Ingat sama...bulan posa ni jangan asyik nak berpeluk ja...hehe
Kebanyakan
suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi
suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan.
Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi
manfaat besar bagi kesihatan jiwa.
Saya pernah diberitahu oleh
seorang pesakit wanita, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah
dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.
Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi
physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan
hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.
Oleh itu para suami, peluklah isteri, belai lembut rambutnya, sentuh
wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan anda dengan
jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya, dan sentiasa menjaga
pandangan mata anda dengan matanya.
Pelukan membuatkan pasangan
merasa lebih dekat dan intim. Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk
komitmen cinta dan kesetiaan pasangan. Biasanya suami menganggap
bahawa pelukan bermakna isteri dahagakan hubungan seksual, tetapi
sebenarnya para isteri lebih menikmati pelukan dari hubungan seksual.
Oleh itu para suami, jangan rasa ‘kelam kabut’ jika tidak bersedia bila
isteri minta dipeluk. Dan isteri tolong beritahu suami, ..”please, I
just a hug..” dan jangan mengharap suami faham kehendak puan tanpa
diucap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan