PEGANGAN HIDUP
Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".
REZEKI
Isnin, 6 Jun 2011
KAHWIN KAWIN KHAWIN
Sori la...lama (beberapa hari jugak la) aku tak update blog. Kerja banyak siang malam sampai tak sempat. Tapi sibuk bukan alasan, sebenarnya aku malas, kalau rajin pasti boleh. Ni "apa pun tak boleh" (pinjam ayat kumpulan jambu). Dulu malas sebab tak ada pengikut. Ni dah ada 5 orang, ok la tu, terima kasih pengikut-pengikutku...hehe.
Sebenarnya aku nak cerita pasai kenduri kawin. Cuti sekolah ni kenduri saja-saja. Aku pun dah gantung periuk, kenduri banyak sangat, satu hari ada 3 jemputan, habih kurang pun mesti ada satu. Syoknya sebab banyak kenduri, banyak merasa, rezeki murah. Mudah-mudahan orang yang memberi makan pada orang lain bertambah-tambah lagi rezekinya. Yang bestnya lauk kenduri ni ialah ada gulai daging berlemak. Aku paling suka, ceduk lemak setengah pinggan. Memang aku tau lemak tak elok untuk badan tapi dah my favourite, tak tahan dugaan. Mulut ja sebut nak pantang, tak mau makan banyak lemak tapi bila dah di depan mata...pantang nampak la jawabnya. Dah seminggu asyik makan kenduri, lemak dah berlinang-linang, jadi aku pergi la Mayfair. Setelah 8 bulan tak ke situ, akhirnya mesin penimbang menunjukkan angka.....terkejut beruk aku, naik 4 kg. Setelah dipecahkan lemak yang dah nak tepu, harap-harap turun la setahil dua.
Balik pada cerita kahwin. Syoknya kawin...kan...kan. Jadi pada yang sudah ada pilihan hati, mengapa harus tunggu lama-lama. Duit boleh dicari, kalau melepas siapa yang rugi. Selamat pengantin baru pada yang berkahwin kawin khawin masa cuti sekolah ni. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan