Pejam celik pejam celik dah berada di bulan Oktober. Sekejap je masa berlalu. Pantas betul, rasa tak terkejar. Siang berganti malam, malam berganti siang, rasa banyak perkara yang belum diselesaikan. Okay sebelum menutup mata malam ini ingatlah masa itu emas, masa itu pedang, masa itu tidak akan menunggu kita, masa yang berlalu tidak akan kembali dan masa amat mencemburui kita. Jadi terpaksalah akak tutup laptop ni kerana kerja-kerja kat dapur masih berlambak, baju masih belum dibasuh bla...bla...bla....
Terimalah sebuah lagu sebagai halwa telingamu sebelum mata terpejam...lirik je...nyanyilah sendiri supaya hujan turun mencurah.....
Andai Dapat Ku Undurkan Masa
Dalam usikku merajuk seketika
Laluku pergi meninggalkan dirimu
Tanpa ku duga
Lilin menjadi bara
Gurauanku jadi dilema prasangka
Kau menyangka aku pergi kerna dia
Yang tak pernah wujud dalam alam cinta
Belum sempat ku jernihkan suasana
Engkau pula yang hilang
Entah ke mana
Puas sudah ku mencari
Ku tinggalkan pesan
Ku kirimkan berita
Agar dapatku temui dirimu
Umpama sebutir permata yang sirna
Andai dapat
Ku undurkan putaran dunia
Inginku ubah semula kata
Dan tingkahlakuku yang salah
Agar kita dapat seiring
Di mercu asmara
Tak ingin lagi
Dan tak mahu lagi berpisah
Bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan yang tiada kesudahan
Ku tersepit dalam jerat sendiri
1 ulasan:
hmm pejam celik pejam celik... saya dah pun sambung master sekarang ni. Tak sedar pun... ingat dulu time matrik rasa baru lagi.
Catat Ulasan