Lama tak update blog ni. Bukan apa, bzzzz ckit. Tambah2 hampir hujung thn, mcm2 keje nak dibuat. Ape nak tulis arr... pantun je le apa yg tahu ckit2.
Gugur gerimis menjelang senja
Janji keramat kita brdua
alangkah manis bertentang mata
seribu nikmat mencecah rasa
Buah berangan masaknya merah
Bunga melati dalam perahu
Luka di tgn nampak berdarah
Luka di hati siapa yg tahu
Anak udang udanglah jua
manakan sama anak tenggiri
anak org orglah jua
manakan sama anak sendiri
Nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
buang emak buang saudara
kerana kasih hamba turutkan
Bunga Ros berangkai-rangkai
Tumbuh merimbun di tepi perigi
Biar buruk kain dipakai
Budi pekerti dipandang tinggi
Hendak gugur gugurlah nangka
Jangan menimpa si ranting pauh
Hendak tidur tidurlah mata
Jangan mengenang org yg jauh
Apa diharap padi seberang
entah jadi entahkan tidak
apa diharap kasihnya org
entah sudi entahkan tidak
PEGANGAN HIDUP
Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".
REZEKI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan