PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Sabtu, 24 Mac 2012

ARTIS KOMEN KAT BLOG

Time nak update blog ja, mata ni mesti nak pejam, tersengguk-sengguk depan laptop. Pasaipa? Mengapa? Why? Banyak sangat syaitan bergayut kut. Tapi sebelum akak merehatkan mata sejam dua, akak nak cite la sikit tentang kegembiraan akak sehari dua ni. Nak tau dak pasaipa???

Tak sangka sungguh tuanpunya Blog Terbang Tinggi Tinggi tu, alaaa... yang kuat macam superman oltromen tu sudi baca blog akak dan komen jugak.

Hensem & kuat

Walaupun cuma dua perkataan ja komennya tu akak syok sangat pasai akak minat kat dia...opsss...jangan salah faham pulak, akak minat baca blog dia. Akak sentiasa tunggu dia update blog tapi nampaknya sekarang ni dia dah jarang update, dia pun sibuk macam akak jugak kut.

 Hensem tak dia? Macam artis kan...kan

p/s: Mejah, sori no curik gambar. Tq Mejah.

Rabu, 21 Mac 2012

TAK PATUT BETUL

TAHU LA SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU TAPI PATUT KE SEORANG IBU BUAT MACAM NI KAT ANAK DIA?
ISH...ISH...ISH...

Selasa, 20 Mac 2012

SEBAB-SEBAB TAK UPDATE BLOG

NAK TAU DAK PASAIPA AKAK TAK UPDATE BLOG SELAMA 11 HARI

sebab-sebabnya adalah...jeng...jeng...jeng (macam Zoro la pulak)

1. Akak letih la...kerja banyak tak tau nak habaq. Itu ini nak kena buat. Maklum la boss besaq...haha tolong jangan percaya. 

2. Akak frust pasai cite Vanilla Coklat dah habis, tak sabar nak tunggu filem dia pulak (ada sangkut paut ka? percaya pi lah)

3. Akak jeles & sedih pasai Lisa & Yusry pi bulan madu kat Eropah tak bawak akak sama, tu yang akak takdak mood nak update blog tu...eeeiii mencik...mencik (tolong percaya yang ni)

4. Akak sedang giat berusaha menguruskan badan. Akak dah beli gerek senaman OSIM tu harga 799 hinggit. La ni dok kayuh depan TV siang malam, kalau penat akak tiduq, bangkit tiduq akak makan bagi kenyang. Lepas tu kayuh lagi...dan lagi. Sibuk sungguh mengayuh ni! (caya la sikit2)

5.  Akak jaga ayah akak yang dah lumpuh separuh badan. Lepas habis pejabat akak singgah rumah ayah dan mandikannya, suapkan makanan (cayalah)

6. Cuti sekolah hari tu banyak sangat jemputan kawin jadi akak kena la pi, kesian orang yang jemput, kalau akak tak pi tentu depa kecik hati dan tak mau mai kenduri akak nanti. Betui dak?

7. Satu lagi sebab akak jadi malas nak update pasai dengaq habaq Si Awal dah nak kawin dengan Scha hujung tahun ni (o....o yang ni takdak kena mengena). Sebenarnya akak bosan dan dok termenung macam Scha tu pasai tak ramai yang nak baca entry-entri terbaru akak. Sedih la... penat tau akak taip, buang masa ja rasanya...huhuhu....tetiba rasa nak menangis guling-guling atas katil.

8. Akak mula sedar diri, jarang baca Al-Quran. Bulan Ramadhan ja baru teringat nak buka dan baca, bulan lain baca Yasin ja malam Jumaat. Tak patut betui kan...kan. Usia dah senja, kubur kata mari...mari. Dunia pun dah makin tua, kiamat tak tau bila, mati pun makin dekat. Rasanya lagi baik orang veteran macam akak ni banyak-banyak baca Al-Quran. Blog bila free atau time cuti-cuti 1Malaysia dan waktu uzur boleh la baca dan update sampai juling bijik mata. (logik dak?)

9.   Akak kena tidur yang cukup. Usia dah lanjut ni kenalah jaga kesihatan. Tidur kena cukup supaya wajah awet muda, badan kembali slim, tak lebam-lebam bawah mata. Dulu akak selalu berjaga update blog tapi la ni kena tidoq awai....ikut nasihat doktor. Tidoq awai bangkit pun awai...rezeki tambah masyukkk...

10. Ok tak mau bohong banyak-banyak satgi hangpa marah. PEACE

Khamis, 8 Mac 2012

JANGAN BUAT

 
JANGAN dalam Islam

••►JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
••►JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
••►JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
 ••► JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
••► JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
••► JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
••► JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
••► JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
••► JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
••► JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
••► JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
••► JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
••► JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
••► JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
••► JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
••► JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.[♥] [♥] [♥
]

Rabu, 7 Mac 2012

WAHAI FULAN ANAK SI FULAN


~~SUARA YANG DIDENGAR MAYAT~~

Yang akan ikut mayat adalah tiga perkara iaitu,
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada dua yang kembali dan satu akan tinggal bersamanya iaitu,
1. Keluarga dan hartanya akan kembali
2. Sementara amalnya akan tinggal bersamanya.

Maka ketika roh meninggalkan jasad...
Terdengarlah suara dari langit memekik, "wahai fulan anak si fulan,

- Apakah kau yang telah meninggalkan dunia, atau Dunia yang meninggalkanmu.
- Apakah kau yang telah mengumpul harta kekayaan, atau kekayaan yang telah mengumpul mu.
- Apakah kau yang telah menumpuk dunia, atau dunia yang telah menumpuk mu
- Apakah kau yang telah mengubur dunia, atau dunia yang telah mengubur mu."

Ketika mayat tergeletak akan dimandikan terdengar dari langit suara memekik, "wahai fulan anak si fulan...

- Mana badan mu yang dulunya kuat, mengapa kini terkulai lemah.
- Mana lisan mu yang dahulunya fasih, mengapa kini bungkam tak bersuara.
- Mana telinga mu yang dahulunya mendengar, mengapa kini tuli dari seribu bahasa.
- Mana sahabat-sahabat mu yang dahulunya setia, mengapa kini Raib tak bersuara."

Ketika mayat siap di kafan... suara dari langit terdengar memekik, "wahai fulan anak si fulan...

- Berbahagialah apabila kau bersahabat dengan ridho
- Celakalah apabila kau bersahabat dengan murka ALLAH
- Kini kau tengah berada dalam sebuah perjalanan nun jauh tanpa bekal
- Kau telah keluar dari rumah mu dan tidak akan kembali selamanya
- Kini kau tengah safar pada sebuah tujuan yang penuh pertanyaan."

Ketika mayat di usung... terdengar dari langit "wahai fulan anak si fulan...

- Berbahagialah apabila amal mu adalah kebajikan
- Berbahagialah apabila mati mu di awali taubat
- Berbahagialah apabila hidup mu penuh dengan taat."

Ketika mayat siap di sembahyangkan.. Terdengar dari langit suara memekik, "wahai fulan anak si fulan...

- Setiap pekerjaan yang kau lakukan kelak kau lihat hasilnya di akhirat.
- Apabila baik maka kau akan melihatnya baik.
- Apabila buruk, kau akan melihatnya buruk."

Ketika mayat di baringkan di liang lahat, terdengar suara memekik dari langit... "wahai fulan anak si fulan...
Apa yang telah kau siapkan dari rumah mu yang luas di dunia untuk kehidupan yang penuh gelap gulita disini.

Wahai fulan anak si fulan...

- Dahulu kau tertawa kini dalam perut ku kau menangis.
- Dahulu kau bergembira, kini dalam perut ku kau berduka.
- Dahulu kau bertutur kata, kini dalam perut ku kau bungkam seribu bahasa."

Ketika manusia meninggalkan sendirian... ALLAH berkata kepadanya... "wahai Hamba-Ku...

- Kini kau tinggal seorang diri.
- Tiada teman dan tiada kerabat.
- Di sebuah tempat kecil, sempit dan gelap.
- Mereka pergi meninggalkan mu seorang diri.
- Padahal, karena mereka kau pernah langgar perintah-Ku.

Hari ini...
Akan Ku tunjukkan kepada mu

- Kasih sayang Ku
- Yang akan takjub seisi alam.
- Aku akan menyayangi mu lebih dari kasih sayang seorang ibu pada anaknya."

Kepada jiwa-jiwa yang tenang ALLAH berfirman;
"Wahai jiwa yang tenang kembalilah kepada Rabb mu. Dengan hati yang puas lagi di ridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jamaah Hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam Jannah-KU."

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah haditsnya yang lain. Beliau bersabda;
"Wakafa bi al mauti wa'idha."
artinya; "Cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagi mu !"

Oleh : Hendra Setiawan Bin Mustar (Indonesia)

Selasa, 6 Mac 2012

SAYA TAK CEMBURU

 SEMOGA PASANGAN INI BAHAGIA SELAMANYA
♥ Saya TAK CEMBURU melihat WANITA lain yang lebih CANTIK banding diri Saya..
 ♥ Tapi Saya sangat-sangat CEMBURU melihat WANITA lain yang lebih SOLEHAH berbanding diri saya.. 
♥ Saya TAK CEMBURU melihat WANITA lain dapat PAKWE yang HENSEM dan BEGAYA... 
♥ Tapi saya sangat-sangat CEMBURU melihat WANITA lain  dapat SUAMI yang SOLEH... ♥
♥ Ya ALLAH ♥ Solehkan Kami dan Seluruh Keturunan kami ♥ ♥ Aaminnn Ya Rabbal Alamin...

NAK SIHAT TAK?

 Badan sihat, otak cergas, belajar pandai, hidup bahagia
Perkara yang perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

1. Jangan mandi air suam selepas makan kenyang.

2. Senaman sebelum makan.

3. Jangan senaman atau berjalan selepas makan tengahari.

4. Jangan makan buah selepas makan.

5. Makan buah selepas makan akan mengambil masa 8 jam untuk menghadam makanan.

6. Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi)

7. Jangan tinggal makan malam walaupun sebiji kurma

8. Makan sedikit waktu malam (awet muda, sunnah nabi)

9. Selepas makan malam kena bergerak atau berjalan sekurang-kurangnya 100 langkah.

10. Jangan tidur selepas makan akan menyebabkan sembelit.

11. Meninggalkan makan malam akan mempercepatkan tua sebelum tua.

**kalau tak makan malam, enzim akan memproses lemak dalam perut dan lemak akan menjadi bertambah lemak atau kolestrol bertambah..

(Petikan daripada Kuliah Dhuha/Zohor ustaz Abdullah Mahmud di Ibu Pejabat BIMB berdasarkan hadis-hadis nabi riwayat Al Baihaqi, Termizi & Ibn Hibban)

TIDAK MAHU HIPOKRIT BILA BERTUDUNG

 comelnya lisa bertudung
Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.

Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
copy fb lg

SEBAIK-BAIK PERHIASAN

 
Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah,

Apa yang perlu dilakukan oleh seorang muslimah? Mari kita lihat dan kongsikan dengan sahabat kita muslimah yang lain, moga bermanafaat..

1. Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan perintah Allah dan RasulNya
2. Sentiasa memelihara adab dan berakhlak bila berhadapan dengan ibubapa
3. Berusaha menghiasi diri dengan sifat-sifat yang terpuji seperti lemah lembut, berkasih sayang, syukur, pemurah dan sebagainya.
4. Berusaha membuang sifat-sifat yang terkeji seperti sombong, mengumpat, hasad dengki berdendam dan sebagainya.
5. Melatih diri dengan urusan rumahtangga seperti memasak, menjahit dan mengemas rumah.
6. Sentiasa menjalin persaudaraan dan pergaulan dengan rakan, jiran dan masyarakat sekeliling.
7. Hindarkan daripada bersahabat atau berbual dengan lelaki yang bukan mahram tanpa keperluan.
8. Sentiasa memelihara aurat dalam erti kata yang sebenarnya berdasarkan syariat.
9. Sentiasa menundukkan pandangan dan elakkan dari memandang ke sana ke mari, terutamanya sewaktu berada di luar rumah.
10. Cuba mempelajari dan mencontohi watak-watak wanita salaf sama ada dari segi sifat, pengorbanan dan perjuangan.

InsyaAllah..

Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

BIAR ORANG MENGATA, KITA SENYUM SAJA

Jika ada orang bicara mengenai kita DI BELAKANG, itu adalah tanda bahawa kita sudah ada DI DEPAN..

Saat orang MERENDAH-RENDAHKAN diri kita, itu adalah tanda bahawa kita sudah berada di tempat yang LEBIH TINGGI..

Saat orang bicara dengan NADA IRI mengenai kita, itu adalah tanda bahawa kita sudah jauh LEBIH BAIK dari mereka..
...
Saat orang BICARA BURUK mengenai kita, padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka, itu adalah tanda bahawa kehidupan kita sebenarnya LEBIH BAHAGIA dari mereka..

"Payung tidak dapat menghentikan hujan.. Tapi ia bisa membuat kita berjalan meredah hujan utk mencapai tujuan.."
- Putri Salju

LEMBUTNYA HATI SEORANG WANITA

 
♥ Kelembutan hati seorg wanita ♥

Saat dia ingin berkata-kata ♥ dia diam
Saat dia ingin marah ♥ dia bersabar dalam keheningan
Saat dia ingin menangis ♥ dia tertawa
Saat dia direndahkan ♥ dia mengucap syukur
Saat dia ditinggalkan ~ dia menunggu untuk kembali
Saat dia dihina ♥ dia mencinta
Saat dia disakiti ♥ dia mengampuni
Saat dia ingin pergi ♥ dia menunggu meski tak pasti
Saat dia ingin berhenti ♥ dia berlari
Saat dia lelah ♥ dia tak menyerah
Saat dia ragu-ragu ♥ dia bertahan
Saat dia putus asa ♥ dia berdoa

♥ Wanita ♥
Lebih lembut daripada Cinta..
Mulia dalam ketidakmuliaan..
Keindahan yg terasing bagai Mutiara
bz la...copy fb kwn je

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA