PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Ahad, 13 November 2011

SEBAB AKAK GEMUK

 Ni gambar sebelum treatment

Semenjak dua menjak ni hubby akak selalu tegur akak dah gemuk. Dia tak bagi akak makan nasi waktu malam tapi dia boleh pulak, mana aci, akak masak penat-penat mesti la kena makan...betul tak? Akak dulu slim ja, berat tak pernah melebihi 55 kg. Lepas bersalin anak bongsu hari tu berat akak 52 kg je tapi sekarang mak oi dah naik 8 kg. Patut banyak baju dah mengecil, kecut ja bila nak pakai. Ini tak boleh jadi, akak kena exercise ni, nk kembalikan berat badan ideal bukannya senang. Akak dah diet secara salah sampai dapat gastrik. Baru akak tahu macamana rasanya gastrik...uish sakit sungguh. Akak dah pergi Mayfair, habis dekat RM 800 tapi akak tak suka kena banyak pantang, minum teh pun tak boleh...mana tahan makan oat dan epal hijau ja...hehe akak lari tak habiskan treatment. Lepas treatment berat turun jugak 2 kg, lepas tu naik balik 2 kg. Naik turun naik turun. Akak sekarang ni cuba tak makan malam, dah 3 hari dah tak makan, cuma minum segelas anlene gold sebelum tidur. Harap-harap dapat bertahan la seminggu dua...hehe harap pi la. Akak ada terbaca tentang nilai kalori makanan. Akak fokus pada makanan kegemaran akak je:-
1. Laksa - 1 mangkuk (680 gm) = 470 kcal (2 gm lemak), akak selalu makan 2 mangkuk
2. Mi kari - 1 mangkuk (520 gm) = 670 kcal (36.8 gm lemak), akak selalu makan semangkuk je
3. Bihun Sup - 1 mangkuk (580 gm) = 510 kcal (1.7 gm lemak), akak selalu makan 2 mangkuk
4. Nasi Paprik - 1 pinggan (355 gm) = 505 kcal (5.1 gm lemak), akak selalu makan sepinggan je
5. Rojak - 1 pinggan (330 gm) = 750 kcal (51.2 gm lemak), akak selalu makan 2 pinggan
hah cuba kira, berapa banyak lemak de....
sapa nak kurus jom....timbang berat anda...kuang kuang kuang

p/s: Jangan suruh akak cuba ubat-ubatan, makanan herba dll, akak dah try macam2 cth. Herbalife, detoxslim, set beautiful, maajun kurus, pil tradisional mcm2 nama, teh kurus, mesin urut pecah lemak pun ada, dok berabuk dalam kotak, patch slim pun ada, susu utk kurus pun pernah minum tapi semua tak pernah pun akak habiskan dan cuba bersungguh-sungguh...adoyai....   

  Ni gambar selepas treatment....ala tomei tomei

2 ulasan:

Azza Azman berkata...

akak, tak yag susah2. G beli dumbel, yang 3 kg pun dah elok. beli sepasang, tetiap pagi angkat kita sampai 10 rehat, kira sampai 10 reha. Ulang2 ikut kemampuan. Make sure rasa tekanan di otot tu.

jangan risau, tak beketul punya badan, akak bukan makan makanan membina otot, yang badan berketul tu minum susu muscle builder seratus lebih satu tin.


Angkat dumbel sangat elok, dia bakar lemak semasa kita tidur. Bukan lemak tangan tau, tapi seluruh badan.

NUR AMINA berkata...

@AzzaAzman tq akak nak beli dumbel la kalu gitu. Anak bujang akak ada dumbel yg 10 kg, nk angkat tak larat pulak, nanti naik otot mcm dia. Tq jg pasal iklan nuffnang tu, akak akan ubah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA