Be Positive: Jaga Akhlak Dalam Berinteraksi (kata Ustaz Zaharuddin)
Saya harap dalam usaha kita menyebarluaskan kebaikan, berinteraksi, berkenal-kenalan, berbincang dan berbahas tentang apa jua perkara,diharap kita dapat menjaga adab dan akhlak, atas asas taqwa kepada Allah. Kita saling berbeza pandangan, bukanlah syarat atau lesen untuk berlaku kasar terhadap sahabat kita. Bertegas dengan pandangan, menegur seseorang adalah BERBEZA dengan menyindir, menghentam seseorang. Jangan marah, bukankah itu pesan Rasulullah apabila ditanya oleh seorang sahabat baginda? Menunjukkan jika kita bertindak dalam keadaan marah, maka kebenaran yg kita ingin cuba tegakkan akan dicemari oleh kemarahan dan emosi yg tak stabil.
Sekiranya kita semua bersetuju utk sama2 menjaga akhlak kita dalam berbicara, maka saya pasti syaitan akan hampa dan frust menonggeng kerana tidak bisa mengeruhkan persaudaraan yg terbina.
Semoga semuanya dalam rahmat dan keberkatanNya. Sekadar mengingatkan diri sendiri dan saudara semua.
PEGANGAN HIDUP
Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".
REZEKI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan