Mati itu pasti dan paling hampir dengan kita.
Moga kita mati dalam iman.
Semasa Azan.... Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak
kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak,
hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan
hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri
ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak
fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan
diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan
lidahnya ketika nazak .
Kita takut dengan kelunya lidah kita
semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah
"Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini
ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk
mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan
mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang
dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah
"Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."
Sharing is Caring
Tiada ulasan:
Catat Ulasan