PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Jumaat, 26 Ogos 2011

CUKUP KE PUASA?


Hari ni dah 26 hari kita berpuasa...org lain le bukan akak, akak puasa tak cukup sebulan...huhuhu...sedih ni!. Tapi hari ni dah puasa balik, dapat sambung ibadat di malam-malam terakhir Ramadhan...InsyaAllah. 
Seronoknya kalau dapat puasa penuhkan, cukup sebulan. Akak dah pernah puasa penuh, kalau tak silap 3 kali waktu mengandungkan 3 anak lelaki dulu. Tapi anak perempuan yang last ni lahir hari ke 9 bulan Ramadhan, jenuh jugak akak menqada puasa. Dah tua-tua ni nak mengandung lagi malu la pulak, kalau tidak maybe boleh puasa cukup sebulan. Tunggu masa menopause la jawabnya...hehe tak lama dah kut. Apa-apa pun akak bangga dan bersyukur dilahirkan sebagai wanita. Tambah-tambah bulan puasa ni banyak pahala boleh dicari asalkan kita nak. Sekejap lagi nak cari pahala lagi...nak memasak lauk-lauk untuk suami & anak-anak berbuka puasa. Hari ni menu ayam masak ros, sayur taugeh (atas permintaan suami...katanya lama tak makan), sambal tumis ikan bilis campur terung pipit (favourite akak ni), sup sayur dan cucur udang. Alhamdulillah banyak sangat rezeki diberi Allah di bulan puasa ni. Terima kasih Ya Allah.     

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA