PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Ahad, 5 Februari 2012

TERINGAT TERKENANG DAN MERINDU

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

Esok kita semua akan menyambut Hari Maulidur Rasul. Marilah sama-sama kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Malam ni tiba-tiba teringat lagu yang diajar kepada anak-anak taski sewaktu akak mengajar di Taski Ilham, Jalan Maktab off Jalan Semarak KL tahun 1989 - 1990 dulu. Lamanya...anak-anak tu pun dah besar panjang dan dah berkahwin, beranak pinak sekarang ni. Mungkin diaorang pun dah ingat-ingat lupa lagu ni:
Nabi kita Nabi Muhammad
Ibu Nabi Siti Aminah
Ayah Nabi Abdullah
Datuk Nabi Abdul Mutallib
Subuh Isnin dilahirkan
Rabiulawal 12 haribulan
Di Kota Mekah tahun gajah
Maulid Nabi diraikan

satu lagi lagu:

Anak Nabi kita ada tujuh orang
tiga lelaki empat perempuan
Qhasim, 
Ibrahim, 
Abdullah, 
Fatimah, 
Zainab, 
Ruqaiyah, 
Umi Kalthum
 
Sesuatu yang telah berlalu itu menjadi sejarah dan kenangan indah dalam kehidupan

nyanyi ikut cikgu ya anak-anak...pppsssttt suara cikgu tak sedap la

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA