{Assohwah} Salam semua, Marilah kita semangatkan diri kita dengan kata-kata semangat di pagi ini.
Jangan katakan kegagalan itu kesilapan. Katakan kegagalan itu adalah
pengajaran. Anda tidak akan mengetahui tentang diri sendiri menerusi
kejayaan. Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan. Janganlah
takut untuk mengakui kesilapan. Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda
lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam. Kegagalan bukan
bermakna anda seorang yang bodoh mencuba. Ia bermakna anda mempunyai
keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan. Marilah kita
bersama ikhlaskan hati untuk menjadi orang yang berjaya dan bahagia
dunia dan akhirat insyALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan