PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Sabtu, 14 Mei 2011

SELAMAT PAGI CIKGU


Hari Isnin ni 16 Mei sambutan hari guru. Salam dan selamat hari guru untuk semua guru-guru teristimewa untuk guru yang pernah mengajar aku dari tadika sampai ke menara. Tanpa kalian aku tak pandai menulis seperti ini, mungkin aku tak kenal apa itu blog dan takkan pernah ada blog. Terima kasih cikgu...TQVM. Antara nama-nama yang masih ku ingat Cikgu Siti Arbi (selalu suruh aku belikannya mee goreng di kedai luar sekolah, dia selalu mengharapkan aku untuk buat kerja2 dan membantunya termasuk jaga duit jualan peralatan sekolah...dulu koop mana ada lg), Cikgu Mahranah (selalu marah2 sayang), Ustazah Zaharah (bimbing aku sehingga menang tempat pertama kategori bacaan jawi peringkat zon utara), Cikgu Rukiah (aku pernah tolong cikgu waktu cikgu jatuh dan sawan..terkancing gigi), Cikgu Yaacob (pernah tempeleng aku sbb jwb salah subjek math), Cikgu Abdullah Khamis (bawa aku dan rakan2 ke merata sek utk pertandingan), Gurubesar Mr. Phang Woon King (nmpk dia dtg je, aku lekas-lekas pegi tolong bw buku2 dia masuk bilik), Cikgu Sulaiman (alim orgnya bertanda hitam di dahi), Sir ... (lupa namanya mungkin sbb dia selalu pukul aku dgn ruler sbb x betul spelling BI), Cikgu....jg aku lupa namanya tapi dia selalu ubah jarum jam di kelas supaya cepat loceng balik dibunyikan...haha lawak cikgu ni. Kenangan di sekolah rendah memang banyak kerana aku sangat aktif pernah jadi ketua kelas, pen. pengawas dan pernah jadi ketua murid. Bukan aku nak cakap besar tapi waktu di sek. ren. aku selalu dpt banyak hadiah waktu hari penyampaian hadiah sampai aku pernah dengar sorang Pakcik tu kata "asyik budak ni ja naik pentas ambik hadiah". Nak buat camne rezeki aku. Aku juga pernah jadi tekong kumpulan nasyid, baca sajak, syair dan selalu apa-apa saja persembahan ada la muka aku. Kenangan terindah yang takkan mungkin berulang lagi.
Antara guru-guru di Sek. Men. yg masih ku ingat mestilah Pengetua. Aku belajar di bwh 3 org pengetua yang semuanya wanita kerana sekolah aku SMSA atau dulu org sebut SAS, student semua perempuan. Terima kasih Cik Puteri Asma (arwah...Al Fatihah, moga dia aman di sana), Puan Hjh Noraini dan Cik Hjh Nasriah Hj. Maghribi. Cikgu-cikgu yang tak dapat aku lupakan antaranya Cikgu Fatimah (aku suka dia ajar geog, byk bg nasihat berguna), Cikgu Khatijah (pernah tangkap aku sbb tak turun PJ...buat2 sakit), Cikgu Saniah, Cikgu Sham, Cikgu Rokiah (arwah...Al Fatihah, moga aman di sana), Cikgu Hashim, Cikgu Zainab, Cikgu Faizah, Miss Tai (dia baling buku add math aku dlm tong sampah), Ustazah Che Su, Cikgu Sobri (arwah...Al Fatihah, moga aman di sana), Cikgu Siti Zawiah (sori cikgu aku x minat ekonomi...fail), Mr. Bernard (ajar kimia...minat dia sbb tu result ok), Cikgu Siti Zubaidah (cikgu praktikal yg sgt baik), Mr Low, Cikgu Raja Kechil dan cikgu lain yang aku terlupa namanya. Terima kasih cikgu.
Juga buat semua Pensyarah di UUM dan USIM yang pernah mengajar aku sehingga mendapat 2 gulung ijazah. Terima kasih. Jasamu dikenang.

1 ulasan:

nuzz el widad berkata...

Min, sungguh nostalgia teringat kenangan masa di SMSA dulu.. ya terima kasih cikgu2 kita dulu... sungguh saya tak tahu rupanya ramai di antara mereka yang telah tiada... Al Fatihah.. semoga ilmu yg mereka curahkan utk kita menjadi bekalan buat mereka di alam sana...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA