Cuba anda bayangkan ibu anda. Ingat betul-betul wajahnya, masih ayu atau dah kedut seribu. Wajah seorang ibu yang telah melahirkan anda, abang anda, kakak anda, adik anda dan yang telah menjaga anda dengan penuh kasih sayang. Tahukah anda apa yang ibu anda rasa waktu melahirkan anda dan semua adik, abang, kakak anda. Tahukah anda badan manusia hanya mampu menahan sehingga 45 del (unit) kesakitan. Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 del (unit) kesakitan. Ini sama dengan mematahkan 20 tulang secara serentak. Sekarang bolehkah anda bayangkan, kesakitan & kasih sayang seorang ibu?
Kredit: Anwar Fadzil
p/s: Akak bukan nak mengungkit tentang kesakitan yang telah akak rasa sewaktu melahirkan empat orang anak, tiga lelaki dan seorang perempuan tapi kata orang tua-tua akak boleh dianggap telah putus 7 urat sebab melahirkan anak lelaki putus 2 urat dan anak perempuan 1 urat. Mak akak lahirkan 10 orang, 4 lelaki, 6 perempuan jadi lagi banyak urat dia putus. Sedih tengok wajah mak yang dimakan usia
Ibu ratu hatiku, pengorbananmu melahirkanku amat dihargai. Terima kasih ibu.
2 ulasan:
betull . tapi sy lahir ikut tingkap la kak..mesti lagi sakit kan?
Akak tak pernah melahirkan ikut tingkap, semua kut pintu...hehe, mmg sakit jgk, lepas tu kena jaga bekas jahitan, kena pantang. Sayangilah ibu anda.
Catat Ulasan