"Sentiasa haus dan dahaga akan Ilmu"...
Ilmu pengetahuan dan Agama bagi orang yg bertaqwa menjadi lampu yg
berguna menerangi kehidupan di alam kubur dan kegelapan di dunia ini.
Hanya dengan Ilmu sajalah seseorang akan selamat dari berbagai cubaan
dan tentangan, sementara akan mudah celaka dan hancur bagi seseorang yg
tidak menggunakan Ilmu pengetahuan sebagai cahaya kehidupannya.
Maka, orang yg bertaqwa mempunyai pemikiran bahawa Ilmu pengetahuan
diciptakan oleh ALLAH S.W.T untuk menyempurnakan ibadah dan sekaligus
sebagai cahaya kehidupan, sehingga Ilmu pengetahuan yg didapati sudah
semestinya dipergunakan sebagai bahan untuk mendekatkan diri kepada
ALLAH S.W.T. Ini berbeza dengan paradigma dan pemikiran yg memperlakukan
Ilmu pengetahuan sebagai bahan untuk mengeksploitasi kehidupan.
"Dan, carilah pada apa yg telah dianugerahkan ALLAH S.W.T kepadamu
(kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu
dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain)
sebagaimana ALLAH S.W.T telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu
berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya ALLAH S.W.T tidak menyukai
orang2 yg berbuat kerosakan"...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan