PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Sabtu, 24 September 2011

CANTIKNYA BLOG DIA TAPI DIA......


Akak suka blogwalking, siang malam bw. Tengok blog orang nu, tengok blog orang ni, follow orang nu, follow orang ni,  komen puji orang nu, puji orang ni. Suka sangat tengok blog korang, ada itu ini yang tak penah ada pada blog akak dan tak mungkin ada jika akak tak cuba/belajar buat. Tengok ja blog cantik, ayat power, banyak info, banyak gambar cantik terus ja akak follow, akak shout selalu tapi mungkin akak jerit perlahan sangat, diaorang tak dengar atau malas nak dengar suara serak2 kering akak ni.

Cantiknya blog dia, ada pulak doodle2, ayat gerak2 hilang timbul tenggelam, lip lap lip lap, ada lagu best pulak tu, rupa pulak cun, gaya retis, dia cite apa pun walaupun cite bodoh lucah tak best mana pun, orang lain tetap komen sampai beratus komen masuk, sekejap je penuh komen puji memuji kecuali sorang je keji iaitu Cik Anon...sape kenal dia...hehe...akak pun baru tahu ramai gak En/Cik Anon rupanya. Biasa la tu...adat dunia blogger, semua tu rencah, baru rasa masam manis pahit berblog. Ye tak?

Blog sapa la yang cantik sangat tu....ada blogger yang tak mahu dikenali mukanya. Blog cantik...mesti muka pun cantik juga ke? Apa ada pada rupakan...yang penting blog cantik, selalu update, cite2 best, banyak info, orang pasti singgah selalu.

Tolong komen blog akak ni. Nak buat bloglist pun akak tak reti. Nanti nak try godek2 blog orang lain, tengok tutorial yang ada tentang blog. Nak bagi puashati sendiri, tak pernah rasa puas dan rasa cemburu tengok blog orang lain. Apa lagi yang perlu buat, apa lagi yang perlu buang....Tolongggg...akak tak reti buat banner, buta IT, penah kursus photoshop selama seminggu tahun 2004 dulu tapi sampai sekarang apa satu pun tak reti, lembab betul la...lalala

Sapa nak blog dia disenaraikan dalam bloglist akak yang bakal wujud, tolong follow blog akak(itu pun kalau sudi, tak paksa tau) dan tolong ajar akak buat bloglist....hahaha

Satu lagi akak nak habaq mai (keluaq dh loqhat Aloq Staq aku) akak buat banner buh gambaq anak-anak tu bukan pasai nak tunjuk akak ada 4 anak yang comei dan tunjuk muka lawa akak tapi akak tak dak banner lain yang nak buh, kalau la akak pandai buat orang-orang lidi atau pandai lukis dan tau buat banner mesti dah lama akak tukaq banner tu. Sapa nak buat banner free bagi kat akak...please...(nk yg free je tau). Masuk contest pun tak penah menang. Kalau lah ada jejaka atau teruna cun yang sudi buat banner kat akak alangkah bahagianya, sanggup akak buat menantu 15 tahun lagi. Tolong ye!

3 ulasan:

CIK AYU ARIFFIN berkata...

ayu pon x reti wat banner

NUR AMINA berkata...

Tak dak masa sama nak cuba buat guna photoshop. Kalau pandai syok la boleh buat yang menarik sikit. Banner Ayu ok dah.

Azza Azman berkata...

saya dulu ada buat banner free, cuba tengok kat page banner and header kat blog saya. Tapi sekarang BZ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA