PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Rabu, 19 September 2012

ANAK-ANAKKU

ANAK-ANAKKU
CING....................

COMELKAN?

SEBELUM DAN SELEPAS

SEBELUM

SELEPAS

NAK UBAT MALAS



HEHEHE..........I'M COMING



BORING BETUL LA
SEBULAN SEKALI BARU RASA NAK BUKAK DAN UPDATE BLOG



SEDIHHH...SANGAT...HUHUHU
KENAPA AKU MALAS
JELES TENGOK BLOGGER LAIN
RAJIN JE UPDATE SETIAP JAM, SETIAP HARI


MALAS NAK MAMPUS....ASYIK MAKAN TIDUR
ISH...ISH...APA NAK JADI TAK TAU LA

SAPA ADA UBAT MENGHILANGKAN RASA MALAS

BAGI TAU AKAK YE!

Isnin, 10 September 2012

TEMBAM

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT BLOGGER DAN PEMBACA SEKALIAN

LAMA AKAK TAK UPDATE BLOG YE!

MOOD RAYA LAGI NI!

TIAP-TIAP HARI ADA JAMUAN RAYA

AKIBATNYA....MAKAN....KENYANG....TIDUR....

SEBULAN RAYA...JARUM PENIMBANG PUN JADI GELONG....PUTUS SPRING KUT

AKAK TIMBANG KEMARIN NAIK 2 KG....TAPI AKAK TETAP SALAHKAN PENIMBANG

TETAP TAK MENGAKU DAH TEMBAM MACAM NI





TOLONG JANGAN PERCAYA DAN 
JANGAN DOAKAN PULA YA!


PEACE






Khamis, 16 Ogos 2012

SATU SYAWAL

1 Syawal penuh dengan kuih raya. Makan biar berpada-pada. Kesihatan perlu juga dijaga. Selamat Hari Raya buat semua blogger dan pembaca budiman. Maaf zahir batin.
Satu Syawal merupakan hari raya bagi Umat Islam di dunia. Ia adalah hari syaitan dibebaskan dari tawanan. Hari ini juga adalah hari syaitan bersumpah akan menjadikan anak Adam paling berdosa dalam sejarah. Hari ini adalah hari nafsu tidak lagi lemah lantaran puasa. Hari ini merupakan hari gandingan mereka setelah sebulan dipisahkan.

Pada hari ini, berapa ramai manusia yang telah kembali ingkar dan mungkar pada Allah. Berapa ramai manusia yang dilaknat dan berapa ramai manusia yang telah terhamba hatinya kepada dua musuh utama tadi. Dalam senyum dan gelak muka mereka menjadi hitam lantaran dosa, hati mereka menjadi kelam lantaran derhaka dan jiwa mereka menjadi suram lantaran noda. Berapa ramai yang Tuhan rentap nyawanya pada hari itu. Persoalannya adakah di dalam Husnul Khatimah" (mati di dalam kebaikan)

Bagi Mukmin, pada hari ini kita diajar untuk berziarah dan bersedekah, memohon kemaafan di atas dosa sesama insan. Di ajar untuk mengenang orang yang susah dan berduka, di kala kita gembira.

Duhai Mukmin, jauhilah dari dilaknat di pagi Syawal, jauhilah diri dari menjadi bongkak dan takabbur pada Tuhan. Ingatlah Tuhan dan hindarkanlah dosa. Andaikata Tuhan menjemput kita pada hari ini, pastikan, ia hari termulia dalam hidup kita.

AMALAN DI BULAN SYAWAL

7 Amalan Syawal

1. Banyakkan memohon ampun pada Allah dan kemaafan pada insan.
"sesiapa yang masih berdosa selepas Ramadhan akan celakalah hidupnya"
...
2. Banyakkan menyapa dan memberi salam
"sesiapa yang menyambungkan silaturrahim, Allah akan permudahkan jalannya ke Syurga"

3. Banyakkan besedekah
"sedekah dapat menghindarkan bala yang akan menimpa"

4. Banyakkan bertasbih, bertahmid dan bertakbir
Sesiapa yang menyebut nama Allah di bumi, Allah akan menyebutnya di langit, dan sesiapa yang namanya disebut akan diberi rahmat di dalam hidupnya"

5. Banyakkan berziarah
"Siapa yang menziarahi saudaranya kerana Allah, Allah akan sediakan mahligai baginya di syurga"

6. Banyakkan berdoa
"Sesiapa yang memohon kepada Allah akan keselamatan, maka jelaslah orang itu bertawakkal. Sesiapa yang bertawakkal pada Allah, maka tidaklah dia berjalan di muka bumi ini kecuali dengan pertolonganNya.

7. Banyakkan bersyukur
"Sesiapa yang bersyukur pada Allah (di atas nikmatNya) maka Allah akan gandakan nikmat yang telah dikurniakannya itu"

Semoga, kita semua di dalam rahmat dan perlindungan ilahi.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin

Khamis, 9 Ogos 2012

NIKAH KAHWIN

Lepas raya ni ramainya kawan-kawan yang nak kawin. Kad jemputan pun dah bersusun-susun. Tahniah ya! adik-adik yang bakal menamatkan zaman bujang. Akak doakan moga perkahwinan kalian sentiasa di dalam rahmat Allah, diberi keberkatan hidup hingga ke akhir hayat. 
Kahwin adalah Sunnah Rasulullah s.a.w. dan Sunnah para Nabi-nabi, dan fitrah yang sesuai dengan naluri manusia. Mereka yang tidak mahu berkahwin dan enggan berkahwin adalah bermakna mereka telah mensia-siakan hidupnya di dunia yang telah disediakan Allah untuk hamba-Nya menikmati segala pengurniaan-Nya.

PETUA MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam Lailatul Qadar.

Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:

1. Ahad atau Rabu malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan 
2. Isnin - 21 Ramadhan
3. Selasa atau Jumaat - 27 Ramadhan
4. Khamis - 25 Ramadhan
5. Sabtu - 23 Ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walaubagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda-tanda Lailatul Qadar

1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas
2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat
3. Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat dan tandanya ialah tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

wallahu'alam.
Kredit: Islam Itu Indah

Rabu, 8 Ogos 2012

CARA MERAWAT HATI

HIDUPLAH DALAM BERKASIH SAYANG BARULAH DAPAT MENGECAPI BAHAGIA
As salamu'alaikum shbt blogger dan para pembaca yg di muliakan. Ramai org bertanya, kita boleh maafkan tetapi mcm mana nak lupakan peristiwa pahit yg lalu. Kita takkan dpt lupakan kisah lama sbb kita org yg pandai & kuat ingatan. Tapi jika kita jaga solat 5 waktu, solat taubat tiap mlm, istighfar 100X sehari, baca Quran, lakukan zikir harian, doakan org tu & maafkan dia 40 hari berturut turut, kita akan dpt rawat hati kita. Jika kita teringat kisah lama & rasa marah, sedih atau stress, maka kita belum pulih. Tetapi bila kita teringat & mampu tersenyum, maka kita telah pulih. Yg penting BUKAN MELUPAKAN, tetapi merawat hati agar tak terkesan secara negatif bila teringat! Bila kita dah betulkan diri kita secar berpakej, insya Allah perkara -ve takkan berulang lagi. Wassalam.
Kredit: Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Isnin, 6 Ogos 2012

CARA MENGUBAH TAKDIR DIRI

Takdir Hidup Si Ayah tua. 
Wahai anak kasihanilah mereka yang banyak berkorban untukmu.


4 Rahsia Cara Mengubah Takdir Diri

"Apa nak buat dah di takdirkan aku ni miskin.. nak buat macam lagi terima ajelah..".

Begitulah keluhan antara kita bila di uji dengan musibah kemiskinan, kesusahan , kejahilan dan berbagai lagi di dunia ini.

Tapi bolehkah kita mengubah takdir diri kita ini ?

Jawapannya ... Boleh.

Tapi bagaimana..?

Banyak orang malas yang menjadikan takdir sebagai dalih atas kemalasannya.

Padahal, takdir itu boleh diubah.

Memang, tidak semua takdir boleh diubah.

Misalnya, jika kita ditakdirkan sebagai seorang laki-laki, tidak boleh diubah menjadi seorang perempuan.

Kita memang tidak boleh mengubah takdir yang sudah terjadi sebab waktu memang diciptakan tidak boleh ke belakang.

Yang dimaksud mengubah takdir disini ialah mengubah takdir dimasa mendatang.

Lalu bagaimana cara kita mengubah takdir?

Cara yang benar dan tepat, tentu saja harus bersumber dari Pembuat takdir yang tiada lain Allah SWT melalui Al Quran dan Hadits Nabi saw.

Bagi Anda yang belum tahu, bahawa takdir boleh diubah, silakan semak hadis berikut:

Hadis dari Imam Turmudzi dan Hakim, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW Bersabda :

“Barangsiapa hatinya terbuka untuk berdoa, maka pintu-pintu rahmat akan dibukakan untuknya.

Tidak ada permohonan yang lebih disenangi oleh Allah daripada permohonan orang yang meminta keselamatan.

Sesungguhnya doa bermanfaat bagi sesuatu yang sedang terjadi dan yang belum terjadi.

Dan tidak ada yang boleh menolak taqdir kecuali DOA, maka berpeganglah wahai hamba Allah pada doa”.

(HR Turmudzi dan Hakim)

CARA MENGUBAH TAKDIR

Mengubah Takdir Dengan Berdoa.

Allah yang menetapkan takdir kita, maka Allah memiliki kuasa untuk mengubahnya, ertinya takdir baru bagi kita.

Mengubah takdir ertinya Allah menggantinya dengan takdir baru.

Tetap, Allah yang menetapkan takdir.

Cara pertama ialah dengan berdoa seperti yang dijelaskan pada hadis diatas.

Cara Kedua adalah bersedekah.

Rasulullah SAW pernah bersabda : “Silaturrahmi dapat memperpanjang umur dan SEDEKAH dapat merubah taqdir yang mubram”

(HR. Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, Imam Ahmad)

Cara Ketiga adalah bertasbih.

Ada hadis yang diriwayatkan dari Saad Ibnu Abi Waqosh, Rasulullah saw bersabda :

“Mahukah kalian Aku beritahu sesuatu doa, yang jika kalian memanfaatkan itu ketika ditimpa kesedihan atau bencana, maka Allah akan menghilangkan kesedihan itu? "

Para sahabat menjawab : “Ya, wahai Rasululullah"

Rasul saw bersabda “Iaitu doa “Dzun-Nun :

“LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINADH-DHOLIMIN” (Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk diantara orang-orang yang zalim”).
(H.R. Imam Ahmad, At-Turmudzi dan Al-Hakim).

Cara keempat ialah dengan berselawat

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ubay Ibnu Kaab, bahawa ada seorang lelaki telah mendedikasikan semua pahala selawatnya untuk Rasulullah SAW,

Maka Rasul saw berkata kepada orang tersebut : “Jika begitu lenyaplah kesedihanmu, dan dosamu akan diampuni”
(H.R Imam Ahmad At-Tabroni)

Jadi, jangan berhenti berdoa dan berusaha.

Seburuk mana pun kedudukan masa ini, semuanya masih boleh berubah.

Bagaimana pun pahitnya pengalaman kita dimasa lalu, masih boleh berubah.

Optimis selalu Anda boleh mengubah takdir Anda menjadi lebih baik.

INSYA ALLAH......

(Kredit: Ustaz Nasir)

MEMBERI LEBIH BAIK DARI MENERIMA

memberi lebih baik dari menerima tetapi bulan posa ni lebih baik bagi sedekah makanan kat org dari beri bunga...ye dak?
 
Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.”
 
~ sgt bersyukur dan insaf, rezeki yg diperoleh lebih drp mencukupi utk menyara diri sendiri, keluarga dan org lain tanpa perlu meminta2 kepada sesiapa pun...

NUZUL QURAN

 
SALAM NUZUL QURAN 
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

AIR SEMBAHYANG



AIR SEMBAHYANG
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". Penjelasan no 1: Banyak bercakap terdedah kpd banyak dosa.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini". Penjelasan nombor 3 : 
Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.


5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.


6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.


7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.


8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi kemasjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat". Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita ditangan Allah.


Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu.


Wallahua’aklam

Selasa, 31 Julai 2012

INDAHNYA SABAR

PATAH DAHAN TAK BERMAKNA HILANGNYA TEMPAT BERPAUT. ALLAH SENTIASA ADA DAN AMAT MENGASIHANI HAMBANYA.




Assalamuallaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sahabat bloggerku dan pembaca yang dikasihi sekelian

Disebalik setiap musibah, bencana, atau ujian hidup, selalu ada hikmah yang dapat kita jadikan pengajaran. Sayangnya, banyak manusia lebih memilih berkeluh kesah ketika diuji dengan kesukaran dan kesedihan. Padahal, keyakinan akan datangnya pertolongan Allah dapat menjadi kunci mengatasi semua masalah hidup ini. Cuma bagaimana upaya kita agar Allah sentiasa memberi jalan keluar ketika persoalan hidup terasa menghimpit.

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangkanya.
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.
(QS.at-Thalaq:2-3)

“Maka segeralah kembali kepada Allah” (QS. Adz-Dzariyat:50)

Dengan taubat bererti kita bersegera menuju Allah, meninggalkan hawa nafsu, meninggalkan syaitan, meninggalkan syahwat dan maksiat. Semoga kita termasuk golongan orang-orang yang Allah kehendaki atas kita kebaikan.

Aamiin Allahuma Aamiin..

Isnin, 30 Julai 2012

HATI

CINTA DATANG DARI HATI JADI BERSIHKANLAH HATI KITA DARI SEGALA KEKOTORAN, BARU DITEMUI CINTA SEJATI DAN HAKIKI HANYA KEPADA ALLAH SWT.
Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat per-umpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Mahamengetahui segala sesuatu. (QS. 24:35)

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai

Jagalah hati cahaya Illahi

Bila hati kian bersih
pikiranpun akan jernih
Semangat hidup nan gigih
Prestasi mudah diraih

Namun bila hati keruh
Batin selalu gemuruh
Seakan di kejar musuh
Dengan Alloh kian jauh

Bila hati kian suci
tak ada yang tersakiti
Pribadi menawan hati
dirimu disegani

Namun bila hati busuk
Pikiran jahat merasuk
Akhlak kian terpuruk
Jadi makhluk terkutuk

Bila hati kian lapang
Hidup sempit terasa senang
Walau kesulitan datang
Dihadapi dengan tenang

Tapi bila hati sempit
Segalanya jadi rumit
Terasa terus menghimpit
Lahir batin terasa sakit

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Illahi
song by AaGym


Mari kita jaga dan terangi hati ini dengan selalu membaca Al qur’an
Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya hati-hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air. Seorang sahabat telah bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati itu bersinar kembali?” Maka jawab Rasulullah, “Banyakkan mengingati maut dan membaca Al Quran.” (Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar).

(OSD)

KAMU CANTIK SEKALI





Saudari....

Kamu cantik sekali............


Tapi hanya di mata manusia.


Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita.

Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.

Saudari....

Kamu cantik sekali....

Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan???

Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik.

Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.

Saudari.....

Kamu cantik sekali.....

Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah.

Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa???

Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba ALLAH jika setiap orang...

baik ia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah???

Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu....

Kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu.

Tampillah cantik di hadapan Suamimu.....

Kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu.

.....mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi....

Tampillah cantik...

Cantik iman,

Cantik batin,

Cantik hati,

......kerana itu lebih abadi.
(Ust. Nasir)

Rabu, 25 Julai 2012

WW#10

Bulan Ramadhan ni elok makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Selamat Berpuasa semua

PENYAKIT ROHANI





Hiduplah dalam berkasih sayang, jangan biarkan penyakit rohani bersarang dalam diri kita.


JENIS-JENIS PENYAKIT ROHANI
1. Hasad Dengki
2. Sombong
3. Riyak
4. Fitnah (Namimah)
5. Mengumpat
6. Zalim (Kejam)
7. Dusta
8. Marah
9. Mancaci Maki
10. Bakhil (Kikir)
11. Mungkir Janji
12. Cintakan Dunia
13. Munafik (Nifak)

RAWATAN PENYAKIT ROHANI SECARA KESELRUHAN
1. Mengingati Allah
2. Mengerjakan Solat
3. Taubat
4. Takut Kepada Allah
5. Mujahadah
6. Muhasabah
7. Muraqabah
8. Takwa
9. Sabar
10. Qana'ah
11. Warak
12. Zuhud
13. Tawaduk
14. Istiqamah
15. Menjauhi Makanan Dan Minuman Haram

Isnin, 23 Julai 2012

USAH MENANGIS LAGI

menangis air mata darah sekalipun yang pergi tetap kan pergi, takkan kembali lagi...carilah pengganti kerana masih ramai yang menanti dirimu.
 ~ Jika kita menangis kerana masalah yang menimpa kita...
Ingatlah, ada lagi manusia lain yang lebih hebat masalahnya dari kita...
~ Jika kita rebah saat Allah memberi ujian pada kita,...
Ingatlah, ada lagi manusia lain yang lebih hebat cubaan yang Allah bagi berbanding kita..
~ Jika kita merasa dunia ini gelap gelita....
... Ingatlah, ada lagi manusia yang tak mampu melihat dunia kerana buta...
~ Jika kita merasa dunia ini sudah berakhir kerana secebis masalah..
Ingatlah, ada lagi manusia yang tidak berkesempatan untuk melangsaikan masalah kerana seru Allah sudahpun tiba...

~ ♥ senyumlah walau betapa besarnya kita rasakan ujian itu menimpa ke atas diri kita.. kerana segala yang terjadi itu ada hikmahnya dan carilah hikmahnya.. Allah takkan menguji hambanya melebihi kemampuan kita...

::tanpa sedar, akhirnya aku terlena dengan air mata duka dan berharap dalam jagaku kelak, aku masih mampu mengukir senyuman demi yang tersayang... Allah kan ada.. :)
(copy fb kwn)

NAK PELUK

 Ingat sama...bulan posa ni jangan asyik nak berpeluk ja...hehe
Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

Saya pernah diberitahu oleh seorang pesakit wanita, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.

Oleh itu para suami, peluklah isteri, belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya, dan sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim. Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan. Biasanya suami menganggap bahawa pelukan bermakna isteri dahagakan hubungan seksual, tetapi sebenarnya para isteri lebih menikmati pelukan dari hubungan seksual.

Oleh itu para suami, jangan rasa ‘kelam kabut’ jika tidak bersedia bila isteri minta dipeluk. Dan isteri tolong beritahu suami, ..”please, I just a hug..” dan jangan mengharap suami faham kehendak puan tanpa diucap.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Ahad, 22 Julai 2012

JANGAN BERSEDIH

JANGAN BERSEDIH MARILAH KITA BERDOA, MOGA ALLAH KABULKAN DI BULAN RAMADHAN YANG BERKAT  INI

Wahai Tuhanku, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang lain melainkan Engkau, Engkaulah Tuhan yang menciptaku. Akulah hambaMu dan aku akan mengotakan segala ikrar dan janjiku denganMu sedaya upaya yang ada padaku. Aku berlindung denganMu dari kejahatan perbuatan yang telah aku lakukan. Aku mengaku kepadaMu terhadap nikmat-nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan aku juga mengaku dengan dosaku. Oleh itu, ampunkan daku kerana sesungguhnya tiada siapa yang boleh mengampunkan dosa melainkan Engkau.
Aku meminta ampun kepada Allah Yang Maha Besar, aku meminta ampun kepada Allah Yang Maha Besar, aku meminta ampun kepada Allah Yang Maha Besar. Tidak disembah yang lain, hanya Tuhan Yang Maha Hidup dan berdiri dengan sendiri.
Aku bertaubat atas segala dosa yang aku lakukan dengan sembunyi atau terang dan dosa kecil mahu pun dosa besar kerana Engkau Maha Pengampun. Engkaulah yang membuka pintu hati, Engkau yang menutup keaiban, Engkau juga melenyapkan segala kedukaan.
Ya Allah, sesungguhnya aku menyesali atas perbuatan maksiat yang aku lakukan. Berilah aku petunjuk agar aku menerima kebenaran dalam hal ini. Aku berlepas diri dari semua agama lain selain dari agama Islam.
Ya Allah, jika sekiranya pernah aku syirik dan syak dalam keimananku dan pengesaanku terhadapMu, maka aku bertaubat dan ampunilah kesalahanku.

KHUTBAH RASULULLAH SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN

 
KHUTBAH RASULULLAH SAW DALAM MENYAMBUT RAMADHAN

”Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan kepadamu puasa-Nya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh setan. Padanya ada suatu malam yang terlebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan.”

“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan penghulu segala bulan, maka sambutlah kedatangannya.”

“Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu kewajiban, dan qiyam (mendirikan shalat sunat) di malam harinya suatu tatawwu’.”

“Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya samalah dia dengan orang yang menunaikan sesuatu fardhu di dalam bulan yang lainnya.”

“Barangsiapa menunaikan sesuatu fardhu dalam bulan Ramadhan samalah dia dengan orang yang mengerjakan tujuh puluh fardhu di bulan lainnya.”

“Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu pahalanya adalah surga. Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada mukmin di dalamnya.

“Barangsiapa memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, yang demikian itu adalah pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti yang diperoleh orang yang berpuasa. Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan walaupun sebutir korma, atau seteguk air, atau sehirup susu.”

“Dialah bulan yang permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan, dan akhirnya adalah kemerdekaan dari neraka.”

“Barangsiapa yang meringankan beban seseorang (yang membantunya) niscaya Allah mengampuni dosanya.”

“Oleh itu banyakkanlah yang empat perkara dibulan Ramadhan. Dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhanmu dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan mohon ampun kepada-Nya. Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon syurga dan perlindungan dari neraka.”

“Barangsiapa memberi minum orang yang berpuasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolamku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam surga.”

(HR Ibnu Khuzaimah)

Rabu, 18 Julai 2012

ROH PULANG DI BULAN RAMADHAN

DOAKANLAH UNTUK MEREKA YANG TELAH PERGI DULU MENINGGALKAN KITA. MOGA MEREKA BAHAGIA DI SANA.
Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. Wallahuaklam.

Selasa, 17 Julai 2012

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

 Jangan lupa bertadarrus Al-Quran di bulan Ramadhan ni
Assalamualaikum sahabat yang mulia. Ramadhan al mubarak menjelang tiba. Ramadhan bulan untuk:

1. SERLAHKAN kehebatan diri,
2. cuci karat dalam hati,
3. mustajab berdoa,
4. bina diri jadi insan yang di redhai Allah,
5. dapat KEKUATAN luar biasa (justeru jgn lembik masa berpuasa)
6. berpesta ibadah sepanjang bulan,
7. dapat keampunan.

Jika tak berubah lepas Ramadhan, tanda puasa kita Allah tolak! Pastikan kita dapat KEAMPUNAN & balasan SYURGA di Ramadhan kali ini. Saya ucapkan SELAMAT BERGEMBIRA & BERSYUKUR MENYAMBUT RAMADHAN. MOHON AMPUN & MAAF ZAHIR & BATIN. Wassalam.

:: Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ::

Isnin, 16 Julai 2012

MARHABBAN YA RAMADHAN


CIRI-CIRI ORANG BERTAQWA

 
Ciri2 orang yg bertaqwa :

"Sentiasa haus dan dahaga akan Ilmu"...
Ilmu pengetahuan dan Agama bagi orang yg bertaqwa menjadi lampu yg berguna menerangi kehidupan di alam kubur dan kegelapan di dunia ini.

Hanya dengan Ilmu sajalah seseorang akan selamat dari berbagai cubaan dan tentangan, sementara akan mudah celaka dan hancur bagi seseorang yg tidak menggunakan Ilmu pengetahuan sebagai cahaya kehidupannya.

Maka, orang yg bertaqwa mempunyai pemikiran bahawa Ilmu pengetahuan diciptakan oleh ALLAH S.W.T untuk menyempurnakan ibadah dan sekaligus sebagai cahaya kehidupan, sehingga Ilmu pengetahuan yg didapati sudah semestinya dipergunakan sebagai bahan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T. Ini berbeza dengan paradigma dan pemikiran yg memperlakukan Ilmu pengetahuan sebagai bahan untuk mengeksploitasi kehidupan.

"Dan, carilah pada apa yg telah dianugerahkan ALLAH S.W.T kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana ALLAH S.W.T telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya ALLAH S.W.T tidak menyukai orang2 yg berbuat kerosakan"... 
( Al-Qashahs : ayat 77 )...

Ahad, 15 Julai 2012

BERDOALAH SELALU PADANYA


Janganlah engkau resah dan gundah, merasa kecewa hatimu kerana merasa sulitnya jalan untuk meraih syurga, jalan itu akan mudah engkau tuju apabila engkau memohon pertolongan-Nya dalam setiap desah nafasmu, selalu memohon bimbingan-Nya.’Renungkanlah apabila engkau berhasil menjadi wanita solehah semua adalah kerana dari Allah semata, bersyukurlah  atas nikmat ini, dan janganlah sekali engkau takabur..ingatlah selalu firman-Nya...

“Dan tidak ada taufik bagiku, melainkan dengan pertolongan ALLAH” (QS. Huud : 88)

Isnin, 9 Julai 2012

JOM MUHASABAH DIRI

HIDUPLAH DALAM REALITI
 JANGAN ASYIK BERFANTASI DAN LUPA SIAPA DIRI KITA DAN MENGAPA KITA DIHIDUPKAN DI MUKA BUMI INI

 

1. Mula kan hidup kita dengan penuh kasih sayang di hati terhadap semua ciptaan ALLAH.

2. Jangan membenci orang lain walau mereka bersalah pada kita.

3. Hiduplah bersahaja tak peduli banyaknya harta kita.

4. Berfikir secara positif walau hidup dalam kesulitan.

5. Berilah yang banyak walau kita diberi sedikit.

6. Tetap berhubungan dengan mereka yang melupakan kita.

7. Maafkan mereka yang telah menyakiti kita.

8. Teruslah berdoa yang terbaik untuk mereka yang kita cinta.

WANITA PENGHULU SYURGA

 
Masyitah....Wanita Penghulu Syurga.

Wanita ini harum namanya seharum makamnya yang dicium Nabi Muhammad s.a.w sewaktu Israk Mikraj. Beliau ialah Masyitah, wanita penghulu syurga. Semasa hayatnya, Masyitah menjadi pengasuh puteri Firaun. Suatu hari, ketika menyikat rambut puteri Firaun, sikatnya jatuh. Dengan tidak sengaja, beliau menyebut nama ALLAH.

Puteri Firaun berasa hairan lalu bertanya, siapakah ALLAH itu? Masyitah enggan menjawap tetapi terus didesak bertubi-tubi. Akhirnya, beliau menerangkan bahawa ALLAH adalah TUHAN Yang Maha Esa, TUHAN sekalian alam.

Puteri itu mengadu kepada Firaun dan menyebabkan Firaun menggila marah. Ini kerana Masyitah menyembah tuhan yang lain selain dirinya. Firaun memaksa Masyitah mengakui bahawa dirinya (Firaun) sebagai tuhan tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata: “Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah ALLAH.”

Firaun semakin marah. Lalu dia memerintahkan agar patung lembu tembaga berisi minyak direbus hingga menggelegak. Kemudian, Masyitah dan ahli keluarganya dicampak ke dalamnya seorang demi seorang. Sewaktu giliran anaknya, Masyitah hempir mengalah kepada Firaun kerana sayangkan anaknya.

Tetapi dengan kehendak ALLAH s.w.t kejadian luar biasa berlaku.

Bayi Masyitah boleh bercakap secara tiba-tiba. Katanya,
“Wahai ibu, teruskanlah dan usah menyerah kalah. Sesungguhnya engkau di jalan kebenaran.”

Lalu Masyitah yakin semula. Beliau mempertahankan keimanannya dengan mengatakan bahawa ALLAH Tuhan Yang Maha Esa dan Firaun hanyalah manusia biasa. Beliau dan ahli keluarga kemudiannya mati syahid di tangan Firaun yang durjana.

Melalui pengorbanan sehebat Masyitah inilah Islam semakin mekar dan tersebar. Melalui pengorbanan wanita inilah Islam dipandang tinggi oleh insan yang sedang mencari-cari cahaya hidup. Ketika ada yang merasakan agama nenek moyang mereka sebagai karut dan tiada kuasa, mereka mencari-cari agama yang sebenar, yang boleh disandarkan seluruh kehidupan. Akhirnya mereka mendapati, Islam itu agama yang benar lalu mereka memilih untuk menganut agama yang benar ini dan bersandar dengan sepenuh jiwa raga meskipun diseksa atau terkorban nyawa. Pabila iman telah kukuh dalam diri, percayalah bahawa semua ugutan atau hinaan tidak lagi gentar untuk dihadapi dengan penuh ketakwaan.

Pada hari ini, kita tidak perlu berkorban nyawa seperti Masyitah untuk menegakkan Islam kerana Islam itu sudah tertegak dengan jerih payah pejuang-pejuang sebelum kita. Kita tidak perlu menempuh jalan sesukar itu kerana jalan Islam sudah terbentang di hadapan mata malah di lahirkan sudah Islam sejak azalinya. Islam ada di sekeliling kita malah menjadi cara hidup kita semua. Kita boleh mengamalkan agama kita ini sebebas-bebasnya. Tiada sesiapa pun yang akan marah jika sehari demi sehari kita berazam untuk meningkatkan iman dalam diri namun terlalu mengecewakan di zaman sekarang ada di antara kita yang lupa akan nikmatnya Islam yang selama ini bermati-matian di perjuangkan dan terlalu mudah agama kita diperjudikan.

ANUGERAH ALLAH KEPADA WANITA


15 Anugerah Allah pada Wanita tidak pada Lelaki.

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidma
tlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : ” Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Selasa, 3 Julai 2012

MOTIVASI PAGI

 HIDUP PERLU CERIA 
Saya suka dengar atau baca kata-kata motivasi. Mari sama-sama kita kongsi, moga dapat dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.
Jika kita kejar dunia tidak akan pernah cukup tapi bila kejar ketenangan akan sentiasa dapat segalanya di dunia. Cari ketenangan dgn mengurangkan ego dan cari redha Allah dalam setiap situasi... Setiap kali kita stress ertinya ego telah menang dan iman telah kalah... tingkatkan keimanan setiap hari dgn ilmu. Tujuan ilmu ialah utk berubah. Jika ada ilmu dan tidak berubah sama, fikir apa niat kita bila cari ilmu..
~prof dr muhaya~

DUIT OH DUIT

Walaupun duit bukan segala-galanya, mesin ATM kena cucuk/jolok jugak....hehe
Bg sy duit bkn segala-galanya
Duit tak blh kembalikan maruah diri
Duit x blh membeli Iman
Duit x blh menghidupkan kembali org yg telah mati
Duit x blh membeli Cinta Sejati
Duit x blh membeli sebuah kebahagian
Duit x blh menjamin masuk syurga
Duit x blh menjanjikan kita akan hidup selamanya
Bg sy kuasa duit terlalu kecil berbanding Kuasa Allah S.W.T yg meliputi Langit dan Bumi
(copy fb kwn)

DOA MENYAMBUT RAMADHAN


17 hari lagi kita akan menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak. InsyaAllah....marilah kita sama-sama berdoa moga kita dipanjangkan umur dan dipertemukan dengan Ramadhan kali ini, diberi kekuatan untuk menjalani ibadah padaNya dan sentiasa sihat sejahtera 


“Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan”

Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan.

OH! LELAKI

lelaki baik untuk wanita yang baik
Lelaki bukan BANK ,
Nak apa main order je. Bila dapat, terima kasih pun tak ucap.

Lelaki bukan KASUT,
Yang awak suka-suka je nak tukar2 setiap hujung minggu.
 Lelaki bukan TUNGGUL ,
Awak datang bila awak memerlukan, then awak tinggalkan dia.

Lelaki bukan MIKROFON ,
Yang awak suka arah-arah dia itu dan ini.

Lelaki bukan HARIMAU ,
Garang pun, adakalanya dia manja bak kucing perlukan belaian.

Lelaki bukan CEWINGUM,
Bila manis awk kunyah, bila hilang manis awk tuihh mcmtu je.

Dan lelaki itu bukan BADUT ,
Untuk hiburkan awk supaya awk ketawa sepanjang masa.

♥ HARGAILAH INSAN BERNAMA LELAKI . .

<::: UsTaZ DoN :::>

Isnin, 25 Jun 2012

KESAN DARI KEBAIKAN KITA

 Assalamualaikum dan semoga semua pembaca sihat sejahtera
 
Sahabat Nabi Muhammad s.a.w yg terkenal iaitu Abdullah bin Abbas berkata:
Sesiapa yg melakukan kebaikan,ada kesannnya:
1.Ada cahaya di wajahnya.
2.Hatinya bersih.
3.Rezekinya murah
4.Badannya sihat.
5.Orang sayang kpdnya.
Oleh itu,sentiasalah melakukan kebaikan dan kebajikan di mana juga kita berada.
Salam hormat dari saya.

Ahad, 24 Jun 2012

JOM SOLAT DHUHA

 Dari Abu Zar r.a dari Nabi saw sabdanya:
"Setiap ruas tulang dari seseorang di antara engkau semua itu harus ada sedekahnya pada saban pagi harinya, maka
>setiap sekali tasbih - bacaan Subhanallah - adalah sedekah,
>setiap sekali tahmid - bacaan Alhamdulillah - adalah sedekah,
>setiap sekali tahlil - bacaan La ilaha illallah - adalah sedekah,
>setiap sekali takbir -bacaan Allahu Akbar - adalah sedekah,
>menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah,
>melarang kepada kemungkaran adalah sedekah
>dan yang sedemikian itu dapat dicukupi oleh dua rakaat yang dilakukan oleh seseorang dari Solat Dhuha."
(Riwayat Muslim)

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

dan banyak lagi fadilat dan kelebihan2nya

Jom Solat Dhuha! 
iluvislam

Khamis, 21 Jun 2012

KATA-KATA SEMANGAT

 DENGAR CAKAP IBU BAHAGIA DUNIA AKHIRAT
{Assohwah}
Salam semua, Marilah kita semangatkan diri kita dengan kata-kata semangat di pagi ini.
Jangan katakan kegagalan itu kesilapan. Katakan kegagalan itu adalah pengajaran. Anda tidak akan mengetahui tentang diri sendiri menerusi kejayaan. Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan. Janganlah takut untuk mengakui kesilapan. Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam. Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba. Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan. Marilah kita bersama ikhlaskan hati untuk menjadi orang yang berjaya dan bahagia dunia dan akhirat insyALLAH.
(Prof Dr Muhaya)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA