Inilah Nana anak akak yang paling kecik. Sekarang Nana dalam darjah 1. Kesian akak tengok dia berpuasa. Suruh dia berbuka tapi dia tak nak. Katanya cikgu suruh berpuasa. Dah la badan kurus cekeding, nak puasa jugak. Bangun sahur dia makan sikit je, minum air pun tak habis segelas. Hari ni akak suruh dia puasa separuh hari ja, entah dia ikut ke tak? Memang la kena ajar anak-anak berpuasa dari kecik tapi akak risau takut Nana sakit perut/masuk angin. Nana ni payah sikit nak makan. Makan pun memilih. Kalau dia makan banyak tak kisah la dia nak puasa ke. Kejap lagi akak nak telefon ke rumah suruh dia makan, akak dah belikan roti dan simpan air sirap dalam peti sejuk sebelum datang pejabat pagi tadi. Betulkah tindakan akak ni? Kerana sayang akak tak bagi anak berpuasa. Nanti besar sikit baru mula puasa penuh.
PEGANGAN HIDUP
Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".
REZEKI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan