Aku dah tua
(Ini gambar mak akak, dah 79 tahun usianya. Akak nanti macam ni la kut ....iras-iras mak)
28 Disember 2012 sekali lagi akak sambut hari lahir secara sederhana, beli kek dan makan-makan dengan family. Umur dah bertambah. Makin tua tapi makin menjadi-jadi. Kedut-kedut halus, jeragat, jerawat dah mula timbul. Uban pun dah ada seurat dua menyedarkan akak bahawa dunia kata pergi, kubur kata mari.
Ramai yang ucap tahniah termasuk sanak saudara dan rakan taulan. Terima kasih semua. Dalam fb ramai yang doakan akak, terima kasih, akak amat menghargainya. Sayang kamu semua. Suami akak pulak buat dono ja, ingatkan dia lupa...rupanya ada surprise. Tqvm sayang. Sedap sangat kek tu. Hadiah tu pun sangat cantik dan sukaaa.... sangat.
Aku dah makin tua.
Dah tak larat nak naik tangga,
Baju pun dah tak muat,
takde masa untuk menyemat.
Badan aku semakin berat,
Nak naik tangga pun dah tak larat,
Apatah lagi nak mengorat,
seluar yang aku pakai pun makin sendat.
Aku dah makin tua,
selalu pening kepala,
nak menulis pun takde masa.
Asyik terlentang mengadap siling,
Kipas angin laju berpusing.
Aku dah makin takde kederat,
Nak berlari dah tak larat.
Kena elak makan banyak karbohidrat,
No kolestrol, no makanan berat-berat.
Aku dah makin tua,
Selalu migraine pening kepala
Kadang-kadang juga pelupa.
Eh hari ni hari apa?
badan aku makin besar,
Makin gemuk dan makin sendat.
Kawan jumpa tanya kenapa makin bulat?
Aku jawab banyak makan takde exercise,
sebab itu terlebih size.
Aku makin tua,
Semakin hari semakin takde tenaga.
Naik tangga pun aku cuba nak gagah,
Sampai diatas termengah- mengah.
Aku makin tua.
muscle makin kecut dan kendur,
Bila tiba waktunya akan datang juga,
Masa untukku baring dan terus tidur.
(Copy blog Saat Omar - TQVM)
1 ulasan:
wah sedap pantun tu.. kene gak. lawak pun jugak..
Catat Ulasan