PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Isnin, 27 Februari 2012

SEDEKAH MEMBUKA PINTU REZEKI


Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)

IKHLAS SELALU


Jika kita ikhlas dalam kerja atau membantu, Allah s.w.t. tetap akan membalasnya. Mungkin Allah s.w.t. akan membalasnya melalui orang lain. Justeru, apabila membuat sesuatu kebajikan, jangan mengharapkan balasan daripada orang yang telah kita bantu kerana mungkin Allah s.w.t. akan membalasnya melalui tangan orang lain. Walaupun pekerja tadi rasa tidak dihargai manusia namun hakikatnya Allah s.w.t. telah membalas keikhlasan dan ketelusan dia bekerja dengan sesuatu yang lebih baik iaitu anak-anaknya yang berjaya.

NAK KAWIN DENGAN ANAK RAJA



Semalam aku mimpi ular sawa. Eeiii…besar dan panjang tapi dia tak membelitku tapi hanya berlingkar di halaman. Di tepi ular sawa ada pulak ular2 lain yang berbisa…huiii…banyaknya tak terkira. Geli aku bila mengingatnya. Ular2 tu pun tak patuk aku sedangkan aku berada dekat dgnnya. Apa agaknya maksud mimpiku ini? Ala… mimpi kan hanya mainan tidur. Kalaulah 19 tahun dulu aku mimpi begini… hah! sah aku kawin dgn anak raja… Raja Lingam… heheheh

TIADA YANG SEMPURNA


Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja...
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya,
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...


Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...


Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL...
(yoeislam.blogspot)

LELAKI YANG BERKUALITI




Percaya Diri

Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita. Lakukan perkara yang terbaik misalnya kalau anda mahir bermain badminton, maka teruskan bermain badminton dan juga cuba bermain bola sepak. Secara tidak langsung bakat dan kemahiran yang dimiliki akan menjadi lebih baik.

Berdiri tegak ketika bercakap. Anda juga boleh melakukan senaman di bahagian belakang. Tetapi cara terbaik untuk membuatkan anda yakin pada diri sendiri ialah memandang wanita tepat pada matanya. Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang. Si dia juga akan memberi tindak balas yang lebih baik.


Lelaki Lucu

Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Anda dinasihatkan agar tidak bersama teman wanita ketika si dia bersedih. Kemungkinan ini akan membuatkan dirinya lebih berduka. Paling tidak, cuba mengingati filem atau kisah lucu yang anda pernah tonton lalu menceritakan kepadanya agar si dia kembali tersenyum. Pujukan dengan cara ini lebih menikamkalbu daripada memaksakan diri mewujudkan suasana ceria. Anda boleh mencari idea agar si dia dapat melupakan krisis yang dihadapinya. Di samping itu anda juga boleh membantunya menyelesaikan kekusutan yang melanda jiwanya.


Romantik

Wanita sebenarnya menginginkan lelaki yang romantik. Dan harus diingat romantik bukan bermakna gatal atau miang. Lelaki yang romantik ialah pandai mengambil hati dan bijak berkata-kata. Sikap yang mengambil berat tentang diri mereka dan penyayang menjadi salah satu aspek yang sering diberi perhatian oleh wanita. Biarpun mereka kelihatan rugged atau agresif tetapi dalam hal pemilihan teman lelaki kebanyakannya mahukan yang romantik.


Lelaki Bijak

Wanita sering bermimpikan lelaki yang bijak pandai. Untuk kecergasan, selalulah bersenam kerana ini akan menambahkan jumlah oksigen ke dalam otak. Fikiran menjadi lapang dan otak mudah menerima ilmu atau perkara baru. Wanita gemarkan lelaki yang bijak dan rajin membaca. Tidak semestinya anda seorang ahli akademik tetapi anda boleh mencubanya. Pakai cermin mata tanpa kuasa kerana ini akan memperlihatkan anda seorang yang intelek. Selain kacak, hati wanita mudah cair dengan lelaki yang kelihatan intelek.


Suka Kanak-Kanak

Wanita menganggap seorang lelaki bijak adalah berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang termasuk menjaga kanak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Ini membuktikan anda layak menjadi bapa yang penyayang.


Bijak Berdandan

Lelaki juga hendaklah bijak merawat atau memanjakan tubuh. Selain pakaian yang sesuai dan kemas, kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Selain itu, kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih.
(BIRUAPI)

Sabtu, 25 Februari 2012

SELAMAT HARI LAHIR SUAMIKU SAYANG

Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang

Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu

Tanpamu nafasku terhenti
Keranamu aku ada disini
Tetap bersamaku selalu disampingku
Untuk selamanya

Kasih yakinlah kepada dirimu
Sayang dan cinta ku pun hanya untuk mu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu

BIAR MIMPI SAMPAI KE BINTANG


Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tak berundur dengan mudah
Tapi mimpi ini harus aku

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Untuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Untuk mebawa mimpi-mimpi kita

Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Untuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Untuk mebawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang

Khamis, 23 Februari 2012

SYUKUR AKU BAHAGIA

SYUKURLAH KITA HIDUP SEMPURNA. REZEKI MELIMPAH RUAH. NAK APA PASTI DAPAT. INGATLAH ADA ORANG YANG KURANG BERNASIB BAIK, MENGHARAP MAKANAN UNTUK HIDUP TAPI KITA HIDUP UNTUK MAKAN....SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN
KETIKA aku ingin hidup KAYA,
Aku lupa bahwa HIDUP adalah KEKAYAAN.

KETIKA aku takut MEMBERI,
Aku lupa bahawa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN.

KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT,
Aku lupa bahwa dalam KELEMAHAN, Allah memberi aku KEKUATAN.

KETIKA aku takut RUGI,
Aku lupa bahwa HIDUPKU adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.

HIDUP ini sangatlah INDAH jika
MENSYUKURI apa yang sudah ada.

Adakalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK,

Yang SEMPURNA tidak menjanjikan KEBAHAGIAAN.

Tetapi ketika kita mampu dan mau MENERIMA semua KEKURANGAN & KELEBIHAN...

Itulah KEBAHAGIAAN

KITA PERLU MENANGIS


"Ada masanya kita harus menangis ....
Agar kita tahu betapa berharganya setitis air mata ....

Ada masanya kita harus sendiri
Agar kita tahu betapa berertinya, seseorang dalam hidup kita ...

Dan ....

Ada masanya kita harus merasakan kekurangan dan kesulitan ..
Agar kita tahu betapa berharga Rezeki-Nya ....
Yang di hasilkan oleh setiap titis keringat kita

Muhasabah diri.....
Sesungguhnya di kala kita bersendirian terdapat suatu kenikmatan bila kita serahkan semuanya pada Ilahi dan kita akan mengenali diri kita. Itu suatu kejujuran pada diri dan ALLAH tentang rasa syukur, sabar dan keikhlasan, redha menjalani semua yg di kurniakanNya...
Semoga dilimpahkan rahmat, kasih sayang, pertolongan dan lindunganNYA selalu.......

Selasa, 21 Februari 2012

TIPS MENGATASI KESEDIHAN

 Bila sedih hanya air mata menjadi peneman kita.
Terkadang hidup ini bukan apa yang kita inginkan terjadi, melainkan ketetapan Allah yang tidak seperti kita harapkan. Itulah sumber dari kesedihan yang kita rasakan.

Rasa sepi, duka, tekanan batin dan berbagai rasa sakit yang menyertai perbuatan orang yang justeru anda cintai, telah mencuba menghadapi dan mengatasinya. Kini anda merasa seorang diri, menderita ketegangan jiwa, stress kekhuatiran dalam menjalani hidup ini tidaklah mudah. Kesedihan yang mendalam justeru kerana perbuatan orang yang kita cintai. Kita menggantungkan harapan yang begitu besar namun yang terjadi malah justeru kita menjadi kecewa dan itu membuat kita menjadi sedih dan terluka.

Ada satu tips untuk mengatasi kesedihan itu. Lihatlah bahawa kesedihan yang anda rasakan adalah wujud kasih sayang Allah membuat anda menjadi orang yang memiliki kekuatan dan kesabaran untuk bisa menjalani kehidupan ini dengan berbagai rasa perih terluka kerana terluka akibat perbuatan orang yang kita cintai, orang yang paling kita sayangi di dalam hidup ini, terkadang kerana rasa sakit dan kecewa membuat kita menjauh dari Allah, namun Allah tidak pernah menjauh dari kita. Apapun pilihan hidup anda, Allah selalu hadir dengan kasih sayangNya. Allah senantiasa mendukung setiap langkah anda. Allah memanggil anda disetiap kumandang azan, dalam doa dan solat agar anda semakin mendekatkan diri kepada Allah. Allah memanggil kita untuk hidup menurut jalan yang telah ditetapkanNya. Apapun penyebabnya yang membuat anda perih, sakit, terluka dan penuh derai air mata bukan semata perbuatan orang lain melainkan datangnya dari Allah yang harus anda terima dengan penuh keikhlasan dan kesabaran.

"Janganlah kamu bersikap lemah & janganlah pula kamu bersedih hati, Padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman." (QS. Ali-Imran :139).
fb kwn

NAK NASIHAT SIKIT

 JANGAN JADI LINTAH, ASYIK NAK MENGHISAP DARAH JE KHOJENYE
Jika engkau baik hati, mungkin orang menuduh kau egois, dan berpura-pura.
Namun tetaplah menjadi baik selalu.

Jika engkau jujur dan tulus, mungkin orang akan menipumu.
Namun tetaplah jujur dan tulus selalu.

Kebaikan yang engkau perbuat hari demi hari, sering akan dilupakan orang.
Namun tetaplah berbuat baik selalu.

Berilah yang terbaik dari apa yang kau miliki, mungkin orang tidak pernah merasa cukup.
Namun tetaplah memberi yang terbaik.

Maka yang menentukan pada akhirnya, Hanya engkau dan Tuhan. Bukan engkau dan mereka...

Isnin, 20 Februari 2012

CERITERA CINTA

 orang dolu-dolu kawin simple ja
tak kenal pun bakal suami
first time jumpa waktu interview kat pejabat kadi
senyum malu-malu kucing
tau-tau bunting pelamin
kah...kah...kah 100x
hehehe 200x
hahaha 300x
cukup....cukup.....banyak ketawa jadi alpa
 buat cepat lupa
baca info ni....ceritera cinta
Ilham Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood:
Semanis Kurma: Bercinta Selepas Kahwin.

CINTA ITU INDAH.... ANDAI BERTEMANKAN IMAN..
CINTA ITU MUSNAH..ANDAI BERTEMANKAN NAFSU..
CINTA ITU INDAH..... ANDAI SYARIAT DIPATUHI..
CINTA ITU MUSNAH.. ANDAI BATASAN DILANGGARI..
CINTA ITU INDAH..... ANDAI IBU BAPA MERESTUI..
CINTA ITU MUSNAH.. ANDAI RESTU DIPINGGIRI..
CINTA ITU INDAH...ANDAI DIPELIHARA HINGGA KE SYURGA..
CINTA ITU MUSNAH...ANDAI TERSUNGKUR DI DALAM NERAKA..

UNTUK WANITA BERGELAR ISTERI


Info untuk isteri dan bakal isteri

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...
(sumber: fb kwn)

Ahad, 19 Februari 2012

TOLONG SEBARKAN

 
Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT. ۞
Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. ۞ 
Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. ۞ 
Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. ۞ 
Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.  ۞ 
Surah Al-Kauthar dapat meleraikan segala perbalahan. ۞ 
Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. ۞ 
Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq. ۞ 
Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki. ۞
Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:- ۞

Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je... ۞ 
Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga. ۞

Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah. ۞ 
Ketika anda memahaminya, dia mula kejang. ۞ 
Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....
Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke. ۞ 
Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini,
syaitan pun mencegahnya. ۞
Syaitan kata,

'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG.
(copy fb kwn)

BAIK-BAIK SAYANG

 
Kita tulis benda-benda baik..Tak semestinya kita baik..
tapi sekurang-kurangnya kita tak tulis sesuatu tak baik kan?

Kita cakap benda baik, tak semestinya kita baik..
tapi sekurang-kurangnya kita tak cakap perkara-perkara tak baik kan?

Kita buat baik, tak semestinya baik..
tapi sekurang-kurangnye kita tak buat benda yang tak baik kan?

Kita bukanlah bagus sangat..tapi InsyaAllah, tak salah kita menuju dan berusaha untuk menjadi baik..Amin Ya robbal 'alamin. 
(pinjam kata kawan)

Selasa, 14 Februari 2012

DARIKU UNTUKMU

 DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADANYA KITA DIKEMBALIKAN
Dαri air, kitα belαjαr untuk terus tenαng...
Dαri bαtu, kitα belαjαr menjadi lebih tegαr...
Dαri tαnαh, kitα belαjαr erti kehiduραn sebenar...
Dαri kuρu-kupu, kitα belαjαr mengubαh diri menjadi lebih baik...
Dαri pαdi, kitα belαjαr supaya selalu rendαh hαti...                        
                                             & 
Dαri Allah, kitα belαjαr tentαng kαsih, sayang, cinta yαng semρurnα

ORANG YANG BAHAGIA

 
Orang yang bahagia itu akan selalu :

✔menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah
✔menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa
✔menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan
✔menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan
✔menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu
✔menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa

Ahad, 12 Februari 2012

TAK NAK MENGUMPAT LAGI DAH

 
TAK NAK MENGUMPAT LAGI DAH...TAKUTTT...
BOLEH CAYA KE KALAU ADA ORANG CAKAP DIA TAK NAK MENGUMPAT LAGI DAH
PAYAH JUGAK NAK JAGA LIDAH NI, KITA SELALU TERKATA TERUMPAT ORANG TANPA KITA SEDARI.
KITA JUGA SELALU MENDENGAR ORANG MENGUMPAT, DAH TU MENYAMPUK....BLA...BLA...BLA SAMBUNG MENGUMPAT SAMA
APABILA BERKUMPUL DENGAN KAWAN-KAWAN MESTI ADA JA YANG BERCERITA ITU INI...LAST-LAST MENGUMPAT LA JAWABNYA.
YA ALLAH PELIHARALAH LIDAH KAMI
AKAK YANG PENDIAM DAN PEMALU NI PUN SELALU SECARA TAK SENGAJA MENGATA KAT ORANG JUGAK....ASTAQFIRULLAH...MARILAH KITA SAMA-SAMA JAGA LIDAH, KATAKAN HANYA YANG BENAR, BERBICARA HANYA APABILA PERLU, JANGAN TERLEBIH RAMAH-TAMAH, FIKIR DULU SEBELUM BERKATA
SESUNGGUHNYA LIDAH NI LEBIH TAJAM DARI SEBILAH PEDANG.....FIKIR-FIKIRKAN....
 
Dalil dari sepotong ayat Al-Quran dan dua hadis sahih ini boleh dijadikan hujah yang melarang kita mengumpat. Kadang-kadang berlaku dengan kita sedar, dan kadang-kadang kita terumpat tanpa kita sedari.

Firman Allah bermaksud: "Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah daripada kamu. Adakah seorang daripada kamu suka makan daging bangkai saudaranya, tentunya kamu semua membenci memakannya..." (Surah al-Hujurat, ayat 12)
Rasulullah SAW menjelaskan mengumpat ini dalam sabda baginda yg bermaksud, “mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya”
(Hadis Riwayat Muslim)

Daripada Anas r.a. katanya, Rasullah bersabda :

"Ketika aku dimikrajkan (malam israk dan mikraj) aku berjumpa dengan satu golongan yang kukunya adalah daripada tembaga, mereka melukakan muka-muka dan dada-dada mereka (dengan kuku itu). Lalu aku bertanya : Siapakah mereka ini wahai Jibril? Jibril menjawab : Merekalah orang-orang yang memakan daging-daging manusia (mengumpat) dan mengatakan keburukan terhadap maruah orang lain".

Hadis riwayat Abu Daud.

CERITA AZAB

Apa khabar sahabat-sahabat blogger, adik, kakak, abang dan semua pembaca yang dirahmati Allah sekelian. Bagaimana pula khabar iman kamu hari ini? Kerana kamu pasti tahu bahawa yang menjadi ukuran kita selamat di Yaumil Akhir nanti adalah tingkat amal kita di dunia.... Pernahkah kamu mengingat kematian wahai saudaraku? Kerana kematian menjadi kepastian; tanah menjadi tempat pembaringan; mungkar dan nangkir menjadi tamu; kuburan menjadi tempat tinggal; perut bumi menjadi tempat menetap; kiamat menjadi janji yang pasti; syurga dan neraka menjadi tempat kembali. Pernahkah terbit di fikiranmu, tatkala manusia di kumpulkan di Padang Mahsyar? Pernahkah terbit di fikiranmu wahai saudaraku, tatkala di sana matahari sangat dekat di hujung kepala? Rasulullah SAW bersabda : Di hari kiamat nanti matahari akan mendekati manusia, sehingga jaraknya hanya satu inci. Manusia akan berada dalam keringatnya masing-masing sesuai dengan amal perbuatannya. Ada yang keringatnya sampai mata kaki, ada yang sampai lutut, ada yang sampai setengah badan dan ada yang tenggelam sampai mulutnya. Saudara-saudaraku... Pernahkah engkau membayangkan tentang neraka? Tentang kegelapan neraka yang sangat pekat? Rasulullah bersabda : Api neraka di nyalakan seribu tahun hingga memerah, kemudian di nyalakan lagi seribu tahun hingga memutih dan di nyalakan lagi seribu tahun hingga menghitam. Dan jadilah neraka itu gelap pekat. Saudaraku... Pernahkah engkau membayangkan tentang minuman ahli neraka? Allah berfirman dan dia akan diberi minuman dengan air nanah, diminumkannya air nanah tersebut (Q.S Ibrahim : 16). Rasulullah bersabda : Ketika didekatkan kemulutnya maka mulutnya terpanggang dan kulit kepalanya terkelupas. Dan ketika dia meminumnya, maka terputuslah ususnya sehingga minumannya keluar dari duburnya. saudaraku.... Cukuplah cerita tadi bagi kita, kerana keadaan sesungguhnya pastilah lebih mengerikan! Maafkan  saya saudara, kerana membuat hatimu gelisah oleh cerita ini Tapi kerana kecintaan saya pada kalian kerana ALLAH SWT, maka saya ceritakan pula. Saya hanya ingin kita menjadi orang-orang yang selamat dari keburukan-keburukan itu. Saudaraku... Yang saya harapkan hanyalah agar kita selalu waspada terhadap kematian dengan jalan perbaiki diri tentunya. Dan pada saatnya nanti, kita menjadi orang yang siap sedia untuk menghadap-Nya. Rabbana atina fid dun-yaa hasanataw wa fil aakhiratihasanataw waqinaa adzaabannar (Q.S Al-Baqarah : 210) Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan di akhirat; dan periharalah kami dari siksa neraka. Amin. Senyum (◠‿◠) PENCINTA ILLAHI

Jumaat, 10 Februari 2012

ADA APA DENGAN JUMAAT

Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda: ” Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat waktu mustajab bila seorang hamba muslim melaksanakan solat dan memohon sesuatu kepada Allah pada waktu itu, nescaya Allah akan mengabulkannya. Rasulullah mengisyaratkan dengan tangannya menggambarkan sedikitnya waktu itu (H. Muttafaqun Alaih)
Selamat Hari Jumaat buat semua blogger dan para pembaca yang budiman. Hari ini akak bercuti...maklum orang Kedah dan kerja dengan kerajaan jadi hari ni la masa untuk bersama keluarga. Hari ni la masa nak mengemas rumah, memasak macam-macam resepi, lebih sikit la dari hari biasa. Lepas suami balik dari solat jumaat kami sekeluarga biasanya keluar shopping. Selesai shopping pergi ziarah mak dan ayah dan juga kalau sempat pergi rumah saudara-mara. Macam tu la selalu kami sekeluarga habiskan masa cuti hari minggu. Hari Sabtu pun macam tu, pagi duduk di rumah, bila petang je mula keluar bawa anak jalan-jalan.
Petang ni pun dah ada plan. Anak bongsu akak pun dah tanya tadi "mak! petang ni nak pi mana?". Kaki jalan jugak dia ...macam mak dia. Ada duit sikit, teringat nak jalan ja.
Jommm pi jalan-jalan, jauh berjalan banyak pandangan, lama hidup banyak pengalaman macam orang kat bawah ni
Saya Sayang Mak Saya

   

Khamis, 9 Februari 2012

MIMPI NABI MUHAMMAD

 
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

MISTERI HAJARUL ASWAD

SUBHANALLAH...INILAH BATU DARI SYURGA...INGIN SEKALI AKU MENGUCUPNYA
Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di ruang yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”

Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian laman web tersebut ghaib yang sepertinya ada asalan tersembunyi dibalik penghapusan laman web tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu ruang yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, bererti apabila kita mengeluarkan kompas di ruang tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Ka’bah, maka seakan-akan diri kita dicaj semula oleh suatu kuasa misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka’bah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam". (Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) )

sumber:Misteri dan Keajaiban Alam

Rabu, 8 Februari 2012

BERUNTUNGNYA ORANG TU


BERUNTUNGNYA ORANG YANG RAJIN MEMBACA AL-QURAN. 
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

BEGITU CINTANYA DIA KEPADA KITA

 CINTA DAN RINDU PADA KEKASIH ALLAH
Pada suatu ketika Rasulullah menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.
Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah selesai Solat;
...“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?”
“Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar”
“Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan?
Kami yakin engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya.
Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?”
Lalu baginda menjawab dengan lembut,
”Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?” “Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”

Begitu cintanya Rasullah kepada kita sebagai umatnya..sudah barang tentu kita pun harus mencintai Rasullah..kecintaan kita di buktikan dengan menauladani sikap/akhlak Baginda dan tentunya di realisasikan dalam kehidupan sehari-hari

قَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (balasan kebaikan pada) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Qs. al-Ahzaab: 21).

“Ya Allah, betapa kami mencintai Rasul-Mu, betapa kami sangat ingin bertemu dengan kekasih-Mu, betapa kami sangat ingin meniru semua perilakunya yang indah, semua budi pekertinya yang agung, betapa kami sangat ingin dibangkitkan nanti di padang Mahsyar bersama Nabiyullah Muhammad, betapa kami sangat ingin ditempatkan di dalam syurga yang sama dengan syurganya Nabi kami."

Sabda Rasulullah “Anta ma’a man ahbabta” (anda akan dikumpulkan bersama orang yang anda cintai). (HR. Al-Bukhori, )

Semoga selawat serta salam selalu dilimpahkan kepada Rasullah SAW dan kita semua selalu ada dlm Rahmat berkat serta lindungan Allah SWT ..Amin Ya Rabbal Alamin.

# WW: JAMU MATA
















MARI JAMU MATA PASANGAN TERKENAL DAN DIMINATI RAMAI

P/S: PASANGAN YANG GAMBARNYA PALING BAWAH...BOLEH BLAH....HAHAHA

Ahad, 5 Februari 2012

AMALAN SUNNAH RASULULLAH

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)
Dan tidak kami ( Allah ) utuskan kau ( wahai Muhammad ) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam -- surah  Al anbiya : ayat 107

Salam maulidur rasul kepada semua muslimin dan muslimat Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad saw

Barangsiapa yang berselawat ke atas Nabi Muhammad sekali , Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali. "Allahumma solli a'ala Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wasallam...

TERINGAT TERKENANG DAN MERINDU

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

Esok kita semua akan menyambut Hari Maulidur Rasul. Marilah sama-sama kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Malam ni tiba-tiba teringat lagu yang diajar kepada anak-anak taski sewaktu akak mengajar di Taski Ilham, Jalan Maktab off Jalan Semarak KL tahun 1989 - 1990 dulu. Lamanya...anak-anak tu pun dah besar panjang dan dah berkahwin, beranak pinak sekarang ni. Mungkin diaorang pun dah ingat-ingat lupa lagu ni:
Nabi kita Nabi Muhammad
Ibu Nabi Siti Aminah
Ayah Nabi Abdullah
Datuk Nabi Abdul Mutallib
Subuh Isnin dilahirkan
Rabiulawal 12 haribulan
Di Kota Mekah tahun gajah
Maulid Nabi diraikan

satu lagi lagu:

Anak Nabi kita ada tujuh orang
tiga lelaki empat perempuan
Qhasim, 
Ibrahim, 
Abdullah, 
Fatimah, 
Zainab, 
Ruqaiyah, 
Umi Kalthum
 
Sesuatu yang telah berlalu itu menjadi sejarah dan kenangan indah dalam kehidupan

nyanyi ikut cikgu ya anak-anak...pppsssttt suara cikgu tak sedap la

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA