PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Ahad, 11 Disember 2011

OH BULAN

 Bagai pungguk merindukan bulan purnama

Andai dapat ku capai bulan mengambang penuh kan ku hadiahkan di hari jadimu

Teringat satu pantun ni, kalau tak silap ada dalam buku teks zaman akak sekolah dulu-dolu
Oh bulan mana bintang
atas pucuk kayu ara
Oh kawan bila datang
Mari kita bermain segera
Saya datang dari laut
Abang datang dari bukit
Abang makan apa lauk
Bolehkah beri saya sedikit

Banyak pantun, puisi, syair, lagu, tajuk lagu pasal bulan. Sampaikan wajah cantik pun orang umpamakan bak bulan purnama. Siapa pernah sampai ke bulan? Nampaknya tak ada yang angkat tangan tu...hehe tapi kalau tanya sapa pernah datang bulan, mesti ramai pembaca wanita angkat tangan ye! yang lelaki angkat pi la sbb akak tak nampak...hahaha 

Ramai orang tahu malam ni gerhana bulan. Akak pun tengok tadi...Subhanallah, Allahhuakbar...cantiknya bulan ciptaan Allah. Akak memang suka tengok bulan, bintang dan langit waktu malam. Masa kecik2 dulu kat kampung akak suka buka tingkap tengok langit, tak rasa gerun dan takut pun tapi sekarang, macam-macam akak terfikir bila buka tingkap. Takut orang la, takut hantu la...hehe maklum sekarang ni banyak cite hantu kat TV. Sekarang ni pun kat astro citra ada cite hantu Filipina. Akak layan gak sebab anak2 nak tengok. Mak pun tumpang sekaki.

Berbalik pada cite gerhana bulan malam ni, akak awal2 lagi dah tunggu, nak tengok step by step. Kebetulan cuaca kat Alor Setar cerah, tak banyak awan malam ni, nampak clear ja bulan penuh. Suami akak ke surau dan khabarnya diaorang akan buat solat sunat gerhana bulan. Akak uzur...hehe tak boleh la solatkan. Lepas balik surau suami akak join sekali. Sambil ambik angin yang dingin sepoi-sepoi bahasa (betul ke angin macam tu...percaya je la...heheh), akak dengan suami dan anak-anak tunggu ja tengok bulan tu, mesti la ambik kesempatan ni sebab gerhana penuh macam ni lambat lagi berlaku, kalau tak silap kena tunggu tahun 2014, itu pun tak dapat lihat penuh macam malam ni. Sayangnya akak tak ada kamera canggih, kalau tidak boleh snap gambar bulan gerhana ni. Kamera cokia ada la, nama ja nikon tapi tak sampai ke langit pun. Tapi bila akak ambik gambar guna kamera nikon ni waktu malam, cantik sangat gambar-gambar tu. Kadang-kadang nampak cahaya-cahaya putih yang berkeliaran merata-rata. Takut jugak sesekali tengok macam hantu ja.

Gerhana dah hampir habis. Akak pun dah rasa mengantuk. Alhamdulillah diberi Allah peluang untuk menyaksikannya. Mudah-mudahan akak dan semua pembaca diberi rahmat dan sentiasa di dalam keredhaan Allah. 

2 ulasan:

ZAIDAHTUL AKMAL berkata...

Org kate gambar2 putih yang tercapture dengan kamera canggih ne entiti halus yang biase. Kalau oren n merah yg bahaya. Org cakap la.. huhu, btw, zyash pun g luar rumah ngk bulan tadi..

NUR AMINA berkata...

@ZYASH banyaknya entiti sekeliling kita tapi tak nampak dengan mata kasar ye!. Ada juga akak nampak warna oren kat tengah-tengah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA