4 KEMULIAAN UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W
4 Kemuliaan Umat Nabi Muhammad S.A.W
Nabi Adam A.S. berkata : Sesungguhnya Allah SWT telah memberi kepada umat Muhammad 4 kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku iaitu:-
1- Menetapkan tempat taubatku di Makkah sedangkan umat Muhammad diterima taubat mereka di mana-mana tempat.
2- Dahulu aku berpakaian tetapi apabila aku berdosa ditelanjangkan, sebaliknya umat Muhammad berbuat dosa dengan telanjang Allah SWT tetap memberi pakaian pada mereka.
3- Ketika akau berbuat dosa, aku dipisahkan dengan isteriku, tetapi umat Muhammad berbuat dosa tidak dipisahkan dengan isteri mereka.
4- Saya melakukan dosa didalam Syurga lalu dikeluarkan, tetapi umat Muhammad berbuat dosa di luar Syurga kemudian mereka dimasukkan ke dalam Syurga.
Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S: 786.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan