setelah bebincang
> >panjang,
> >kami dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar ini.
> >Kerana kami berpendapat dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada
> >semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas
> >apa jua sebab dan alasan...Setengahnya masih merah darah dan sebahagian
> >lagi
> >telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap
> >dalam rumah mayat.
> >Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur
> >tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad
> >pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan
> >bersama
> >16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. Air mengalir
> >merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan,
> >disembahyangkan(gambar sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang
> >kubur di
> >Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang.Kami & krew TV3 sempat menyaksikan
> >suasana menyayat hati itu dibilik mandi mayat Masjid Pusara Aman
baru-baru
> >ini.Namun
> >tidak mendapat kelulusan utk tayangan dari pihak atasan atas pelbagai
> >alasan....
> >Kesemua janin, Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai
> >Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat.
> >Hospital Wanita
> >dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan
> >Hospital Universiti Nasional (NUH). Janin-janin itu tidak dituntut
> >oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di
> >hospital- hospital tersebut.

Sumber maklumat yang sah...saya hanya ingin berkongsi dengan semua...

(COPY DARI FB KAWAN)

KEHEBATAN OTAK MANUSIA

 Dah tua pun masih ada kemahuan untuk belajar
Oatk ktia mmapu membca apa sjaa aayt wlaauupn eajanyna baynk ynag sliap. Dnegan sayart hruuf petrama dan treakihr breada pdaa temapt ynag beutl. tiadk pelru membcaa hruuf dmei hruuf tetpai sebrais aayt selakigus. Heabtkan?

Hebatkan otak kita. 
Patut la cikgu selalu kata guna la otak jgn fikir guna kepala lutut
Ada ke orang yang tak berotak? sebab bila marah orang sebut "takdak otak punya budak?"
Ada orang bila marah selalu sebut 'kepala hotak hang'
Tapi saya suka makan otak-otak, sedapkan....
Kenapa bila kita tak pandai orang selalu kata "dia tu otak lembu, otak udang, otak keldai, otak bla...bla...bla...
Tapi otak udang sedap, bila masukkan dalam pecal, sambal belacan (bagus untuk orang penyakit otak resdung)
Kenapa bila orang sakit kepala tidak sebut "Adoiii...sakitnya otak aku" 

Oleh itu HARGAILAH OTAK ANDA. SELALULAH BERFIKIRAN POSITIF
LU PIKIRLAH SENDIRI
 

Rabu, 28 September 2011

WW# E

Beg yang sesuai untuk dijadikan hantaran kawin

FACEBOOK MENATE

 
Kalau binatang ada facebook, agak-agak apa status mereka?

NYAMUK : Baru habis ronda rumah Mat Pit… kenyang burp, Alhamdulillah…

CICAK : isteriku tersepit pintu!
... ...
KUCING BETINA: “Anak I yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

AYAM : Kawan2…kalu esok guwa tak update…bererti guwa dah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa…

NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

KUCING: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

BABI : Aku bengang btol la...dia gi pijak taik kucing tapi nama aku yang
disebutnya...wei bro! len kali siasat dlu la sape yang berak kt depan umah kaw...tension..!!
(copy lg fb seorg teman)

Selasa, 27 September 2011

Segmen Jom Tambah Follower

Kawan-kawan jom join Segmen Jom Tambah Follower yang dianjurkan oleh Lulu Pages ni.. Segmen ni akan dapat membantu menambah follower/kenalan kita dalam dunia blog ni. Menarik sangat terutama kepada blogger baru macam saya. Senang je nak join. Kata Lulu apa yang perlu dilakukan:-
  1. Buat entri, ambik header Lulu-Pages yang lawa dengan jersey chelsea tu :), dan jangan lupa link kan ke entrinya......... beserta tajuk "Jom tambah follower".
  2. Dah siap entri tu, letak link url kat ruangan komennya...
  3. Tarikh tutup hari Jumaat jam 3 petang...

Mari kita sama-sama join ye!

Isnin, 26 September 2011

JANGAN LA BORING YE!

Sapa yang bukak blog akak dan terus rasa boring...tolong angkat tangan. Heheh... angkat pi la sbb akak tak nampak pun...hahah. Memang boringkan baca blog macam ni, blog angkatan penulis senja...ops maksud akak umur akak ni dh senja, nanti terasa pulak penulis senja, akak tak kata kat dia tau, akak baik tak suka mengata kat orang (sila percaya). Lagi satu akak tau mesti u all boring pasai blog akak ada lagu. Ramai blogger tak suka baca blog yang diletak lagu, tambah-tambah macam blog akak, lagu ntah apa2, lagu seangkatan dengan tuan punya blog...hahah akak tau ramai yang menyumpah, pening kepala dengar lagu tu ya! Sori2...akak akan selalu tukar lagu2 baru...kahkah. Janganlah marah akak. Semua orang tak sama, akak suka blog yang ada lagu best dan mendayu-dayu. Lagu sedap lagi lamalah akak godek2 entry lama kat blog tu. 

Ni lagu yang akak suka dengar walau berulangkali...tak jemu punya. Klik la kalau nak dengar....Tqvm.

 

"Blog-Wajib-Komen" CHEMPAKA SARI

Jom join blog wajib komen yang dibuat oleh Cik Chempaka Sari. 

Kata Cik Chempaka Sari:-

@ Silalah letakkan url blog kamu di ruangan komen di entry ini. 
@ Saya letak blog kamu di bloglist Blog Wajib Komen.
@ Entry terbaru kamu akan muncul di blog ini.
@ Saya akan komen entry itu.
@ Kamu juga letak blog saya di bloglist kamu.
@ Kamu komen di entry baru saya pula.

Apa akak nak komen tentang blog Cik Chempaka ni? Takde apa nak komen sbb semua dah ok. Dia tak bagi puji tapi akak nak cakap la jugak, blog dia cantik sangat, warna purple kesukaan akak, follower ramai, dah jadi blogger femes, tersenarai antara yg top2. Dah lama akak follow dia, jadi pembaca senyap, suka baca entry dia.  Ini ja kut yg akak nak cakap. Satu lagi semoga beliau berjaya dalam hidup dan bahagia selalu. Thanks pada yang sudi baca. Babai. Selamat Malam.

Ahad, 25 September 2011

MODESKA HAIT HAIT

Lawak Nama Jepun

Yang pemarah- KEIJI CACIMAKI
Yang suke bjimat- SAYORI SUKAMURA
Yang bisu- KIETA TADASORA
Yang suka mkn nasi- NANACHI KASIBANYA
Yang suka lyn blues- APO NADIKATO
Yang suka belajar- ASHIKO ULANGKAJU
Yang kerap bikin kacau- WAKASI HURUHARA
Yang sangat kdekut- MATIMATI TAMOKASI
Yang suka sgt tidur- ICHIBAN TIDOMATI
Yang suka mengintai- HINTAI AKOSUKA
Yang tua-TARAGIGI PADANMUKA
Yang kne tinggal bini- SUSAHATI BINILARI
Yang suke merempit- SAJA CARIMATI
Yang lembab- AYUMI SIPUTBABI
COPY LG...KWN PUNYE

PETUA IMAM SHAFI'E

Petua Imam Syafi'e

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging 
2. memakai haruman
3. kerap mandi 
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas 
3. banyak minum air ketika makan 
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat 
2. bercelak sebelum tidur 
3. memandang yang hijau 
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis 
2. melihat orang dibunuh 
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong 
2. rajin bersugi (gosok gigi) 
3. bercakap dengan orang soleh 
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Sabtu, 24 September 2011

CANTIKNYA BLOG DIA TAPI DIA......


Akak suka blogwalking, siang malam bw. Tengok blog orang nu, tengok blog orang ni, follow orang nu, follow orang ni,  komen puji orang nu, puji orang ni. Suka sangat tengok blog korang, ada itu ini yang tak penah ada pada blog akak dan tak mungkin ada jika akak tak cuba/belajar buat. Tengok ja blog cantik, ayat power, banyak info, banyak gambar cantik terus ja akak follow, akak shout selalu tapi mungkin akak jerit perlahan sangat, diaorang tak dengar atau malas nak dengar suara serak2 kering akak ni.

Cantiknya blog dia, ada pulak doodle2, ayat gerak2 hilang timbul tenggelam, lip lap lip lap, ada lagu best pulak tu, rupa pulak cun, gaya retis, dia cite apa pun walaupun cite bodoh lucah tak best mana pun, orang lain tetap komen sampai beratus komen masuk, sekejap je penuh komen puji memuji kecuali sorang je keji iaitu Cik Anon...sape kenal dia...hehe...akak pun baru tahu ramai gak En/Cik Anon rupanya. Biasa la tu...adat dunia blogger, semua tu rencah, baru rasa masam manis pahit berblog. Ye tak?

Blog sapa la yang cantik sangat tu....ada blogger yang tak mahu dikenali mukanya. Blog cantik...mesti muka pun cantik juga ke? Apa ada pada rupakan...yang penting blog cantik, selalu update, cite2 best, banyak info, orang pasti singgah selalu.

Tolong komen blog akak ni. Nak buat bloglist pun akak tak reti. Nanti nak try godek2 blog orang lain, tengok tutorial yang ada tentang blog. Nak bagi puashati sendiri, tak pernah rasa puas dan rasa cemburu tengok blog orang lain. Apa lagi yang perlu buat, apa lagi yang perlu buang....Tolongggg...akak tak reti buat banner, buta IT, penah kursus photoshop selama seminggu tahun 2004 dulu tapi sampai sekarang apa satu pun tak reti, lembab betul la...lalala

Sapa nak blog dia disenaraikan dalam bloglist akak yang bakal wujud, tolong follow blog akak(itu pun kalau sudi, tak paksa tau) dan tolong ajar akak buat bloglist....hahaha

Satu lagi akak nak habaq mai (keluaq dh loqhat Aloq Staq aku) akak buat banner buh gambaq anak-anak tu bukan pasai nak tunjuk akak ada 4 anak yang comei dan tunjuk muka lawa akak tapi akak tak dak banner lain yang nak buh, kalau la akak pandai buat orang-orang lidi atau pandai lukis dan tau buat banner mesti dah lama akak tukaq banner tu. Sapa nak buat banner free bagi kat akak...please...(nk yg free je tau). Masuk contest pun tak penah menang. Kalau lah ada jejaka atau teruna cun yang sudi buat banner kat akak alangkah bahagianya, sanggup akak buat menantu 15 tahun lagi. Tolong ye!

MUKA MUKA KESIAN




Tadi akak pegi Ekspo Hari Peladang Penternak dan Nelayan kat Alor Setar. Saja syok-syok ambik gambar diaorang ni. Ops bukan diaorang tapi nate-nate @ lembu....bohhh......
Kesian tgk lembu-lembu dalam kandang. Makan rumput kering je, minum pun air kosong sedangkan orang lalu lalang kat tangan ada air mango la, ribena la, oren la, macam2 kaler, dia (nate ni) tengok klip pok klip pok biji mata. Lembu-lembu ni semua nak dilelong. Kesiannnn....kan, ada lembu yang nangis... meleleh air mata dia. Tiba-tiba akak teringat cite P. Ramlee, lelong orang/hamba. Kalaulah sekarang ni masih ada orang lelong orang tak ke aniaya. Anak-anak dara yang ramai dilelong...bayangkan....tak usah bayangkan...zaman dah maju, dunia dah berubah, takkan kita nak kembali ke zaman tak bertamadun macam tu. 

Akak rasa macam nak cite pasal lembu....ermmm....lain kali aja la ye! takut ada sorang blogger tu marah, nanti akak mintak izin dia dulu, kalau dah dapat permission akak cite ye!

TOLONG SEBARKAN

Sila ambil perhatian..dan tolong sebarkan..
Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!! KISAH BENAR!! AWAS Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua. Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam. Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma! Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia ! Jadikan amalan : 1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar. 2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta. 3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!
(jangan biarkan mak, adik or kakak kita berseorangan)

please share...

Contest : Pencarian Bloglist Blog Fahuna

Bismillahirrahmanirrahim

Asalamualaikum Blogger Semua

Saya terjumpa satu contest yang tajuknya Pencarian Bloglist Blog Fahuna. Jom rakan-rakan kita sokong beliau dan join contest ni. Mana tau ada rezeki blog saya yang tak seberapa ni tersenarai dalam blog beliau. Kalau tak tersenarai pun, kita masih boleh berkenal-kenalan di blog saudara blogger yang lain pulak.

Jom Join Bloglist Izzaty Hedry

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Mari kita join segmen masa singkat yang dianjurkan oleh Izzaty Herdy.

Kalau tersenarai Alhamdulillah. Salam perkenalan Izzaty. Nice la blog U.

Jumaat, 23 September 2011

Jangan Gelak Tak Ketahuan Hala

Mengoda aih!
 Mengancam aih!
 Menawan aih!
Malas la nak update blog, facebook juga....kenapa???...why???, asyik blog walking je semenjak dua menjak ni. Apa pun tak boleh.
Ni pun tak tau nak tulis apa, takde cite best pun untuk dikongsi bersama. Yang ada hanya cite luka dilukai...heheh (gelak bajet).

Nak cite pasal gelak la...mcm2 gelak ada, selalu kita tgk org tulis kat fb, kat blog pun ada. Contohnya:-
Kahkahkah...gelak besar ni, lelaki selalu gelak mcm ni
Hahaha....gelak suka sangat, perempuan suka gelak macam ni
Hehehe...gelak menakutkan terutama kalau dengar waktu malam, hantu suka gelak macam ni...heheh
Kihkihkih....gelak kontrol macho, ramai blogger lelaki suka gelak macam ni terutama .....lu pikir la sendiri kata Nabilah
hikhikhik....gelak tak puas, tak nak cakap siapa yang suka gelak macam ni...takuttt....kena marah
Kehkehkeh....gelak unta, org lapar air suka gelak macam ni
Kekkekkek....gelak lapar kek kut...budak-budak la suka gelak macam ni
Banyak lagi bunyi-bunyi gelak yang biasa kita dengar, ada gelak yang membuatkan kita tergelak sama, ada yang tak senonoh langsung gelaknya, ada yang boleh pecah perut, terkencing, terkucil segala

Mari kita bergelak ketawa tengok Lawak Minggu Ini bersama Nabil...jom tgk kut2 syiokkk... 

Rabu, 21 September 2011

ALLAH IS GREAT! NO OTHER

ALLAH HAS NO IPHONE OR BLACKBERRY, BUT HE IS MY FAVOURITE CONTACT.ALLAH HAS NO FACEBOOK, BUT HE IS MY BESTFRIEND.ALLAH HAS NO TWITTER, BUT I FOLLOW HIM,AND ALLAH HAS NO INTERNET, BUT I'M CONNECTED TO HIM.ALLAH IS GREAT! NO OTHER.

NAK CAKAP SIKIT KAT AWAK

1- erm,nk cakap sikit dekat awak.. baca NO 5
2- Mmmm..cmnar na cakap? baca je la NO 8
3- na tahu ekh? ermm , baca NO 9
4- huh, drpd pening baek baca jap NO 15
5- cmna ek na cakap.. NO 17 je k
...6- kite nk ckp skrang tapi lebeh baek baca NO 16
7- kite akan ckp tp baca dulu NO 2
8- yg kite nk ckp neh simple ja..tp baca dlu NO 4 k?
9- tak payah la b’debar2 cm2..cume baca jap NO 18
10- Blom lg la..baca NO 19 ye..
11- da pnt ke? Baca jap NO 13
12- sbnrnye kite nk ckp kalau...(ah baca no 3 la)
13- tggal sikit ja lg bce NO 20
14- argh,pnt nih..bce NO 1
15- adush,dah pning dh ni.. baca la NO 6
16- laa, masih tak phm lg ka? Baca NO 12
17- ades, nk ckp nih..baca NO 7
18- kite ta tahu klu awk paham..tlg baca NO 10
19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nanty awk akan tahu..
20- okex okex,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 ja lg
copy fb lg

Rabu, 14 September 2011

#WW

Murah ja 10 hinggit satu, sapa nak pi la Hatyai berlambak-lambak, tak tau mana satu nak beli.

LAIN-LAIN WOOO

Walaupun “KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, SIKSA NERAKA LAIN-LAIN”

INGATLAH...
yang memandikan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang sembahyang jenazah kamu "ORANG LAIN"
... ... yang mengkafankan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang mengkebumikan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang membacakan yaasiin untuk kamu "ORANG LAIN"
yang bersedih diatas kematian kamu juga melibatkan "ORANG LAIN"

Jadi jangan menyusahkan "YANG LAIN" dengan perangai kamu yang "TIDAK DISENANGI ALLAH dan MAKHLUKNYA"..
Walaupun akak tak minum kopi tp akak suka copy...copy lg dr seorg kwn d fb, bila nak ngeteh dgn rakan2 adik blogger ni?

BACALAH AL-QURAN

Time anda mbawa Al-Quran, syaitan blh chill lg. Time anda mbukanya, syaitan stat to "weh dia ni da apahal doh". Time anda mbacanya, syaitan da gigil . Time anda memahaminya, syaitan cramp whole body . Time anda m'amalkan Al-Quran dlm kehidupan seharian kita , syaitan sure stroke Teruskn baca & amalknnya spya syaitan totally stroked , jntungnya mati ... ... Time korang nak send this msg , syaitan pn m'cegahnya. Syaitan kta"Jgn SEBARKAN, x pnting, BUANG MASA je" So tggu pe lg ?copy

Selasa, 13 September 2011

SUAMI PUNYA KEJA

BAHAGIA SELAMANYA
 
Nama yang kita senaraikan dalam carian henfon kita cuma kita saja yang tahu, sebab nama yang kita catat tidak sama dengan nama sebenar. Contoh mudah jika kawan kita nama Man sudah pasti ada 6 atau 7 Man, so nak mudah cari kena tulis Man Teksi, kemudian Man Puyo atau lain2 nama yang boleh menyebabkan kita kenal la siapa yang akan kita panggil atau yang memanggil kita.

Tetapi nama bagi isteri kita pula sudah pasti lain cara kita mencatatnya dalam henfon kita, ia bergantung berapa lama sudah berumah-tangga. Jika sudah lebih 50 tahun maka nama isteri kita akan ditulis OPAH sedangkan masa sebelum kawen ditulis BUAHHATI. Cuba kita tengok senarai catatan dibawah ini.

① Baru menikah:MY LOVELY WIFE (♥♥,) ➳♥

② 1 tahun menikah:MY WIFE/MUMMY ♥♥

③ 5 tahun menikah:HOME (✿◠‿◠)

④ 10 tahun menikah:IBU PEJABAT :x

⑤ 15 tahun menikah:BILIK GERAKAN ̃o.O

⑥ 20 tahun menikah:BUKIT AMAN (◑.◑)

⑦ 25 tahun menikah:WRONG NUMBER (╥﹏╥)

⑧ 30 thn menikah:JANGAN ANGKAT ๏̯̃๏

⑨ 35 tahun menikah:MAK LAMPIR ٩(×̯×)۶

pada yang dah menikah, dah rasa tua rajin rajin la check henfon suami anda, tengok gelaran yang anda dapat.

Salam Ukhuwah..~
(copy fb kawan I)
* Nasib baik akak Bukit Aman je bukan Bukit Putus, kalau tidak naya....heheh

Ahad, 11 September 2011

MASYAALLAH, DAH TERMAKAN, TERMINUM, TERGUNA

BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow
SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ika n buatan Orang Cina
> 3.. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
> 6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )
> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady's Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady's Choice Jelly
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND
Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.
TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.
Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!
AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!
Ref. Message: Pringles Potato Chips
Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know......... I have checked.. It's true that the chips contain Emulsifier.
Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.

MATA LELAKI NAKAL


Mata lelaki yang nakal selalu menjalar. Nak tahu apa yang lelaki nakal suka tengok:-
 

1. Perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita .Maka akan ditafsirlah berbagai-bagai cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.

2. Apabila rambut wanita telah ditutup, mata lelaki akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya maka wajiblah wanita menutup lehernya.

3. Apabila leher wanita telah ditutup, mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk payudaranya maka wanita berkewajipanlah menutup bentuk payudaranya dengan melabuhkan tudungnya.

4. Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggang wanita maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggang.

5. Mata lelaki kemudian akan melihat pula akan bentuk punggung wanita maka wajiblah wanita membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan.

6. Lelaki akan melihat pula bentuk peha maka janganlah sesekali wanita memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit.

7. Apabila tak puas lagi, lelaki akan melihat bentuk kaki wanita pula, maka janganlah wanita berseluar panjang apatah lagi seluar pendek. Walaupun muslimah bertudung labuh, berbaju labuh, jika memakai seluar besar sedikit, nafsu lelaki akan terusik juga secara spontan.

8. Mata lelaki memang nakal bebenor, setelah tidak nampak akan bentuk kakinya akan dilihatlah pula   kepada kakinya, maka wajiblah wanita menutup kaki dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan.

9. Tak nampak kaki maka mata lelaki akan kembali ke atas,  melihat pula bentuk tangan wanita. maka wahai muslimah labuhkanlah tudung menutupi bentuk tanganmu yang indah pada pandangan lelaki.

10. Wahai lelaki nakal, janganlah pula kamu melihat muka wanita, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup solehah, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu wahai wanita muslimah, jika itu lebih baik untuk kamu.

11. Tetapi mata lelaki juga ada sejenis penyakit iaitu mudah tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah hanya untuk suami yang dicintai.

Firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".
Wahai lelaki jaga matamu jangan selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Jumaat, 9 September 2011

LEMBU VS AYAM VS ULTRAMAN TARO

Pada suatu hari 3 makhluk Allah iaitu Lembu, Ayam dan Ultraman Taro  masuk pertandingan juara kampung pening lalat. Mereka berdiri di tengah bendang dalam keadaan panas lit lit. Pengadil iaitu Cik Lisa Surihana anak Ketua Kampung mensyaratkan pemenang ialah siapa yang boleh terbang dulu. Tepat jam 2.00 petang pertandingan akan dimulakan. Ramai makhluk Allah lain berkumpul untuk melihat siapa yang akan menang termasuk Cik Epal, Cik Yuyu, Ibu Muda, Mak Dara, Suria Baja Hitam, Belalang Hijau, Red Gitarputeh, Nasi Hangit, Intan terpilih, Cici Tembikai, Kucing Serius, Eksen Kamen, Skull Riper, Si Tokei, Cik Bulan, Si Lampu Neon dan ramai lagilah, kalau dikira ada la dalam 63 orang. Suasana riuh rendah dengan suara penyokong masing-masing. Penyokong lembu paling ramai diikuti penyokong Ayam dan last sekali penyokong Ultraman Taro. 

Tepat jam 2.00 petang, keadaan senyap sunyi dan semua yang ada di bendang singgahmata pada  Pengadil Cik Lisa Surihana yang cumil berbibir seksa 'lipice'. Dengan ayunya Cik Lisa pun angkat pistol untuk menembak memulakan pertandingan. 

Tiba-tiba..................................................................................................................................................
prut........prut................prut..............pret..............prap, pistol milik ayah Cik Lisa iaitu Ujang berbunyi dengan kuat dan nyaring terbang merata-rata menyebabkan semua makhluk terkejut dan lari termasuk lembu, ayam dan ultraman taro. Mereka lari sampai habis tanah dan tidak terbang langsung akibat terkejut. Hanya Cik Lisa yang masih berdiri cool je sambil tutup hidungnya yang bak seludang mayang.

Apabila bunyi tersebut telah tidak kedengaran, semua makhluk kembali berkumpul di hadapan Cik Lisa. Cik Lisa dengan senyum simpul sampai ke telinga mengumumkan nama pemenang pertandingan 'Siapa Terbang Dulu'. Pemenangnya adalah...............................Cik Lisa senyum lagi sampai ke dahi, 
Tempat ketiga : Ultraman Taro dengan markah 5,013
Tempat kedua: Ayam dengan markah 5,161
Tempat pertama: Lembu dengan markah 5,891
Hadiah Utama dan Pemenang pertandingan 'Siapa Terbang Dulu': Ayah saya..Ujang dengan markah 4,882 kata Cik Lisa sambil berlari dan mencium pipi ayahnya.
Semua makhluk heran dan tercengang-cengang, buat muka bodo, tak puas hati, rasa tak percaya kenapa Ketua Kampung Si Ujang ayah Cik Lisa pulak yang menang sebab dia tak bertanding pun. Ce citer kenapa Ujang boleh menang. Sekian Kisah Dongeng untuk kali ini. Nak cite panjang-panjang pun siapa la nak membacanya...huhuhu... 
   
Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka (Lembu, Ayam, Ultraman, Ujang, Cik Lisa dll blogger)
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Rabu, 7 September 2011

"Hasrulhassan.com Cari Blog Kurang 300 Followers"

Akak dah lama ada blog tapi tahun ni baru mula aktif. Follower baru 64 orang. Minat tulis blog terutama yang berkaitan dengan diri sendiri, keluarga dan info-info yang dirasakan perlu dikongsi bersama pembaca. Akak bukannya pandai sangat dalam berblog ni, baru belajar sikit-sikit dan rajin blog walking. Suka tengok blog orang lain dan bila ada masa akak cuba buat sesuatu yang baru hasil dari tutorial yang akak jumpa di blog orang lain. Terima kasih pada mereka yang sudi baca blog akak yang tidak seberapa ini.
Buah cempelak luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Maaf akak baru belajar
Kalau salah tolong ajarkan 

WW - MPV - NAK KERING?

 Disebabkan ampaian penuh di hari raya, keta ni jadi mangsa. Spender & Boxer sape le tu? Tak senonoh betui!

 Cepat kering baju...tak percaya try la

Keta pelbagai guna - Untuk dijual RM 1,500.00 je. Sapa minat tel cepat sementara stok masih ada.

Selasa, 6 September 2011

SIKSAAN BAGI ORANG TAK SOLAT



1.  Enam siksaan semasa di dunia
  • Umur tidak diberkati, hidup panjang tetapi kosong dari amalan kebajikan
  • Rezeki tidak diberkati
  • Tipadamkan tanda mukanya dari orang-orang yang soleh
  • Tiada mendapat bahagian dari doa orang-orang yang soleh
  • Tiap-tiap amalannya tidak diterima oleh Allah
  • Tidak diangkat doanya, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah
2. Tiga siksaan semasa hendak mati
  • Mati dalam keadaan sangat hina, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah
  • Dimatikan oleh Allah dalam keadaan dahaga, walaupun diberi minum dengan air laut, ia tidak dapat menghilangkan dahaganya
  • Mati dalam keadaan yang sangat lapar
3. Tiga siksaan semasa di dalam kubur
  • Allah menyempitkan kuburnya sehingga berlaga tulang rusuk kanan dengan tulang rusuk kiri
  • dibukakan salah satu pintu neraka di dalam kuburnya
  • Allah mewakilkan seorang malaikat untuk menyiksanya sehingga hari kiamat bersama seekor ular yang bernama Suju’al Akruk yang matanya dari neraka, kukunya dari besi neraka, dan panjang kukunya sehari perjalanan, dan suaranya seperti petir
4. Semasa hari kiamat
  • Turun seorang malaikat dari langit iaitu malaikat azab dengan rantai dari api neraka yang panjang tujuh puluh hasta dengan menusukkan rantai tersebut kedalam mulutnya hingga keluar rantai itu melalui duburnya dan menghela sekali dibahagian muka dan belakangnya
Sama-sama kita memperelokkan solat kita agar kita terlepas daripada siksa tersebut. Jika ada yang tinggal sebelum ini, gantilah solat tersebut selagi kita masih bernyawa. Selagi pintu taubat masih terbuka.
By: atiqsalleh

Tiba-tiba tengok jam....oh! belum masuk zohor lagi

FACEBOOK BUAT KACAU LAGI

 
PEMBERITAHUAN INI UNTUK SEMUA PENGGUNA FACEBOOK: JIKA SESEORANG DALAM PROFIL ANDA ATAU seorang teman mengirimi Anda link yang mengatakan "KUNJUNGI FACEBOOK BARU", JANGAN BUKA... JIKA ANDA MEMBUKANYA, UCAPKAN SELAMAT TINGGAL PADA AKaUN FACEBOOK ANDA! SEBENARNYA INI ADALAH PEKERJAAN DARI HACKER yang mencuri maklumat Anda dan menghapus ANDA SECARA kekal DARI HALAMAN ANDA SENDIRI. Sebarkan pada semua.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA