PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Selasa, 17 Januari 2012

WUDUK ZAHIR DAN BATIN


Pagi ni akak nak cite sikit pasal wuduk dan solat yang seharusnya kita jadikan panduan dan ikutan dalam menjalankan amal ibadat kita sehari-hari. Akak ada terbaca tentang ni dalam nota seorang kawan. Jadi tak ada salahnya kita kongsi bersama dan jadikan diri kita lebih baik dari semalam.

(HARI INI BUKAN SEMALAM DAN ESOK TIDAK SEPERTI HARI INI KERANA HIDUP PERLU BERUBAH)

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim. Beliau bertanya Hatim "Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?”
Hatim berkata, “Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air”.
Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riak)
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki.
Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1. Aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”
“Di samping itu setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Oleh itu kawan-kawan, adik, kakak, abang marilah kita cuba memperbaiki ibadah kita terutama solat. InsyaAllah jika kita ikhlas dan niat solat kerana Allah, kita akan hidup bahagia di dunia & akhirat. 

2 ulasan:

PCL berkata...

salam singgah.

insyaAllah, sentiasa mencari yg terbaik untuk diri dan keluarga..semoga mendapat rahmatNYA.

Azza Azman berkata...

insyaAllah... kak aminah dapat dari mana ni?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA