PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Ahad, 20 Julai 2008

PETUA-PETUA TRADISIONAL

MENURUNKAN BERAT BADAN
Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum
boleh menurunkan berat badan anda.


Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu
perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti
sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan
tengah hari dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan,
berat badan anda akan beransur turun.


ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL
Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup.
Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda
akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia
buang air kecil.


TEPUNG UBI PENAWAR RUAM
Cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan
tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran
serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada di lumur.


UBATI SAKIT DADA
Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji
telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin.
Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan.


HILANGKAN URAT DI KAKI
Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan
ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi maalah ini,
ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen
air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga
anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan
dengan menggunakan minyak urut.


RASA GARAM DALAM MASAKAN
Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa.
Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di atas
jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi
jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.


SIMPAN KELAPA PARUT
Masukkan kelapa dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air panas.
Biarkan wap itu masuk ke dalam kelapa.


MENGHILANGKAN KEDUT
Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di
bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan pandangan
seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula
berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di
muka asalkan anda rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga
hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan
semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu.
Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu,
Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan
menghilang.


PENYERI MUKA
Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya
muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan
daun teh yang sudah direndam. Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian
basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan
selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali.
Anda akan nampak keberkesanannya.


GARAM UBATI SAKIT GIGI
Sakit gigi memang amat menyeksakan. Apa lagi kalau terkena di tegah malam. Hendak ke
klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi.
Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan
bagi menghindar dari terkena sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada
ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan
sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan
menjadi lebih putih dan berseri.


MULUT BERBAU
Mulut berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang.
Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus,
kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap
hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.


IKAN KERING TIDAK BERULAT
Benda-benda busuk selalu dihinggapi lalt termasuk ikan kering. Keadaan ini
menyebabkan ia mudah berulat. Untuk mencegahnya, jemurkan ikan di tempat panas,
taburkan sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar ke atasnya. Cara ini
lalat tidak akan hinggap lagi.


TUMIT KAKI TIDAK PECAH
Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah
betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah.
Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali
beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.


KEKALKAN KEPUTIHAN PERIUK
Jika anda masak menggunakan dapur kayu atau arang, tentu anda menghadapi masalah
periuk hitam dan sukar dibersihkan. Bagi mengatasi masalah ini, sebelum memasak,
sapukan dahulu bahagian luar periuk anda pencuci pinggan seperti Axion. Setelah siap
masak, cucilah periuk dengan penggosok. Insya-Allah kotoran dan kesan hitam akan
mudah dihilangkan.


HILANGKAN DARAH TINGGI
Jika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat.
Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk
dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. Kalau
sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya
penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan banyak
kali, bersabar dan bertawakal.


KHASIAT DAUN JAMBU BATU
Kalau anda terkena sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk angin dan
citir-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya).
Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya ditelan. Atau daun jambu biasa
yang masih muda dimamah halus dan ditelan. Insya-Allah mujarab dan sakit perut anda
akan hilang dengan sendirinya.


CARA CUCI BARANGAN PERAK
Campurkan perahan air limau dan garam dalam semangkuk air dan cucikan barangan perak
anda. Hasilnya ia lebih berkilat.


HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN DURIAN
Biasanya selepas anda nemikmati buah durian, mulut atau sendawa anda akan berbau.
Dan pada sesetengah orang pula dia akan terasa mual, pening atau mabuk.Untuk
mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian tadi dan curahkan sedikit air di
dalamnya. Ratakan air itu dan minumnya. Insya-Allah semuanya beres.


UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR
Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubat gigi
ke atas kulit berkenaan sebaik ianya terkena.


MINYAK TANAH HILANGKAN KUTU
Satu lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan melumurkan
sedikit minyak tanah di serata kepala. Kemudian balut kepala dengan kain lembab.
Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekat pada
tuala itu dan kepala anda bebas daripadanya.


ARANG KAYU PERAPI RAMBUT
Percayakah kayu arang dari batang getah boleh menghitam dan mengilatkan rambut.
Caranya, keringkan arang itu beberapa hari kemudian tumbuk sehingga lumat. Selepas
itu, campurkan dengan minyak kelapa. Lumurkan ramuan itu pada rambut setiap hari dan
cucilah. Lakukan sekerap yang boleh.


PENAWAR BISUL/KUDIS
Ambil segenggam daun sengkuri. Petik daun muda dan keringkan sebentar, kemudian baru
digiling dengan tujuhbiji mata kunyit serta sedikit melukut. Kemudian calitkan
sedkit kapur sirih dan sapukan daun yang digiling tadi di atasnya. Sementara untuk
menghilangkan bengkak bisul dan bissanya, sapukan cuka dan nila. Petua ini juga
boleh menawarkan sakit beguk di leher. Bagi kudis pula, rebus antara 30 helai pucuk
daun jambu batudengan dua gelas air. Campurkan secamca garam. Bila mendidih, biarkan
ianya suam dan cucilah kudis atau gatal-gatal berkenaaan.


CARA HILANGKAN GRIS
Minyak gris biasanya sukar ditanggalkan jika terkena pakaian. Tetapi ada petua untuk
menghilangkannya. Cuab titiskan secamca minyak tanah dan kemudian sapukan rata-rata
sedikit sabun serbuk atau buku. Biar seketika dan kemudian sental kuat-kuat. Ulangi
beberapa kali sehingga kesannya hilang.


PETUA SUBURKAN POKOK BUNGA
Taburkan sedikit serbuk kopi di sekeliling pangkal pokok bunga anda. Hasilnya, anda
akan lihat pokok bunga subur menghijau.


PUTIH TELUR PENGHILANG PARUT
Jika pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang tidak mahu hilang,
cubalah gunakan putih telur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur, sapukan putih
telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus. Nescaya parut luka
anda akan hilang.


BILA NASI BERBAU HANGIT
Kadang-kadang kerana kelalaian kita, nasi yang dimasak boleh menjadi hangus dan
berbau hangit. Kerana itu anda jangan susah hati, cubalah cepat-cepat ambil pucuk
daun pisang, masukkan ke dalam nasi tersebut dan tutup semula rapat-rapat.
Insya-Allah bau hangit akan berkurangan.


UBAT DEMAM MALARIA
Daun betik yang masih muda ditumbuk hingga haluslau diperah. Air perahan ini
bolehlah diminum sebagai ubat demam malaria. Selain itu, ia juga boleh diminum
setelah selesai haid. Kerana ia boleh melancar dan membersihkan sisa-sisa darah
kotor.


MENGHILANGKAN GATAL-GATAL
Ada cara mudah untuk menghilangkan kegatalan akibat peluh yang mengancam seluruh
tubuh kita. Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air.
Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian
yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang
dari tubuh anda.


MENGHILANGKAN BAU PEDAS (CILI TUMIS)
Memasak sambal tumis atau asam pedas, anda tentu terpaksa menumis cili boh atau cili
giling. Apabila cili ditumis, anda tentu dapat rasakan mata dan hidung menjadi pedih
dan berair. Seluruh ruang dapur malah seluruh rumah akan mendapat akibatnya. Untuk
menghindarkannya, cubalah masukkan gula pasir ke dalam minyak penggoreng yang telah
panas itu. Kemudian barulah menumis bawang dan cili tersebut. Insya-Allah, bau
pedasdan cili tumis itu tidak akan mengganggu anda sekeluarga.


BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN
Kadang-kadang tanpa anda sedari, tubuh badan anda terkena bintik-bintik merah.
Mungkon ini disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang menyebabkan
gatal-gatal atau pedih. Sekiranya anda mengalami keadaan demikian, janganlah panik.
Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan
ramuian tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian
bengkak-bengkak itu. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.


ELAK DARI MELECUR
Apabila bahagian tubuh anda tersiram air panas terutama yang sedang mendidih,
cepatlah ambil sabun. Tidak kira sabun batang, serbuk atau sabun mandi. Gosoklah
bahagian yang terkena air mendidih tadi dengan air sabun secara perlahan-lahan
tetapi terus-menerus tidak berhenti. Hinggalah bahagian yang tersiram air panas itu
tidak merasa panas lagi. Dengan cara itu, bahagian yang tersiram air panas itu tidak
melepuh dan akan segera sembuh.


BEDAK LANCARKAN ZIP ROSAK
Zip yang rosak tidak bermakna barang tersebut sama ada beg, kasur atau seluar anda
tidak boleh dipakai lagi. Ada cara paling mudah untuk membaiki dengan cara, taburkan
bedak di atasnya lalu anda getak-gerakkan beberapa kali sehingga zip itu lancar
semula.


BAGAIMANA SEGARKAN TAUGE
Tauge akan lebih lama segar di dalam peti sejuk sekiranya anda memerahkan sedikit
limau ke dalam air tempat anda merendamnya. Tetapi pastikan anda menukar airnya
setiap hari.


HILANGKAN DEBU DARI BUNGA
Biasanya bunga-bunga hiasan di ruang tamu akan diselubungi debu. Untuk mencucinya
mungkin mustahil sama sekali. Tetapi cuba anda gunakan pengering rambut anda.
Semburkan hembusannya ke arah bunga-bunga itu, dan mudah-mudahan semua debu akan
diterbangkan.


CARA SUPAYA KEJU TAHAN LAMA
Kalau anda tidak mempunyai peti sejuk, cara untuk menyimpan keju ialah dengan
membungkus keju itu kejap-kejap (rapat-rapat) dalam sehelai kain bersih yang
dilembabkan denga air garam terlebih dahulu.


GULA UBAT LUKA
Jika bibir anda luka dan berdarah kerana terhantuk pada sesuatu benda keras, anda
jangan panik. Ambil sedikit gula dan sapukan pada bibir yang berdarah. Anda akan
dapati darah itu akan berhenti dengan segera.


PANAS TERKENA CILI
Kerana banyak memasak menggunakan cili boleh menyebabkan tangan dan jari-jari anda
berasa panas memijar. uNtuk menghilangkannya mudah sahaja. Ambil setengah gelas air.
Bubuh dua sudu makan garam dan kacau. Setelah garam hancur, gosokkan air pada tangan
yang pijat itu. Kemudian hangatkan di depan api. Bersihkan tangan dengan air sejuk
menggunakan sabun. Insya-Allah rasa panas dan pijar akan hilang.


MENGHILANGKAN BISUL
Apabila anda sering terkena bisul, jangan dibiarkan begitu sahaja hingga ia membesar
yang bukan sahaja sakit malah akan sukar mengubatinya. Kerana itu bila anda sedar
akan terkena bisul, cepat-cepat ambil bawang putih. Gosoklah bisul anda dengan
bawang putih. Berkat air bawang putih yang berbau tengik itu, bisuk anda tidak
sempat membesar akhirnya akan mengempis tanpa meninggalkan kesan parut.


TERKENA BISA IKAN KELI
Ikan keli (darat) atau ikan keli sembilang (laut) kedua-duanya mempunyai sengat
berupa duri di sirip kiri kanannya. Sengat ini sungguh bisa apabila terkena manusia,
sebab itu hendak menangkapnya terpaksa berhati-hati. Walaupun berhati-hati
kadang-kadang terkena juga. Kalau ini berlaku kepada anda, lekas-lekaslah ambil dua
hingga tiga sudu makan serbuk kopi, tuangkan sedikit air setengah mendidih, kacau
hingga sebati. Wapkan bahagian yang terkena sengatan itu, Insya-Allah bengkaknya
hilang dan sakitnya segera sembuh.


BAWANG PUTIH HILANGKAN SAKIT KEPALA
Jika anda sakit kepala, cubalah petua ini untuk mengatasinya. Ambil seulas bawang
putih dan dibelah dua. Kemudian tampalkan di sebelah kir dan kanan kepala seperti
menampal plaster. Biarkan sehingga sakit kepala hilang, lakukanlah berulang kali
jika anda sering sakit kepala, dengan cara ini lama-kelamaan sakit kepala akan
hilang.


LIMAU WANGIKAN RAMBUT
Ambil beberapa biji limau nipis dan hiris-hiriskan. Kemudian gosokan ke seluruh
kepala. Biarkan beberapa minit dan selepas itu cuci bersih-bersih. Selain daripada
mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan
kepala.


KHASIAT AIR BERAS
Air buangan mencuci beras banyak faedahnya. Cuba gunakan air itu untuk mencuci muka
sebab hasilnya muka anda lebih bersih dan bebas dari minyak. Pastikan, bilas dengan
air bersih selepas mencuci dengan air beras tadi. Air beras juga boleh digunakan
untuk menyiram pokok bunga ini akan menyuburkan lagi pokok bunga dan melebatkan
bunga.


RAWATAN LEPAS BERSALIN
Cara yang paling berkesan untuk merawat perut selepas anda bersalin ialah dengan
memarut dua ketul halia sederhana besar, campurkan dua sudu cuka. Gaul ramuan ini
dan sapukan ke sekeliling pinggang. Cara begini akan mengelakkan pecah-pecah dan
calar pada kulit perut. Selepas ramuan ini disapu, lilitkan bengkung seperti biasa
sebagai satu rawatan menegangkan semula perut selepas anda bersalin.


UBAT SAKIT MATA
Masalah sakit mata seperti mata berair, warna mata kemerahan, jangkitan kuman dapat
diatasi dengan menggunakan madu lebah. Caranya mudah sahaja. Cucilah mata anda
dengan air, kemudian sapu atau titskan beberapa titik madu ke mata. Kemudian
pejamkan mata anda selama 5 minit. Kemudian cuci mata anda, lakukan 2 atau 3 kali
sehari. Insya-Allah mata anda akan pulih sediakala.


TAK PEDIHKAN MATA
Setiap kali menghiris bawang merah, pasti mata pedih dan berair. Bagi mengatasi
masalah itu, selepas kulitnya dikupas, rendamkan dahulu dengan air garam kira-kira
sepuluh minit. Kemudian barulah dihiris-hiris.


RAMBUT HITAM BERKILAT
Ambil kangkung kemudian diramas dengan sedikit air hingga hancur dan berlendir.
Kemudian sapukan pada rambut dan bungkus dengan tuala. Biarkan selama satu jam.
Bilas bersih-bersih. Lakukan dua kali dalam seminggu. Selamat mencuba.


DAUN NANGKA EMPUKKAN DAGING
Daging liat? Mudah empuk jika anda memasukkan beberapa daun nangka ke dalam rebusan
daging anda.


HILANGKAN PAHIT PUCUK BETIK
Pucuk betik memang enak jika dicelur dan dijadikan hidangan dengan sambal belacan.
Tetapi ada ketikanya daun betk yang diambil itu pahit. Untuk mrnghilangkannya, cuba
anda masukkan beberapa helai daun jambu batu atau dua tiga biji buah pinang masak
ketika merebusnya.


SUBURKAN POKOK BUNGA
Satu lagi cara untuk menyuburkan pokok bunga ialah dengan mengambil seberapa banyak
serbuk kayu. Campurkan bersama tanah dan gaul rata. Kemudian bolehlah ditanam di
samping menyiramnya selalu.


BAYAM UBAT BANYAK PENYAKIT
Bayam mengandungi banyak zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia mengandungi
protein, selulus, karotin, vitamin B1, B2 dan C, asid oxalic, kalsium, fosforus dan
kandungan zat besi yang banyak. Rasanya agak manis dan sejuk. Kerana kandungan zat
besi yang tinggi, ia boleh menyembuhkan penyakit kurang darah (anaemia), meredakan
tekanan darah tinggi dan sembelit. Ia juga boleh membantu penghadaman.


KACANG TANAH RENDAHKAN TEKANAN DARAH
Kacang tanah kaya dengan kandungan lemak, vitamin A, B, E dan K, lecithin, choline,
asid omino, kalsium dan sebagainya. Minyak kacang tanah merendahkan tekanan darah
tinggi dan kolestrol darah. Selaput lendirnya mengandungi ramuan yang lebih
berkesan. Kandungan zat dalam kacang tanah ini juga baik untuk mengubati penyakit
susah tidur (insomnia).


PENAWAR BISA LIPAN/LEBAH
Apabila seseorang disengat lipan atau lebah, kesakitannya bukan sahaja terasa di
bahagian yang disengatnya, malah seluruh badan hingga ke rambutpun terasa sakitnya.
Untuk mengubati bisa sengatan itu, segeralah ambil biji asam jawa. Biji asam itu
ditumbuk sampai halus, tempelkan pada bahagian yang disengat. Insya-Allah dalam
beberapa saat sahaja, rasa sakit akan hilang.


MEREDAKAN BENJOL
Sekiranya kepala anda terkena pukulan benda keras seperti batu, kayu dan sebagainya
hingga membenjol, segeralah ambil asam jawa dan garam secukupnya. Masukkan air dan
kacau hingga kedua-dua bahan itu larut dalam air dan pekat. Sapukanlah air larutan
asam dan garam itu ke bahagian yang benjol. Insya-Allah dalam masa 15 minit,
benjolan itu akan mengecil dan mengempis, kemudian hilang sama sekali dari kepala
anda.


BATUK
Banyak cara mengubat penyakit batuk. Antaranya ialah : ambil seperempat biji buah
pala, setengah biji limau nipis dan satu sudu kecil minyak kayu putih. buah pala
diparut, limau nipis diperah ambil airnya. Campurkan kedua-dua bahan itu menjadi
satu dengan dicampurkan minyak kayu putih. setelah itu gosoklah dibelakang pesakit.
Ramuan ini hanya untuk sekali pakai. Lakukan rawatan seperti ini dua kali sehari
selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah, penyakit batu akan segera sembuh.


BATUK BERTERUSAN
Penghidap penyakit batuk boleh menyebabkan badannya menjadi kurus. Baruk sering
melanda di sebelah malam, sehingga pesakit tidak dapat tidur lena. Kalau
berlanjutan, sisi rumah turut terganggu. Kalau keadaan seperti ini mengganggu diri
anda, ubatilah dengan daun lidah buaya (ambil isinya sahaja), dihiris halus-halus
kira-kira 20gm, kemudian dibubuh madu kira-kira 40cc. Ramuan ini diberi minum dua
kali sehari selama lebih kurang tujuh hari.
Penderita perlu berpantang seperti berikut:


Jangan terlalu banyak makan makanan manis


Jangan tidur tidak menentu (jangan kurang tidur)


Jangan masukkan jari ke dalam mulut (seperti kebiasaan kanak-kanak)


Jangan makan banyak mekanan pedas


Perbanyakkan gizi (zat) dalam makanan seharian.


PENAWAR PENGSAN
Sekiranya anda terjumpa seseorang yang pengsan atau tidak sedarkan diri, segeralah
ambil air segelas dan bacakan ‘Ayat Kursi’ sebanyak sebelas kali. Sapukan air itu ke
muka. Kepala dan badannya. Kemudian tiup pada telinganya sambil menyebut namanya
(jika tahu namanya). Buatlah dengan tenang dan penuh sabar. Insya-Allah, dia akan
sedar dari pengsannya.


BENGKAK BUAH DADA
Khusus bagi wanita, sekiranya selalu terasa sakit atau bengkak di pangkal buah dada,
atasilah dengan petua ini. Ambil kayu atau teras pokok sepang. Asahkan dengan
sedikit air. Campurkan sedikit kapur sirih. Sapulah ramuan tersebut berulang kali.
Seelok-eloknya dilakukan pada waktu malam.


BENGKAK DI BAWAH TELINGA
Penyakit ini sebenarnya bermusim dan mudah berjangkit. Jika ada di antara keluarga
anda terkena penyakit nin, segeralah cari kayu sepang. Asahlah dengan mencampur
sedikit kapur sirih. Sapukan pada keliling telinga. Atau Ambil sedikit nila dan cuka
makan. Campurkan kedua-dua bahan itu dan sapu di sekeliling telinga yang bengkak.
Insya-Allah, bengkak tersebut akan beransur hilang.


MENCANTIKKAN BETIS
Setiap orang khususnya wanita, tentu inginkan betis yang cantik, halus dan licin.
Caranya mudah sahaja. Sapukan setiap pagi selepas mandi dengan minyak rambut atau
minyak kelapa dan urutkan perlahan-lahan.
Setelah lakukan demikian, betis anda akan kelihatan halus dan mulus. Anda tidak
perlu membuang duit untuk membeli minyak untuk bayi atau losyen. Selain itu anda
boleh juga mengurut betis anda dua atau tiga hari sekali dengan menggunakan hampas
kelapa yang telah diperah santannya. Setelah itu urutlah lagi dengan air hingga
menjadi bersih.


URAT BETIS MENONJOL
Selalunya wanita hamil akan mengalami keadaan di mana urat betisnya akan menonjol,
dan akan berterusan hingga sesudah bersalin. Ambillah segenggam kacang hijau, rebus
dengan air bersih tanpa mencampur dengan suatu apa pun (tanpa gula, garam atau
apa-apa ramuan lagi). Rebuslah sampai mendidih. Sebelum kacang hijau itu pecah-pecah
kulitnya, dan air rebusan tinggal segelas, angkatlah dari api. Minumlah air rebusan
kacang itu bersama kacangnya setiap pagi dan malam sebelum tidur. Menjelang tidur,
angkatlah kaki anda ke atas setinggi mungkin dengan bantuan alat selama lebih kurang
10 minit. Lakukan setiap malam menjelang tidur. Insya-Allah, urta betis anda kembali
semula seperti biasa.


RAMBUT SELALU GUGUR
Bagi mengatasi rambut selalu gugur, ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok
bunga raya dan lendir pokok litup bumi. Semuanya dimasukkan dalam satu bekas.
Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam
dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci.
Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.


ANAK SELALU KENCING MALAM
Jika ada anak anda berumur 5 tahun ke atas masih lagi kencing malam, cubalah ambil
tembakau sebesar ibu jari dan campurkan sedikit kapur sireh, kemudian letakkan di
pusatnya. Lakukan sewaktu hendak tidur malam dan ikatkan dengan kain. Buatlah selama


KURANGKAN BAU CAT PADA DINDING
Dinding yang baru dicat terutamanya dalam bilik boleh mengeluarkan bau yang kurang
menyenangkan. Apa kata letakkan sebesen air yang dicampur garam di dalam bilik itu
dan biarkan ia semalaman di situ. Bau cat yang kurang menyenangkan itu, akan hilang
perlahan-lahan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA