PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Jumaat, 9 Disember 2011

HASIL TAKLIMAT SBPA


Kemarin akak hadir taklimat Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) di Ibu Pejabat. Setelah dengar penerangan, 4 tajuk selama setengah hari, baru la faham sikit apa tu SBPA. Sekarang ni masa untuk berfikir sama ada nak tandatangan atau tidak. 16 - 31 Dis 2011, tempoh 15 hari diberi untuk kita menandatangani borang opsyen SBPA. Hasil dari taklimat kemarin, akak rasa tak ada ruginya kalau akak memilih skim baru ni. Banyak juga kelebihan untuk akak, berdasarkan jabatan, jawatan, pengalaman, kekananan, tempoh bekerja, gaji dan prestasi kerja. Akak tak tahu la pulak pada orang lain. Pada akak nampak kelebihan semuanya. Antaranya:
1. Gaji: kenaikan gaji tahunan bertambah tapi kena rajin kerja la, sekarang pun rajin, tak bodek bos, memang ikhlas kerja, niat kerana Allah, nak cari rezeki halal bantu suami.
2. Mobiliti: akak boleh cari pengalaman kerja kat jabatan lain, kalau dah jemu kat jabatan sekarang, gaji tetap tak rugi, naik lagi ada, tambah2 ada pengalaman dan kelayakan, itu pun kalau jabatan lain nak terima kita...hehe (sekarang ni akak kena ikat dgn jabatan dan jawatan)
3. Akak pun tak lama lagi nak pencen...hehe berangan, duit ganjaran pencen dapat masa umur 55 tahun, walaupun kita opsyen pencen umur 55, 56, 58 atau 60 thn, syok la tak payah tunggu dah pencen betul br dpt duit ganjaran. Ditakdirkan mati umur 58, sempat la rasa duit ganjaran tu masa umur 55, sempat 3 tahun pun jadi la. Kerja 30 tahun nak la juga merasakan hasil titik peluh kita, tapi kalau dah ditakdirkan mati awal, redha kerana semua tu Kuasa Allah. Hanya DIA Maha Mengetahui.
4. Dapat Piala Perkhidmatan Cemerlang: berangan pi la walaupun tak mungkin dapat. Dah 2 kali akak dapat anugerah cemerlang, dapat duit habis macam tu ja, sijil pun simpan, tak dak sapa tau tapi skim SBPA dia bagi Piala Perkhidmatan Cemerlang, macam mana bentuk, tinggi mana tak tau la....harap2 setinggi menara petronas...haha...
5. Bulan ni dapat bonus setengah bulan gaji, bulan satu gaji SBPA dapat kenaikan dan gaji baru, campur tolak campur tolak, dapat beli keta baru....haha (jangan ikut tau, otak nak perabih duit ni!)

Banyak lagi kelebihan akak nampak, terutama pada orang-orang yang baru keja. Jadi tak ada ruginya pilih SBPA. Tandatangan cepat.....dapat gaji cepat, boleh pi shopping cepat.....jom heboh heboh.....    

2 ulasan:

Nor Azura Ahmad 210058 berkata...

sign jgn tak sign..

NUR AMINA berkata...

hehe Ju'are pun mesti sign...betul tak cikgu lg untung, sy dpt ciput je tp syukur Alhamdulillah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA