PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Selasa, 6 Mac 2012

SEBAIK-BAIK PERHIASAN

 
Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah,

Apa yang perlu dilakukan oleh seorang muslimah? Mari kita lihat dan kongsikan dengan sahabat kita muslimah yang lain, moga bermanafaat..

1. Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan perintah Allah dan RasulNya
2. Sentiasa memelihara adab dan berakhlak bila berhadapan dengan ibubapa
3. Berusaha menghiasi diri dengan sifat-sifat yang terpuji seperti lemah lembut, berkasih sayang, syukur, pemurah dan sebagainya.
4. Berusaha membuang sifat-sifat yang terkeji seperti sombong, mengumpat, hasad dengki berdendam dan sebagainya.
5. Melatih diri dengan urusan rumahtangga seperti memasak, menjahit dan mengemas rumah.
6. Sentiasa menjalin persaudaraan dan pergaulan dengan rakan, jiran dan masyarakat sekeliling.
7. Hindarkan daripada bersahabat atau berbual dengan lelaki yang bukan mahram tanpa keperluan.
8. Sentiasa memelihara aurat dalam erti kata yang sebenarnya berdasarkan syariat.
9. Sentiasa menundukkan pandangan dan elakkan dari memandang ke sana ke mari, terutamanya sewaktu berada di luar rumah.
10. Cuba mempelajari dan mencontohi watak-watak wanita salaf sama ada dari segi sifat, pengorbanan dan perjuangan.

InsyaAllah..

Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA