BUKAN NIATKU SENYUM UNTUK MENGEJEK, JUGA BUKAN SENYUM MENGGODA TAPI SENYUMAN INI ADALAH SEDEKAHKU PADA ORANG YANG MUNGKIN TERPANDANG SECARA TIDAK SENGAJA
Mari ber"husnudzon" (bersangka baik).. :)
Orang yang suka beribadah disangka riak Orang yang relax disangka malas Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik
Orang yang suka senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela
Mana kita tahu ... Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana kita tahu ... Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah
Mana kita tahu ... Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya
Mana kita tahu ... Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana kita tahu ... Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya
inilah yang saya nak jelaskan dari dulu tapi tak tau nak cakap macamna... puisi ni saya nk tuju kat dia lah. sbb dia selalu sangka buruk...apa pun tak boleh..
1 ulasan:
inilah yang saya nak jelaskan dari dulu tapi tak tau nak cakap macamna... puisi ni saya nk tuju kat dia lah. sbb dia selalu sangka buruk...apa pun tak boleh..
Catat Ulasan