PEGANGAN HIDUP
Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".
REZEKI
Khamis, 16 Jun 2011
DARI MATA TURUN KE HATI
Alahai mataku jadi ketumbit lagi. Dah lama tak naik ketumbit ni, hari ni timbul pulak di bwh kelopak mata kanan. Tak selesa nak tgk TV dan laptop ni. Kata pakar mata, ketumbit selalu jadi kat budak-budak, ni jadi kat mak budak, ape keheinye. Sakit ni, dh bengkak, muka dah tak cun. Eh! selama ni aku perasan cun la. Tapi gambar tu bukan mata aku tapi sekadar hiasan. Kalau aku ambik gambar aku sekarang dan letak kat blog ni sahih siapa pun takkan minat lagi kat aku. Eh! aku ada peminat ka? Camne nak bagi cepat hilang ketumbit ni? Baru aku tahu sebab jadi ketumbit ialah kerana kelenjar minyak dekat mata ni tersumbat dan senang berlaku jangkitan kuman. Sebab tu kelopak mata jadi merah dan bengkak. Nak kena pergi klinik ke tak? Kata pakar mata, ia boleh baik sendiri tapi ambil masa la. Malu la nak pergi kerja esok. Nak pakai spek mata hitam, nanti orang ingat bini S. Jibeng pulak. Ya Allah, sembuhkanlah segera. Ini mungkin balasan dosa-dosaku. Aku reda.
p/s: ketumbit takde kena mengena dengan aktiviti mengintai/mengendap/skodeng org mandi ye! Jgn tuduh aku yang bukan2, aku tak pernah intai orang, orang je suka mengintai aku...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan