Mata lelaki yang nakal selalu menjalar. Nak tahu apa yang lelaki nakal suka tengok:-
1. Perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita .Maka akan ditafsirlah berbagai-bagai cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
2. Apabila rambut wanita telah ditutup, mata lelaki akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya maka wajiblah wanita menutup lehernya.
3. Apabila leher wanita telah ditutup, mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk payudaranya maka wanita berkewajipanlah menutup bentuk payudaranya dengan melabuhkan tudungnya.
4. Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggang wanita maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggang.
5. Mata lelaki kemudian akan melihat pula akan bentuk punggung wanita maka wajiblah wanita membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan.
6. Lelaki akan melihat pula bentuk peha maka janganlah sesekali wanita memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit.
7. Apabila tak puas lagi, lelaki akan melihat bentuk kaki wanita pula, maka janganlah wanita berseluar panjang apatah lagi seluar pendek. Walaupun muslimah bertudung labuh, berbaju labuh, jika memakai seluar besar sedikit, nafsu lelaki akan terusik juga secara spontan.
8. Mata lelaki memang nakal bebenor, setelah tidak nampak akan bentuk kakinya akan dilihatlah pula kepada kakinya, maka wajiblah wanita menutup kaki dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan.
9. Tak nampak kaki maka mata lelaki akan kembali ke atas, melihat pula bentuk tangan wanita. maka wahai muslimah labuhkanlah tudung menutupi bentuk tanganmu yang indah pada pandangan lelaki.
10. Wahai lelaki nakal, janganlah pula kamu melihat muka wanita, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup solehah, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu wahai wanita muslimah, jika itu lebih baik untuk kamu.
11. Tetapi mata lelaki juga ada sejenis penyakit iaitu mudah tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah hanya untuk suami yang dicintai.
Firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".
Wahai lelaki jaga matamu jangan selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan