Dalam keseronokan kita hidup di dunia apa salahnya hari ni kita ingatkan mati pulak. Ini kerana yang paling dekat dengan kita di dunia ini adalah mati. Mungkin belum sempat menulis ayat-ayat ni pun, kalau Allah dah takdirkan sampai ajal saya, apa lagi yang boleh dibuat. Hanya doa moga mati dalam keimanan dan sempat mengucap shahadah.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka..
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Mari kita sama-sama berdoa moga roh kita nanti tidak tergantung di udara tetapi menuju ke mana-mana syurga Allah.
1 ulasan:
ingatan kepada diri saya dan semua. bagus sekali.
MOHD NASER.com
Catat Ulasan