PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Isnin, 6 Ogos 2012

AIR SEMBAHYANG



AIR SEMBAHYANG
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". Penjelasan no 1: Banyak bercakap terdedah kpd banyak dosa.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini". Penjelasan nombor 3 : 
Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.


5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.


6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.


7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.


8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi kemasjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat". Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita ditangan Allah.


Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu.


Wallahua’aklam

2 ulasan:

Izwa Kamaruddin berkata...

nice sharing..

Tanpa Nama berkata...

Air Sembahayang atau wuduk adalah hukum yang diketogerikan sebagai qias dan waham iaitu perbuatan yang dilakukan mengandungi maksud didalamnya. Dimana 'air, sungai, laut dan telaga' di dalam ilmu tassauf adalah qias terhadap ilmu.Justeru air sembahayang bermaksud :-

1.Hendaklah berilmu terhadap segala apa yang dihadap, dilihat, dihidu dan diperkatakan.wahamnya membasuh muka, berkumur dan memasukkan air kedalam hidung.
2.Hendaklah berilmu tehadap apa yang diperbuat. Wahamnya membasuh kedua tangan.
3.Hendaklah berilmu terhadap apa yang di fikirkan untuk tindakan. Wahamnya menyapu air keatas kepala.
4. Hendaklah berilamu terhadap apa yang didengar. Wahamnya membasuh kedua telinga.
5. Hendaklah berilmu kemana saja kita bergerak. Wahamnya membasuh kedua kaki.

Ulangan tiga kali setiap pebuatan wuduk adalah dirujuk kepada akidah sebagai:-
1. 'Pengakuan' - tauhid
2. 'Perlaksanaan' - ibadah
3. 'Penghayatan' - tassauf

Jika tidak ada ilmu terhadap perkara-perkara diatas adalah wajib kita mengakui bahawa kita sebagai manusia dijadikan daripada tanah. - wahamnya tayammum.

Menerusi keterangan ini anda dapat mengetahui akan maksud hukum terhadap hadas besar, dan penyusian najis berat.

Keterang-keterangan diatas tidak pernah dibukakan oleh para ulamak sejak melebihi 1400 tahun yang lalu hingga hari ini. malah mereka pun tidak tahu dalam hal ini. wbs.
As-Sodikin, pwdsb@yahoo.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA