PAKCIK...BOLEH SAYA ORDER SEPINGGAN NASI PUTIH ?
Pada suatu petang, datang seorang pemuda yang berpakaian lusuh yang kelihatannya seperti seorang pengemis berjalan mundar-mandir di depan sebuah gerai makan di kota. Selepas kelihatan tiada lagi pelanggan di gerai tersebut, dengan perasaan yang segan dan malu-malu dia pun masuk ke gerai makan tersebut.
“Pakcik, boleh saya order sepinggan nasi putih ? ” dengan kepala menunduk, pemuda ini berkata kepada pemilik gerai makanan tersebut.
Sepasang suami isteri muda iaitu pemilik gerai makan tersebut hanya memerhatikan sahaja gelagat pemuda tersebut cuma mereka agak pelik kerana pemuda ini hanya memesan nasi putih sahaja. Lalu suami pun menghidangkan sepinggan penuh nasi putih untuknya.
Ketika pemuda ini menerima nasi putihnya dan ingin membayar, dia berkata dengan agak perlahan :
“Pakcik boleh tak letakkan sikit kuah sayur untuk saya?.”
Isteri pemilik restoran itu tersenyum lalu berkata: “Ambil saja apa yang engkau suka nak , tak perlu bayarlah.”
Sebelum habis makan, pemuda ini berkata : “Sedap sungguh kuah sayur nih! ” lalu dia pun memesan lagi sepinggan nasi putih.
“Sepinggan tidak cukup nak, kali ini pakcik berikan lebih banyak lagi nasinya.” dengan tersenyum pemilik gerai makan tersebut berkata kepada pemuda itu.
“Bukan pakcik, saya nak bungkus nasi nih untuk bawa pulang, esok saya nak kerja boleh buat makan.”
Mendengar perkataan pemuda ini, pemilik gerai makan ini pun berpikir tentu pemuda ini daripada keluarga yang miskin. Datang ke bandar semata-mata kerana ingin perkerjaan.
Kesian dengan anak muda ini, lalu pemilik gerai makan ini pun meletakkan daging dan sebiji telur lalu disembunyikan dibawah nasi. Sekiranya dilihat dengan mata kasar hanya akan kelihatan nasi putih sahaja.
Melihat perbuatannya itu, lalu isterinya bertanya ,"Kenapa daging dan telur disembunyikan di bawah nasi, letak saja atas nasi tu..?" Suaminya kemudian membisik kepadanya :
“Jika anak itu lihat kita letak daging dan telur ini, tentu dia akan rasa tersinggung kerana terasa seperti peminta sedekah dan kemungkinan besar selepas ini dia tidak akan datang lagi ke kedai kita. Kesian kat dia, kalau dia pergi ke kedai lain hanya untuk membeli sepinggan nasi putih mana mungkin berkhasiat makanannya itu, kan dia perlukan tenaga untuk bekerja.”
“Abang sungguh baik hati. Dah la tolong orang, pandai pulak ambil hati orang itu.” kata isteri kepada suaminya.
“Kalau abang nih jahat, mesti sayang tak mau jadi isteri abang!” Berjenaka suami kepada isterinya.
Sepasang suami isteri muda ini merasa begitu gembira kerana dapat menolong orang lain.
“Terima kasih pakcik makcik, saya dah sudah makan.” kata pemuda itu.
Ketika pemuda itu mengambil bungkusan nasinya, dia terima kasih sekali lagi kepada pemilik gerai makanan tersebut.
“Esok singgah lagi, engkau harus sentiasa bersemangat.!” kata pemilik restoran sambil melambaikan tangannya dengan harapan pemuda itu akan datang lagi esok.
Terharu pemuda itu apabila mendengar ucapan dari pemilik gerai makanan.
Mulai saat itu setiap hari pemuda itu akan singgah ke kedai tersebut untuk makan, namun pesanannya masih sama seperti biasa hanya memesan sepinggan nasi putih dan membawa pulang sebungkus. Tetapi setiap hari dibawah nasi putih itu akan diletakkan lauk yang berbeza-beza oleh pemilik gerai makanan tersebut.
Selama 20 tahun pemuda ini tidak pernah muncul lagi.
――――――――――――――――――――
Pada suatu hari, ketika suami ini sudah berumur 50 tahun lebih,
telah datang satu notis diperintahkan gerai makanan mereka dirobohkan untuk tujuan pembangunan. Mereka tiba-tiba merasa seperti gelap terus kehidupan mereka. Setiap hari mereka suami isteri akan menangis memikirkan masa depan mereka.
Pada satu hari datang seorang pemuda berpakaian seperti pegawai ke gerai mereka lalu berkata...
“Assalaamu’alaikum pakcik. Saya nih wakil dari bos saya. Dia minta saya jumpa pakcik dan makcik untuk sampaikan hajat dia. Dia minta kalau boleh, pakcik dan makcik berniaga kantin di kilang miliknya. Pakcik dan makcik tak perlu susah-susah untuk sediakan apa-apapun, sebab semuanya telah disediakan lengkap.”
“Erm...Siapa bos kamu nih nak. Seingat pakcik la, pakcik tak kenal dan tak ada pun kawan-kawan pakcik yang kaya...Kenapa baik sangat bos encik nih?” kata pemilik kedai.
“Pakcik dan makcik adalah orang yang banyak membantu bos saya ketika dia susah dulu. Dia kata, dia suka sangat makan telur dan masak daging makcik, yang lain-lain nanti pakcik jumpa dia pakcik makcik tanya sendiri dengan dia.” kata pegawai itu.
Tiba-tiba, pemuda yang selalu memesan sepinggan nasi putih itu muncul. Setelah bersusah payah selama 20 tahun akhirnya pemuda itu telah berjaya didalam perniagaannya dan telah memilik kilangnya sendiri. Pemuda itu merasakan kejayaannya pada hari ini adalah kerana dapat bantuan daripada pakcik dan makcik ini sepanjang kehidupan lampaunya yang susah dulu.
Selesai berbincang, pemuda itu membawa pemilik kedai tersebut untuk pergi melawat tempat perniagaan baru mereka, lalu pemuda ini berkata...
"Bersemangat ya pakcik makcik kerana kantin itu akan bergantung sepenuhnya kepada pakcik dan makcik !"
Moral of the Story..
- Hidup ini kena sentiasa baik dan tolong menolong sesama manusia..tak rugi pun!.."Dont judge a book by its cover"
Renungkanlah Firman ALLAH yang bermaksud, “Berbuat baiklah (kepada hamba ALLAH ) seperti mana ALLAH berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah).” - Surah al-Qasas, ayat 77

Copy dari Rahsia Perkahwinan yang diadapatasikan semula daripada penulisan Nagib Al Jawie.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan