PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Isnin, 10 Oktober 2011

FENOMENA LINGKARAN BULAN

 Bila lihat fenomena macam ni ucapkanlah Subhanallah 
dan sujud syukur dapat melihat kebesaran Allah
Semalam 9.10.11 (tarikh pun elok nombornya) semua orang riuh rendah memandang ke langit. Subhanallah cantiknya bulan mengambang penuh dengan lingkaran di sekelilingnya. dikenali lingkaran 22 degree lunar halo. Fenomena lingkaran 22 degree lunar halo paling indah semalam dapat disaksikan dengan jelas di Malaysia.  Mesti ramai yang dah melihat fenomena ni pada malam tadi. Lingkaran yang mengelilingi bulan seperti cincin ni jarang berlaku dan siapa yang tengok mesti rasa kagum. Besarnya kuasa Allah...Maha Suci Allah yang menjadikan alam semakin indah. Inilah tanda-tanda kebesaran Allah. Fenomena ini terjadi apabila terdapat awan sirus yang mengandungi kristal ais, pantulan cahaya dari bulan membiaskan cahaya tersebut lalu terjadilah fenomena ini. 
Kawan-kawan, adik, abang, kakak perasan tak sekarang ni langit nampak cantik, akak selalu tengok langit terutama waktu matahari naik, matahari jatuh dan waktu malam. Hari khamis lepas tengok matahari terbenam, ada warna warni di awan, cantiknya sampai anak akak yang darjah 1 tu pun tegur, dia pun perasan cantiknya alam ciptaan Allah. Rasa kerdilnya kita. Dah tua dunia ni tapi masih cantik. Jadi bagi yang rasa dirinya dah berumur mcm akak ni marilah kita cantikkan diri dan peribadi. 

1 ulasan:

ZYASH berkata...

Sedihnyer...ruginyer..terasa rugi sebab tak tau pun kejadian ne semalam...wa....sob...sob...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA