Ini bukan akak dan suami tapi kalau orang tua2 tengok mesti depa kata ada iras2 kami berdua 20 tahun dulu...hahah tolong percaya
Ini bukan cite dalam kelambu, lagipun sekarang ni ramai orang dah tak pakai kelambu. Ada nyamuk sembur je. Ini juga bukan cite mengumpat laki sendiri tapi hanyalah melahirkan rasa hati. Malam ni boleh minta maaf.
Akak nak cite sikit pasai suami akak. Tapi u all jangan habaq kat dia tau. Dia pun tak tau bini dia ni ada blog. Facebook dia pun akak yang tolong buatkan tapi dia baru buka sekali dua, la ni dah bersawang. Entah2 password pun dia dah lupa.
Suami akak ni seorang yang sibuk, mengalahkan menteri. Bila akak tengok dia tidur rasa lega, kesian sangat tengok muka dia. Tapi dia jarang tidur siang, kadang-kadang je tertidur sambil duduk, jangan harap la dia nak ambil bantal dan baring tidur sejam dua macam akak kita. Kalau tertidur pun hanya sekejap, tak sampai 15 minit rasanya. Tak tahulah apa yang disibukkan sangat. TV pun dia jarang tengok, kalau tengok TV mesti terlelap kat kerusi. Letih la siang sibuk sangat. Buat kerja kalut, cakap pun kalut. Kiranya kata orang tangan dan mulut sama naik.
Akak pulak jenis yang slow & steady. Buat apa pun slow motion, selalu la kena leter sampai dah mangli kata orang Kedah. Akak jenis tak cakap banyak. Suami akak pulak jenis ramah, bila jumpa orang boleh dikatakan semua dia kenal. Bawa kereta tu mesti angkat tangan, bunyi hon pada kawan-kawan. Pergi mana pun mesti dia jumpa orang yang dia kenal. Banyak sungguh kenalannya. Tengok dia sembang macam dah kenal lama dan rapat dengan orang tu. Akak ni tak kenal orang dan orang pun tak kenal akak. Kadang-kadang bila jumpa kawan-kawan sekolah atau orang yang akak kenal, akak tak tegur pun, bukan sombong tapi berat mulut. Selalu bila jumpa orang akak akan senyum je. Nak bertegur sapa dan beramah tamah tak pandai la. Itu la jauh beza akak dan suami.
Suara suami akak juga kuat, kalau dia bersembang dengan akak kat rumah, orang sebelah dengar mesti ingat kami bergaduh atau bertengkar. Volume tahap 5, tak boleh kontrol dah. Akak pulak jenis orang tanya 10 patah, akak jawab sepatah, suara tone 1 ja. Jerit anak boleh la naik tone 3 tapi suami akak tegur anak kalau orang sedang tidur tu boleh terkejut jaga. Kalau sakit jantung dah lama mati dah.
Lagi satu tiap-tiap hari dia berleter. Akak dah tak kisah dah bila dia berleter. Lagipun Allah dah bagi satu kelebihan pada akak iaitu bila dia berleter telinga akak dah ada penangkis getaran, tak dengar pun apa yang dia leterkan tu. Best kan. Kesian anak akak yang no.2, tiap-tiap hari sebelum dia ke sekolah terpaksa dengar leteran. Sampai dalam facebook dia akak nampak dia tulis 'mencari ketenangan'.
Suami akak amat ambil berat soal masa. Tiap-tiap pagi dia bising kalau anak-anak bangun lewat dan bersiap lewat untuk ke sekolah. Dia dah set masa macam orang kerja pejabat padahal dia berniaga sendiri, dialah bos dialah kuli. Dia kalut sungguh tiap-tiap pagi macamlah keja dia tu kena punch card. Aduh! kalau dia tahu akak cite pasai dia kat blog ni mesti dia syok, suruh cite lagi...hehehe. Sebelum ini akak ada juga bercerita tentang dia dalam entry 'Sebab-sebab Saya Sayang Suami Saya'. Apa yang akak cite dulu tu semuanya betul. Memang dia seorang yang sangat bertanggungjawab dan ambik berat sangat dengan keluarga. Banyak pengorbanan dia untuk keluarga. Semua tu amat akak hargai dan tidak akan lupa selagi ada hayat dikandung badan.
Banyak lagi nak cite pasai suami akak ni tapi disebabkan akak nampak u all boring dan mengata akak dalam hati (ini pun nak cite ke?), jadi akak nak berhenti di sini je. Maaf kalau cite akak ni menyinggung perasaaan sesiapa. Suami akak takpe sebab dia akan memaafkan akak setiap malam sebelum tidur.
Moral of the story: biar siapapun suami kita, macam manapun perangainya, ingatlah Allah dah jodohkan kita dengan dia. Jodoh kita kan ketentuan Allah. Kita mesti redha dan terima suami kita seadanya. Tetap mentaati dan menyayanginya hingga akhir hayat. Lagi satu sebelum tidur tu salinglah bermaaf-maafan, jangan tunggu raya baru nak mintak maaf.
"MAAF ZAHIR DAN BATIN"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan