PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Ahad, 12 Februari 2012

CERITA AZAB

Apa khabar sahabat-sahabat blogger, adik, kakak, abang dan semua pembaca yang dirahmati Allah sekelian. Bagaimana pula khabar iman kamu hari ini? Kerana kamu pasti tahu bahawa yang menjadi ukuran kita selamat di Yaumil Akhir nanti adalah tingkat amal kita di dunia.... Pernahkah kamu mengingat kematian wahai saudaraku? Kerana kematian menjadi kepastian; tanah menjadi tempat pembaringan; mungkar dan nangkir menjadi tamu; kuburan menjadi tempat tinggal; perut bumi menjadi tempat menetap; kiamat menjadi janji yang pasti; syurga dan neraka menjadi tempat kembali. Pernahkah terbit di fikiranmu, tatkala manusia di kumpulkan di Padang Mahsyar? Pernahkah terbit di fikiranmu wahai saudaraku, tatkala di sana matahari sangat dekat di hujung kepala? Rasulullah SAW bersabda : Di hari kiamat nanti matahari akan mendekati manusia, sehingga jaraknya hanya satu inci. Manusia akan berada dalam keringatnya masing-masing sesuai dengan amal perbuatannya. Ada yang keringatnya sampai mata kaki, ada yang sampai lutut, ada yang sampai setengah badan dan ada yang tenggelam sampai mulutnya. Saudara-saudaraku... Pernahkah engkau membayangkan tentang neraka? Tentang kegelapan neraka yang sangat pekat? Rasulullah bersabda : Api neraka di nyalakan seribu tahun hingga memerah, kemudian di nyalakan lagi seribu tahun hingga memutih dan di nyalakan lagi seribu tahun hingga menghitam. Dan jadilah neraka itu gelap pekat. Saudaraku... Pernahkah engkau membayangkan tentang minuman ahli neraka? Allah berfirman dan dia akan diberi minuman dengan air nanah, diminumkannya air nanah tersebut (Q.S Ibrahim : 16). Rasulullah bersabda : Ketika didekatkan kemulutnya maka mulutnya terpanggang dan kulit kepalanya terkelupas. Dan ketika dia meminumnya, maka terputuslah ususnya sehingga minumannya keluar dari duburnya. saudaraku.... Cukuplah cerita tadi bagi kita, kerana keadaan sesungguhnya pastilah lebih mengerikan! Maafkan  saya saudara, kerana membuat hatimu gelisah oleh cerita ini Tapi kerana kecintaan saya pada kalian kerana ALLAH SWT, maka saya ceritakan pula. Saya hanya ingin kita menjadi orang-orang yang selamat dari keburukan-keburukan itu. Saudaraku... Yang saya harapkan hanyalah agar kita selalu waspada terhadap kematian dengan jalan perbaiki diri tentunya. Dan pada saatnya nanti, kita menjadi orang yang siap sedia untuk menghadap-Nya. Rabbana atina fid dun-yaa hasanataw wa fil aakhiratihasanataw waqinaa adzaabannar (Q.S Al-Baqarah : 210) Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan di akhirat; dan periharalah kami dari siksa neraka. Amin. Senyum (◠‿◠) PENCINTA ILLAHI

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA