PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Khamis, 30 Mei 2013

PERANGAI KUCING






















Comelkan kucing-kucing ni. Saya suka tengok aksi kucing. Nak cerita sikit tentang perangai pelik kucing-kucing yang pernah saya bela dulu. Ada seekor kucing kat rumah mak saya yang perangainya pelik sikit. Waktu saya masuk bilik mandi dia mesti nak ikut. Saya suruh dia keluar tapi dia buat dekkk je. Saya angkat dia letak kat luar dan cepat-cepat kunci pintu tapi dia panjat duduk kat alang rumah tengok saya mandi. Apa la sangat dia nak tengok tu, saya mandi pakai kain basahan, bukannya mandi b****....haha. Pernah saya percik air kat badan dia tapi dia tak lari, duduk buat dono ja sambil tengok muka saya. Ingat nak lempang ja tapi kesian pulak. Tengok pi la bukannya luak pun...haha. Ada jugak kucing perangai macam tu. Kadang-kadang saya terfikir yang dia tu putera raja yang kena sumpah jadi kucing. Saya cium dia banyak kali tapi tak menjelma jadi putera raja pun...huhuhu

Seekor lagi kucing perangainya suka duduk kat lantai time saya nak menyapu sampah. Di mana saya nak menyapu di situlah dia nak duduk. Geram betul tau, dia duduk kat sampah sarap tu. Saya tolak perlahan badan dia dengan penyapu, dia tak lari pun. Badan dia pun habis kotor kena habuk. Hish apa la punya perangai. Akibat geram sangat, saya sapu dengan dia sekali masukkan ke dalam penyodok sampah. Peliknya dia buat dekkk jugak, tak lari turun pun. Dah la berat badan dia, saya angkut masuk dalam tong sampah...hmmm baru la dia lompat keluar. 

Yang ni pulak kucing jiran sebelah rumah. Dia anti betul kat suami saya. Dah 6 kali dia cakar kusyen tempat duduk motorsikal suami saya. Dah 6 kali juga suami saya kena beli alas kusyen yang baru. Menyumpah dia kat kucing tu. Nampak saja kucing tu lalu dia mesti halau, Jadi kucing tu kenal dia dan balas dendam kat motor dia. Sekarang ni bila bangun pagi tengok penuh tapak kaki kucing kat atas bumbung kereta dia. Bawah kereta dekat enjin pulak penuh bulu kucing. Mungkin malam tu dia tidur kat situ. Itu la jangan marah kucing, dia faham dan maybe akan balas dendam...haha   

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA