Pada suatu hari 3 makhluk Allah iaitu Lembu, Ayam dan Ultraman Taro masuk pertandingan juara kampung pening lalat. Mereka berdiri di tengah bendang dalam keadaan panas lit lit. Pengadil iaitu Cik Lisa Surihana anak Ketua Kampung mensyaratkan pemenang ialah siapa yang boleh terbang dulu. Tepat jam 2.00 petang pertandingan akan dimulakan. Ramai makhluk Allah lain berkumpul untuk melihat siapa yang akan menang termasuk Cik Epal, Cik Yuyu, Ibu Muda, Mak Dara, Suria Baja Hitam, Belalang Hijau, Red Gitarputeh, Nasi Hangit, Intan terpilih, Cici Tembikai, Kucing Serius, Eksen Kamen, Skull Riper, Si Tokei, Cik Bulan, Si Lampu Neon dan ramai lagilah, kalau dikira ada la dalam 63 orang. Suasana riuh rendah dengan suara penyokong masing-masing. Penyokong lembu paling ramai diikuti penyokong Ayam dan last sekali penyokong Ultraman Taro.
Tepat jam 2.00 petang, keadaan senyap sunyi dan semua yang ada di bendang singgahmata pada Pengadil Cik Lisa Surihana yang cumil berbibir seksa 'lipice'. Dengan ayunya Cik Lisa pun angkat pistol untuk menembak memulakan pertandingan.
Tiba-tiba..................................................................................................................................................
prut........prut................prut..............pret..............prap, pistol milik ayah Cik Lisa iaitu Ujang berbunyi dengan kuat dan nyaring terbang merata-rata menyebabkan semua makhluk terkejut dan lari termasuk lembu, ayam dan ultraman taro. Mereka lari sampai habis tanah dan tidak terbang langsung akibat terkejut. Hanya Cik Lisa yang masih berdiri cool je sambil tutup hidungnya yang bak seludang mayang.
Apabila bunyi tersebut telah tidak kedengaran, semua makhluk kembali berkumpul di hadapan Cik Lisa. Cik Lisa dengan senyum simpul sampai ke telinga mengumumkan nama pemenang pertandingan 'Siapa Terbang Dulu'. Pemenangnya adalah...............................Cik Lisa senyum lagi sampai ke dahi,
Tempat ketiga : Ultraman Taro dengan markah 5,013
Tempat kedua: Ayam dengan markah 5,161
Tempat pertama: Lembu dengan markah 5,891
Hadiah Utama dan Pemenang pertandingan 'Siapa Terbang Dulu': Ayah saya..Ujang dengan markah 4,882 kata Cik Lisa sambil berlari dan mencium pipi ayahnya.
Semua makhluk heran dan tercengang-cengang, buat muka bodo, tak puas hati, rasa tak percaya kenapa Ketua Kampung Si Ujang ayah Cik Lisa pulak yang menang sebab dia tak bertanding pun. Ce citer kenapa Ujang boleh menang. Sekian Kisah Dongeng untuk kali ini. Nak cite panjang-panjang pun siapa la nak membacanya...huhuhu...
Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka (Lembu, Ayam, Ultraman, Ujang, Cik Lisa dll blogger)
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Jika dibanding mereka (Lembu, Ayam, Ultraman, Ujang, Cik Lisa dll blogger)
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan