PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Jumaat, 22 Ogos 2008

SOALAN DALAM KUBUR

Ahlus Sunnah Wal Jamaah sependapat bahawa setiap manusia itu setelah meninggal dunia, pasti akan ditanya dan inilah yang disebut suaalul qabri iaitu pertanyaan dalam kubur. Pertanyaan ini diajukan baik setelah ia dikuburkan di dalam tanah ataupun tidak dikuburkan. Jadi andaikata seseorang itu mati akibat dimakan oleh binatang buas atau terbakar menjadi abu atau tenggelam dalam air laut, maka tetap akan ditanya juga tentang amalan-amalannya.

Sabda Rasulullah S.A.W "Bahawasanya mayat itu apabila telah diletakkan di dalam kuburnya dan ia benar-benar dapat mendengar suara alas kaki mereka (orang-orang yang mengiringkan jenazahnya), ketika mereka hendak meninggalkan kuburnya. Apabila mayat itu seorang mukmin, maka solatnya ada disamping kepalanya, puasa ada di sebelah kanannya, zakat ada di sebelah kirinya, dan kelakuan-kelakuan yang berupa kebaikan seperti sedekah, silaturrahim dan kebajikan yang lain itu semuanya ada didekat kedua kakinya"

Yang ditanyakan dalam kubur oleh Malaikat Munkar dan Nakir kepada mayat ialah:-
SIAPAKAH TUHANMU?
SIAPAKAH NABIMU?
APAKAH IMAMMU?
APAKAH KIBLATMU?

Selasa, 19 Ogos 2008

HIDUP DAN MATI

HIDUP dan MATI adalah dua hal yang pasti dirasakan oleh setiap makhluk yang berjiwa. Kalau makhluk itu hidup pasti akan mati. Allahlah yang menjadikan hidup dan mati dan Allah jua yang menghidup dan mematikan.

Perbanyakkanlah mengingatkan kematian, sebab yang sedemikian itu akan menghapuskan dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia.

Secerdik-cerdik manusia adalah yang terbanyak ingatkan pada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu.

Roh itu apabila berpisah dengan tubuh, maka di saat itulah terjadinya kematian.

Sabtu, 16 Ogos 2008

NISFU SYAABAN

15hb - Nisfu Syaaban

Hidupkan malam ini dengan membaca Yaasin 3 kali dengan tertib dan berdoa moga
1. Panjang umur serta dapat beribadat
2. Murah rezeki
3. Ditetapkan iman
Siangnya digalakkan berpuasa.

Ahad, 10 Ogos 2008

RENUNGAN BERSAMA


Diriwayatkan dari Nabi Muhammad SAW: "Empat kelompok di mana Allah akan mendatangkan mereka kelak di hari kiamat berada di atas mimbar-mimbar dari nur, dan Ia akan memasukkan mereka dalam rahmatNya. Ditanyakan, siapa mereka itu ya Rasulullah?: Rasulullah SAW bersabda: "Ialah,
1. Orang yang mengenyangkan orang yang lapar
2. Orang yang menyiapkan dirinya untuk berperang di jalan Allah
3. Orang yang memberi pertolongan kepada orang yang lemah
4. Orang yang memberi pertolongan kepada orang yang dianiaya.

Jumaat, 8 Ogos 2008

BILA AKU SUDAH TIADA

Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu

Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku

Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya

Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya

Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya…

ANDAI KU TAHU

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

MATI


MAKHLUK YANG BERJIWA PASTI AKAN MERASAI MATI


Di dalam Al-Quran telah dinyatakan dengan tegas dan jelas bahawa semua makhluk yang berjiwa (hidup) pasti akan merasakan dan mengalami kematian sepertimana Firman Allah dalam Surah Ali Imran Ayat 185 : "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati".


BERSEGERALAH KITA MELAKUKAN AMAL KEBAIKAN


Sebagaimana kita sedia maklum bahawa sebesar-besar dan sebaik-baik modal yang dikurniakan oleh Allah kepada kita adalah UMUR. Oleh itu marilah kita pergunakan umur kita dengan sebaik-baiknya, banyakkanlah amal kebaikan untuk bekalan kita ke alam baka. Janganlah kita menangguh-nangguhkan waktu untuk beramal kerana kita tidak tahu bila ajal kita akan sampai.


SAMA-SAMALAH KITA MENGINGATI MATI

Selasa, 5 Ogos 2008

SAMBUNGAN SIFAT KEJAM MENURUT WALI ALLAH SUFYAN TSAURI

6. Seseorang yang apabila daerahnya atau tempatnya didatangi ulamak sedangkan ia tidak mahu belajar darinya. Ia mensia-siakan kedatangan orang alim itu dengan melepaskan peluang belajar daripada orang alim tersebut.

7. Dua orang yang bertemu diperjalanan tetapi tidak menanyakan nama, sedangkan perkenalan akan lebih erat lagi jika mengenali nama dan sebagainya.

8. Orang yang tidak menghadiri jamuan bila diundang. Sikap begitu boleh memecahkan ukhwah dan menimbulkan buruk sangka orang lain.

9. Segolongan pemuda yang tiada kerja serta tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan. Masa dihabiskan dengan membuat kerja yang tidak berfaedah untuk agama dan tanahair. Mereka hanyalah duduk membuang masa dan hingga kadangkala terlajak melakukan kemungkaran. Bila mereka belajar ilmu dan akhlak mulia, selesailah sekurang-kurangnya masalah pengangguran.

10. Seseorang yang kenyang sedangkan tetangganya berlapar. Ia tahu dan sedar kemiskinan jirannya tetapi sengaja tidak memberi walau sedikitpun makanan dan minuman pada jirannya.

Isnin, 4 Ogos 2008

SIFAT KEJAM MENURUT WALI ALLAH SUFYAN TSAURI

1. Iaitu seseorang berdoa hanya untuk dirinya sahaja. Ia tidak berdoa untuk anak-anaknya dan kaum muslimin amnya. Tidak pernah ia berdoa supaya anaknya beramal dengan amalan yang soleh serta menjadi orang baik. Begitu juga mendoakan keselamatan untuk orang lain.
2. Iaitu orang yang pandai membaca Al-Quran (Qari) tetapi tidak mampu membaca 100 ayat setiap hari. Kepandaiannya hanya sebagai batu loncatan untuk menjadi terkenal sedangkan Al-Quran itu bukan sahaja tidak diamalkan malah disimpan sebagai perhiasan.
3. Orang yang masuk ke masjid lalu keluar tanpa bersembahyang sunat dua rakaat.
4. Orang yang berjalan atas kubur tetapi tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur. Seandainya memberi salam dan mendoakan, sekurang-kurangnya ia dapat membantu ahli kubur dari seksaan kubur yang sangat dahsyat. Sekaligus mengingatkan dirinya bakal memasuki kubur.
5. Seseorang yang tidak melakukan sembahyang Jumaat. Abdullah bin Omar dan Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Sesiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat nescaya Allah meteri hati mereka dan jadilah mereka orang-orang yang lalai".

* Ada 5 lagi, nanti kita sambung di lain masa. Wallahuaklam.

Ahad, 3 Ogos 2008

DUNIA INI KEBUN





Dunia ini suatu kebun

pagarnya negara

negara itu sebuah kekuasaan

yang hiudp dengan kekuasaan itu

aturan yang tetap (Sunnah)

aturan yang tetap itu

ialah politik (Siasah)

yang dijalankan oleh raja

Raja itu peraturan

yang disokong oleh tentera

tentera itu pembantu-pembantu

yang ditanggung oleh harta

harta itu rezeki

yang dikumpul oleh rakyat

rakyat itu budak-budak

yang dipelihara oleh keadilan

keadilan itu yang disukai

dengan keadilan tegaklah dunia

DUNIA INI SUATU KEBUN


cetusan rasa,

IBNU KHALDUN

Sabtu, 2 Ogos 2008

AURAT


Kehidupan manusia di muka bumi ialah untuk mencari keredhaan Allah. Oleh itu dalam masalah berpakaian, tidak kira lelaki atau perempuan muslimah ia mesti mengikut syariat yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. dan bukan mengikut adat yang terdapat pada sesuatu masyarakat itu. Kepatuhan insan kepada apa yang telah ditetapkan oleh Allah akan menyebabkan keredhaan Allah kepadanya. Ulama menyelaraskan bahawa menutup aurat itu merangkumi tiga perkara:


1. Menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan (bagi wanita)


2. Tidak jarang hingga menampakkan warna kulit


3. Tidak ketat sehingga menampakkan susuk dan bentuk badan khasnya punggung dan dada.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA