PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Isnin, 25 Jun 2012

KESAN DARI KEBAIKAN KITA

 Assalamualaikum dan semoga semua pembaca sihat sejahtera
 
Sahabat Nabi Muhammad s.a.w yg terkenal iaitu Abdullah bin Abbas berkata:
Sesiapa yg melakukan kebaikan,ada kesannnya:
1.Ada cahaya di wajahnya.
2.Hatinya bersih.
3.Rezekinya murah
4.Badannya sihat.
5.Orang sayang kpdnya.
Oleh itu,sentiasalah melakukan kebaikan dan kebajikan di mana juga kita berada.
Salam hormat dari saya.

Ahad, 24 Jun 2012

JOM SOLAT DHUHA

 Dari Abu Zar r.a dari Nabi saw sabdanya:
"Setiap ruas tulang dari seseorang di antara engkau semua itu harus ada sedekahnya pada saban pagi harinya, maka
>setiap sekali tasbih - bacaan Subhanallah - adalah sedekah,
>setiap sekali tahmid - bacaan Alhamdulillah - adalah sedekah,
>setiap sekali tahlil - bacaan La ilaha illallah - adalah sedekah,
>setiap sekali takbir -bacaan Allahu Akbar - adalah sedekah,
>menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah,
>melarang kepada kemungkaran adalah sedekah
>dan yang sedemikian itu dapat dicukupi oleh dua rakaat yang dilakukan oleh seseorang dari Solat Dhuha."
(Riwayat Muslim)

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

dan banyak lagi fadilat dan kelebihan2nya

Jom Solat Dhuha! 
iluvislam

Khamis, 21 Jun 2012

KATA-KATA SEMANGAT

 DENGAR CAKAP IBU BAHAGIA DUNIA AKHIRAT
{Assohwah}
Salam semua, Marilah kita semangatkan diri kita dengan kata-kata semangat di pagi ini.
Jangan katakan kegagalan itu kesilapan. Katakan kegagalan itu adalah pengajaran. Anda tidak akan mengetahui tentang diri sendiri menerusi kejayaan. Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan. Janganlah takut untuk mengakui kesilapan. Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam. Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba. Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan. Marilah kita bersama ikhlaskan hati untuk menjadi orang yang berjaya dan bahagia dunia dan akhirat insyALLAH.
(Prof Dr Muhaya)

DOA SETIAP HARI


 {Assohwah}
Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti
Maka teladanilah adab dan budi pekerti Nabi Muhammad S.A.W.
Amalkan doa setiap hari
"Segala sifat terpuji Nabi Muhammad S.A.W itu kau berikanlah kepadaku / anak-anakku / Keluargaku / Suamiku /isteriku. Segala kecantikkan Nabi Yusof A.S kau berilah kepadaku /anak-anakku/ Keluargaku/ Suamiku/isteriku dan segala kekayaan serta kesenangan Nabi Sulaiman A.S kau berikanlah kepadaku /anak-anakku /Keluargaku /Suamiku/isteriku Ameen...Yarabbal alamin"
(Prof Dr Muhaya)

Selasa, 19 Jun 2012

CERITA ORANG KAWIN

 SYOKNYA KAWIN KAWIN KAWIN
Jom baca cite ni, boleh juga jadi contoh pada adik-adik, anak-anak yang sedang dalam mood nak kawin
Pilihlah nak cara adat atau cara agama
Semuanya di tangan anda, tepuk dada tanya iman.
JANGAN TANYA AIMAN SEBAB AIMAN AKAN JAWAB
"AIMAN TAK KISAH"

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar.

Jadi, mengapa berkahwin?

Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin.

Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain.

Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri.

Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang.

Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin.

Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian.

Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali.

Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K.

Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki?

Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi.

Hantaran, majlis, belum baju, pelamin.

Tapi cuba fikir, perlu tidak?

Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada?

Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan.

Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding?

Fikir2kan lah sendiri...

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama.

Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah.

Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500.

Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar?

Harga lampin pakai buang?

Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting?

Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah.

Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram.

Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu.

Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal.

Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri.

Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda.

Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta.

Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri.

Buat apa menyusahkan suami?

Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda.

Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda.

Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa.

Berkahwinlah!

Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)


Betul tak apa yang dia kata tu?

Perkahwinan hanya sekali sahaja sedangkan kehidupan selepas perkahwinan itu sehingga akhir hayat
(copy fb kwn)

OH WANITA







 
30 PERKARA YANG PERLU DIJAUHI OLEH WANITA

1. Menyambung rambut palsu

2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan (bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama Muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami bernikah lagi

JAHATNYA SYAITAN NI

Dengan muka marah yang teramat sangat mari kita jerit....JAHATNYA SYAITAN NI!...."Ya ALLAH jauhilah aku dari Syaitan yang direjam".
Nabi Muhammad saw ingatkan kita apabila azan akan berkumandang, maka SYAITAN yang TIDUR DALAM HIDUNG kita itu tadi akan bingkas ke bahagian telinga kita dan KENCING DALAM TELINGA supaya kita tidak dpt mendengar azan kemudian syaitan akan MENARIK TENGKOK kita supaya berat rasanya kepala kita utk bangun.

Semua ini disebut dlm hadis sahih Imam Bukhari.

SEBAB REZEKI SUSAH NAK MASUK

 sukarnya mencari rezeki untuk sesuap nasi
Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK :

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh

Nota: Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang, tapi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain...
(FARID KAMIL)

KISAH NASI PUTIH

 
PAKCIK...BOLEH SAYA ORDER SEPINGGAN NASI PUTIH ?

Pada suatu petang, datang seorang pemuda yang berpakaian lusuh yang kelihatannya seperti seorang pengemis berjalan mundar-mandir di depan sebuah gerai makan di kota. Selepas kelihatan tiada lagi pelanggan di gerai tersebut, dengan perasaan yang segan dan malu-malu dia pun masuk ke gerai makan tersebut.

“Pakcik, boleh saya order sepinggan nasi putih ? ” dengan kepala menunduk, pemuda ini berkata kepada pemilik gerai makanan tersebut.

Sepasang suami isteri muda iaitu pemilik gerai makan tersebut hanya memerhatikan sahaja gelagat pemuda tersebut cuma mereka agak pelik kerana pemuda ini hanya memesan nasi putih sahaja. Lalu suami pun menghidangkan sepinggan penuh nasi putih untuknya.

Ketika pemuda ini menerima nasi putihnya dan ingin membayar, dia berkata dengan agak perlahan :
“Pakcik boleh tak letakkan sikit kuah sayur untuk saya?.”

Isteri pemilik restoran itu tersenyum lalu berkata: “Ambil saja apa yang engkau suka nak , tak perlu bayarlah.”

Sebelum habis makan, pemuda ini berkata : “Sedap sungguh kuah sayur nih! ” lalu dia pun memesan lagi sepinggan nasi putih.

“Sepinggan tidak cukup nak, kali ini pakcik berikan lebih banyak lagi nasinya.” dengan tersenyum pemilik gerai makan tersebut berkata kepada pemuda itu.

“Bukan pakcik, saya nak bungkus nasi nih untuk bawa pulang, esok saya nak kerja boleh buat makan.”

Mendengar perkataan pemuda ini, pemilik gerai makan ini pun berpikir tentu pemuda ini daripada keluarga yang miskin. Datang ke bandar semata-mata kerana ingin perkerjaan.

Kesian dengan anak muda ini, lalu pemilik gerai makan ini pun meletakkan daging dan sebiji telur lalu disembunyikan dibawah nasi. Sekiranya dilihat dengan mata kasar hanya akan kelihatan nasi putih sahaja.

Melihat perbuatannya itu, lalu isterinya bertanya ,"Kenapa daging dan telur disembunyikan di bawah nasi, letak saja atas nasi tu..?" Suaminya kemudian membisik kepadanya :

“Jika anak itu lihat kita letak daging dan telur ini, tentu dia akan rasa tersinggung kerana terasa seperti peminta sedekah dan kemungkinan besar selepas ini dia tidak akan datang lagi ke kedai kita. Kesian kat dia, kalau dia pergi ke kedai lain hanya untuk membeli sepinggan nasi putih mana mungkin berkhasiat makanannya itu, kan dia perlukan tenaga untuk bekerja.”

“Abang sungguh baik hati. Dah la tolong orang, pandai pulak ambil hati orang itu.” kata isteri kepada suaminya.

“Kalau abang nih jahat, mesti sayang tak mau jadi isteri abang!” Berjenaka suami kepada isterinya.

Sepasang suami isteri muda ini merasa begitu gembira kerana dapat menolong orang lain.

“Terima kasih pakcik makcik, saya dah sudah makan.” kata pemuda itu.

Ketika pemuda itu mengambil bungkusan nasinya, dia terima kasih sekali lagi kepada pemilik gerai makanan tersebut.

“Esok singgah lagi, engkau harus sentiasa bersemangat.!” kata pemilik restoran sambil melambaikan tangannya dengan harapan pemuda itu akan datang lagi esok.

Terharu pemuda itu apabila mendengar ucapan dari pemilik gerai makanan.

Mulai saat itu setiap hari pemuda itu akan singgah ke kedai tersebut untuk makan, namun pesanannya masih sama seperti biasa hanya memesan sepinggan nasi putih dan membawa pulang sebungkus. Tetapi setiap hari dibawah nasi putih itu akan diletakkan lauk yang berbeza-beza oleh pemilik gerai makanan tersebut.

Selama 20 tahun pemuda ini tidak pernah muncul lagi.

――――――――――――――――――――

Pada suatu hari, ketika suami ini sudah berumur 50 tahun lebih,
telah datang satu notis diperintahkan gerai makanan mereka dirobohkan untuk tujuan pembangunan. Mereka tiba-tiba merasa seperti gelap terus kehidupan mereka. Setiap hari mereka suami isteri akan menangis memikirkan masa depan mereka.

Pada satu hari datang seorang pemuda berpakaian seperti pegawai ke gerai mereka lalu berkata...

“Assalaamu’alaikum pakcik. Saya nih wakil dari bos saya. Dia minta saya jumpa pakcik dan makcik untuk sampaikan hajat dia. Dia minta kalau boleh, pakcik dan makcik berniaga kantin di kilang miliknya. Pakcik dan makcik tak perlu susah-susah untuk sediakan apa-apapun, sebab semuanya telah disediakan lengkap.”

“Erm...Siapa bos kamu nih nak. Seingat pakcik la, pakcik tak kenal dan tak ada pun kawan-kawan pakcik yang kaya...Kenapa baik sangat bos encik nih?” kata pemilik kedai.

“Pakcik dan makcik adalah orang yang banyak membantu bos saya ketika dia susah dulu. Dia kata, dia suka sangat makan telur dan masak daging makcik, yang lain-lain nanti pakcik jumpa dia pakcik makcik tanya sendiri dengan dia.” kata pegawai itu.

Tiba-tiba, pemuda yang selalu memesan sepinggan nasi putih itu muncul. Setelah bersusah payah selama 20 tahun akhirnya pemuda itu telah berjaya didalam perniagaannya dan telah memilik kilangnya sendiri. Pemuda itu merasakan kejayaannya pada hari ini adalah kerana dapat bantuan daripada pakcik dan makcik ini sepanjang kehidupan lampaunya yang susah dulu.

Selesai berbincang, pemuda itu membawa pemilik kedai tersebut untuk pergi melawat tempat perniagaan baru mereka, lalu pemuda ini berkata...

"Bersemangat ya pakcik makcik kerana kantin itu akan bergantung sepenuhnya kepada pakcik dan makcik !"

Moral of the Story..
- Hidup ini kena sentiasa baik dan tolong menolong sesama manusia..tak rugi pun!.."Dont judge a book by its cover"

Renungkanlah Firman ALLAH yang bermaksud, “Berbuat baiklah (kepada hamba ALLAH ) seperti mana ALLAH berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah).” - Surah al-Qasas, ayat 77

Copy dari Rahsia Perkahwinan yang diadapatasikan semula daripada penulisan Nagib Al Jawie.

KASIHANILAH MEREKA

 kasihanilah mereka
bantulah golongan fakir dan yang kebuluran
Nak kongsi sikit untuk renungan bersama...
Ada orang fakir harta dan amalan, ada pula kaya harta dan fakir amalan, ada juga fakir harta kaya amalan dan juga yang kaya harta dan kaya amalan. Dalam kesempatan kita masih bernafas, di mana kedudukan,buatlah pilihan. Tetapi jangan pula kita memilih kaya harta kurang amalan yang ditambah dengan sikap buat kaya atas kefakiran orang lain....jadi sebelum terlambat, kembalilah kita kepada jalan dan kasih sayang Allah swt dan Rasulullah. sepatutnya kita berkongsi kekayaan kita bersama yang fakir. Bukan membuat untung di atas kefakiran orang lain.Amin...

DOAKU HARI INI


Dengan lafaz Bismillahhirrohmanirrohim

Berdoalah pada hari ini...," Ya ALLAH, sekiranya hati ini telah dikotori, sucikanlah. Sekiranya hati ini telah dilukai, sembuhkanlah. Ya ALLAH ceriakanlah air mata yang mengalir dan kesedihan siapapun kepada kebahagiaan yang berpanjangan dan berikanlah kepada hati ini kekuatan untuk membalas setiap kebencian dengan kebaikan dan senyuman. Ya ALLAH Engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."...Amin ya rabbal 'alamin

Rabu, 13 Jun 2012

SESEORANG YANG TERISTIMEWA

SESEORANG YANG TERISTIMEWA
bukanlah dia yang selalu ada di depan mata...
Bukan pula dia yang selalu ada di sisi kita...
Tapi dia yang setia dihati & selalu mengingat kita dalam DOANYA..

Selasa, 12 Jun 2012

TIPS UNTUK SUAMI ISTERI YANG SELALU BERGADUH

 tak baik bergaduh tau!
jangan gaduh2!
[TIP UNTUK SUAMI ISTERI YANG SELALU BERGADUH]

Sepasang suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3 orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai, mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin.

Mereka menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan pembahagian harta sepencarian di antara mereka, perundingan berlangsung lancar dan akhirnya sebagian besar masalah dapat diselesaikan, baik tanah, rumah,
dan semua aset harta mereka dapat dibahagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak.

Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, yaitu mengenai pembahagian anak [jangan lupa anak mereka tiga orang].

Baik si suami maupun si isteri, sama sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mau mengalah, dan anak tidak mungkin dibelah dua seperti pada Zaman Nabi Sulaiman a.s. dulu.

Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasihat bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh.

Sang Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak, yaitu mereka diminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka harus menambah satu orang anak selama satu tahun, bila Tuhan mengizinkan perceraian mereka, Tuhan akan memberikan tambahan satu anak, total menjadi 4 anak, sehingga mudah untuk dibahagi di antara mereka berdua.

Kerana si suami dan si isteri sangat serius untuk bercerai, mereka mengambil keputusan berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnyamereka berhasil.

Setahun kemudian, ketika Sang Imam berjalan jalan, beliau bertemu dengan pasangan suami isteri ini, sedang bergandingan tangan dengan mesra,
sehingga Sang Imam bertanya, :

"Apakah Kalian tidak berhasil menambah anak sehingga kalian batal bercerai?".

Sang Suami lalu menjawab : "Tuhan maha pengasih, Dia memberikan kami
tambahan anak, tapi sekaligus juga memberikan isyarat agar kami saling
memaafkan dan saling mengasihi, kami memutuskan untuk tidak bercerai".

"Bagaimana Tuhan memberikan isyaratNya?", tanya Sang Imam.

"Tuhan memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak,anak kembar !!".

Beberapa hikmah:

1. Menunda tindakan negatif sering bermanfaat, apalagi ketika
seseorang sedang dikuasai emosi. Ada baiknya jika kita sedang marah kita menunda sesuatu yang ingin kita lakukan.. Betapa banyak penghuni penjara yang menyesal: mengapa ketika marah memukuli isteri/anak/dsb sampai tewas....

2. Mampu mengendalikan marah [emosi] adalah kunci kebaikan,sehingga nabi saw menekankan laa taghdhab [jangan marah] kepada sahabatnya.

3. Kisah diatas menunjukkan kasih sayang Allah, tetapi ada yang lebih baik daripada kisah di atas yaitu pasangan suami isteri yang selalu berhasil mereda pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah meninggalkan isteri/suami yang marah untuk sebentar kemudian kembali membawa buah tangan/peralatan baru kesukaannya akan membuatnya tersenyum, meminta maaf dan berfikir betapa baiknya suaminya/isterinya.

4. Pertengkaran itu lumrah rumah tangga. Dengan pertengkaranlah membuat keharmonian semakin terasa nikmat. Orang bijaksana akan menikmati pertengkaran dan masa-masa setelahnya dengan tetap mengendalikan suasana
agar tidak sampai keluar dari sunnah Nabi saw. Karena pertengkaran itu seperti api: sedikitnya bermanfaat tetapi besar dan luasnya membinasakan.
(copy fb kwn)

KISAH TRAGIS

Menyesal kemudian dah tak berguna lagi. Terimalah apa saja pemberian orang pada kita walaupun kita tidak suka, lepas tu kalau nak buang...buang aja tapi jangan bagi orang tu nampak pulak. Tak baik tau!
Kisah kat bawah ni mungkin dah pernah kita baca. Akak pun dah banyak kali terbaca. Tiba2 hari ni rasa nak share kat sini. Baca ajelah ye! tapi akak tak tau pulak sapa penulis sebenar cite ni. Terima kasih aja la pada dia.
Baca ya kalau rajin.... 
girlfriend: awak .. saya nak cincin hubungan kita..

boyfriend :untuk ape ? malas la .. awak ..petang ni kita jumpa tempat biasa ok ..

girlfriend :hurm .. yelah..

boyfriend : awak .. cuba tutup mata awak .. saya nak bagi hadiah ..

girlfrend : hadiah? .. ok ..

boyfriend : ok .. cuba tengok ni .. saya belikan patung beruang untuk awak ..

girlfriend : awak ! saya tak nak patung beruang .. saya nak cincin hubungan kita !

( sambil membaling patung beruang itu di jalan raya ) lelaki itu pun terus berlari dan mendapatkan patung itu balik dan berada dalam gengamannya .. tiba-tiba sebuah bas meluru ke arah lelaki tersebut dan badannya di gilis sehingga lelaki tersebut tidak berdaya untuk bergerak ..

lalu perempuan tersebut menjerit .. dalam keadaan yang bergegas ..perempuan mengambil patung di tangan lelaki tersebut dan tiba- tiba patung itu berkata .. ' you .. see in my pocket.. ' dan terlihatnya satu cincin yang sangat cantik .. dan patung itu terus berkata .. will you marry me ?? ..

di saat itu .. mengalirnya air mata perempuan tersebut .. tetapi sudah terlambat untuk menyesal .. kerana lelaki tersebut sudah pun pergi untuk selama- lamanya .
(copy dr fb kwn)

SIAPA YANG ALLAH SAYANG?

Allah sayang kepada semua orang yang berkasih sayang. Oleh itu berilah dan tunjukkanlah kasih sayang anda. Biarlah miskin harta tetapi jangan kurang kasih sayang. 
Akak sayang pada semua yang membaca blog akak dan semoga kalian semua bahagia selalu di dalam kasih sayang dan keredhaanNya.
Rasulullah S.A.W. telah bersabda
Allah sayang kpd orang yg tawadhuk tetapi Allah LEBIH sayang kpd orang kaya yg tawadhuk.
Allah sayang kpd orang yg pemurah tetapi Allah LEBIH sayang kpd orang miskin yg pemurah.
Allah sayang kpd orang yg bertaubat tetapi Allah LEBIH sayang kpd orang muda yg bertaubat.
Semoga kita semua Allah sayangi, Aamiin.....
 

Jumaat, 8 Jun 2012

3 HAL DALAM HIDUP

 
3 Hal dalam hidup ƴg tak bisa kembali

1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Ada 3 Hal ƴg dapat menghancurkan hidup seseorang :

1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam

Ada 3 Hal yg tak boleh hilang :

1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yg paling berharga :

1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dalam hidup ƴa tak pernah pasti :

1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal ƴg membentuk watak seseorang :

1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal ƴg membuat kita sukses :

1. Tekad
2. Kemauan
3. Fokus

Ada 3 Hal ƴag tak pernah kita tahu :

1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh .

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup ƴg PASTI :

1. Tua
2. Sakit
3. Kematian 
 
Oleh: Jom Islam

SAJAK TERAKHIR

Sajak terakhir seorang ulama yg hebat iaitu Assyahid Syed Qutub yg mengarang Tafsir Fi Zila Lil Quran yg syahid di tali gantung.Hayati pesanan terakhir beliau:
Sahabat.....
Andainya kematianku kau tangisi,
Pusaraku kau siram dengan air matamu,
Maka di atas tulang belulangku yg dah luluh,
Nyalakanlah obor untuk umat ini,
dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan.
Sahabat...
Kematianku hanyalah suatu perjalanan,
Memenuhi panggilan kekasih yg merindu,
Taman-taman indah di syurga Tuhan,
Terhampar menanti,
Burung-burungnya berpesta menyambutku,
Dan berbahagialah hidupku di sana.
Sahabat....
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing,
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi,
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya,
Jangan gentar berkelana ke alam abadi,
Di sana cahaya fajar memancar

Khamis, 7 Jun 2012

TIPS PERKAHWINAN


TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganla
h mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan doa mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA