NAK TAU DAK PASAIPA AKAK TAK UPDATE BLOG SELAMA 11 HARI
sebab-sebabnya adalah...jeng...jeng...jeng (macam Zoro la pulak)
1. Akak letih la...kerja banyak tak tau nak habaq. Itu ini nak kena buat. Maklum la boss besaq...haha tolong jangan percaya.
2. Akak frust pasai cite Vanilla Coklat dah habis, tak sabar nak tunggu filem dia pulak (ada sangkut paut ka? percaya pi lah)
3. Akak jeles & sedih pasai Lisa & Yusry pi bulan madu kat Eropah tak bawak akak sama, tu yang akak takdak mood nak update blog tu...eeeiii mencik...mencik (tolong percaya yang ni)
4. Akak sedang giat berusaha menguruskan badan. Akak dah beli gerek senaman OSIM tu harga 799 hinggit. La ni dok kayuh depan TV siang malam, kalau penat akak tiduq, bangkit tiduq akak makan bagi kenyang. Lepas tu kayuh lagi...dan lagi. Sibuk sungguh mengayuh ni! (caya la sikit2)
5. Akak jaga ayah akak yang dah lumpuh separuh badan. Lepas habis pejabat akak singgah rumah ayah dan mandikannya, suapkan makanan (cayalah)
6. Cuti sekolah hari tu banyak sangat jemputan kawin jadi akak kena la pi, kesian orang yang jemput, kalau akak tak pi tentu depa kecik hati dan tak mau mai kenduri akak nanti. Betui dak?
7. Satu lagi sebab akak jadi malas nak update pasai dengaq habaq Si Awal dah nak kawin dengan Scha hujung tahun ni (o....o yang ni takdak kena mengena). Sebenarnya akak bosan dan dok termenung macam Scha tu pasai tak ramai yang nak baca entry-entri terbaru akak. Sedih la... penat tau akak taip, buang masa ja rasanya...huhuhu....tetiba rasa nak menangis guling-guling atas katil.
8. Akak mula sedar diri, jarang baca Al-Quran. Bulan Ramadhan ja baru teringat nak buka dan baca, bulan lain baca Yasin ja malam Jumaat. Tak patut betui kan...kan. Usia dah senja, kubur kata mari...mari. Dunia pun dah makin tua, kiamat tak tau bila, mati pun makin dekat. Rasanya lagi baik orang veteran macam akak ni banyak-banyak baca Al-Quran. Blog bila free atau time cuti-cuti 1Malaysia dan waktu uzur boleh la baca dan update sampai juling bijik mata. (logik dak?)
9. Akak kena tidur yang cukup. Usia dah lanjut ni kenalah jaga kesihatan. Tidur kena cukup supaya wajah awet muda, badan kembali slim, tak lebam-lebam bawah mata. Dulu akak selalu berjaga update blog tapi la ni kena tidoq awai....ikut nasihat doktor. Tidoq awai bangkit pun awai...rezeki tambah masyukkk...
10. Ok tak mau bohong banyak-banyak satgi hangpa marah. PEACE
1 ulasan:
orang habaq, tak baik nipu.. dosa.. lidah kena kerat.. tapi sebab ni taip, nanti jari kena potong.. haha... :p
saya caya, saya caya alasan2 tu *angguk angguk*
Catat Ulasan