PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Isnin, 30 April 2012

MESEJ YANG AMAT CANTIK

Fahamilah....
Renungkanlah Sedalam-dalamnya.



Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.


 
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.



Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penungganG motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.


Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..

Dia datangkan petir dan kilat..

kita menangis dan tertanya-tanya,

ke mana hilangnya sinar..

Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas

kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang

lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."


Sahabatku,

Jika hari ini aku terlalu gembira,

Sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah.

Jika ku bersedih tanpa kata,

pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta.

Jika ku lemah,

Sedarkanlah agar aku berubah.

Dan jika esok ku lena tanpa terjaga,

Iringlah lenaku dgn kalungan doa..

Berjanjilah sahabatku,

Ukhwah kita utk selamanya..

(copy fb kwn)

KEPALA HOTAK HANG

Kenapa orang utara especially orang Kedah kalau bergaduh atau marah-marah suka kata Kepala Hotak Hang?

Hah! tengoklah kepala hotak hangpa...hehe kasarkan bunyinya...sori saja akak nak try test. Orang Kedah ni cakap je nampak kalut & kasar semacam tapi hati baik. Sapa orang Kedah angkat tangan...sekapal la kita no....... 


Cuba tengok gambar di atas, imej otak manusia dalam keadaan seperti orang sujud dalam solat.  Betulkan? Subhanallah....


Bentuk otak manusia pun jika diperhatikan dengan teliti akan kelihatan seperti orang yang sedang sujud. Bersesuaian sekali kerana otak berada di dalam tempurung kepala yang digunakan untuk sujud.

Otak berada di bahagian paling atas manusia, tetapi apabila kita sujud, ia berada di tempat paling rendah, menandakan pengabdian kita pada Yang Menciptakan kita. Maka mengapa masih ada manusia yang sombong dan angkuh tidak mahu SUJUD kepada Tuhan yang mencipta kita?

ALLAHUAKBAR! SUBHANALLAH!

Rabu, 18 April 2012

LUPA LA PULAK

Lupa la pulak, hari ni hari Rabu...Hari 'wordless'. Jadi tak nak cakap banyak. Tengok je gambar ni dan fikir sendiri. Selamat beramal.

BUAT SUAMI ISTERI YANG SELALU BERJAUHAN

Biar berjauhan tapi kasih sayang tetap bersatu
(sori ye Farah...curik pic tanpa izin...doa moga terus kekal bahagia hingga akhir hayat...Amin Ya Rabbal Alamin)  

CARA MEMUPUK KASIH SAYANG & KEPERCAYAAN BAGI SUAMI ISTERI YANG TINGGAL BERJAUHAN

A. BERI SOKONGAN

     Ketika bekerja di tempat yang jauh tentulah suami dan isteri akan berasa sedih dan pilu. Untuk berjaya dan bahagia, pasangan suami isteri perlu berkorban. Beri sokongan dan semangat antara satu sama lain demi masa depan keluarga.

B. SALING PERCAYA MEMPERCAYAI

Ini merupakan satu kewajipan yang penting dalam memelihara hubungan jarak jauh.  Percayalah pada diri anda sendiri bahawa anda boleh mengatasi masalah keluarga sendirian dan percayalah bahawa pasangan anda tetap menjaga dirinya. Tanpa kepercayaan yang kuat semuanya boleh hancur. Mungkin ketakutan muncul apabila anda memikirkan pasangan akan berlaku curang di sana. Berfikirlah secara positif bahawa pasangan anda pun mempunyai perasaan yang sama dan kerinduan yang sama. Kalau anda sentiasa berfikiran negatif dan buruk sangka ini akan merugikan diri sendiri dan menjadikan anda tertekan.

C, CARI KESIBUKAN

Pasangan yang berjauhan sudah pasti akan merasa sepi. Untuk mengatasi rasa kesepian ini carilah kesibukan dengan melakukan aktiviti-aktiviti seperti pergi mengikuti kuliah agama atau aktiviti persatuan dan gotong royong.

D. TETAP BERHUBUNG

Meskipun anda berjauhan, anda perlu bijak membahagikan waktu dan masa untuk berkomunikasi dan berhubung seperti telefon, e-mel, sms dsbgnya. Janganlah anda menghubungi pasangan anda terlalu kerap tentu sahaja dia berasa tidak dipercayai. Oleh itu batasilah hubungan anda agar rasa rindu tetap terpelihara dengan baik.

E. LIBATKAN ANAK-ANAK

Agar hubungan tetap terpelihara libatkan anak-anak anda dalam berkomunikasi kerana anak adalah satu faktor pengikat suatu hubungan. Ini juga dapat mengingatkan pasangan anda bahawa dia mempunyai keluarga yang memerlukannya. Misalnya ketika menelefon, beri peluang si anak kecil untuk berbual dan mendengar suara ayahnya.

F. BUAT LAWATAN

Jangan lupa untuk merancang melawat pasangan anda. Tidak semestinya dia yang perlu pulang selalu. Sekali-sekala anda juga perlu melawatnya di sana.

G. SALING DOA MENDOAKAN

Jangan lupa untuk mendoakan pasangan anda selepas solat lima waktu kerana Allah yang menentukan segala-galanya.
(SUMBER : MAJALAH HARMONI)

Selasa, 17 April 2012

KHASIAT BENDI


Bendi yang juga dipanggil kacang lendir ialah sejenis sayuran yang biasa didapati di pasar. Sayur bendi selain enak untuk dimakan secara goreng, juga amat sedap dicampur ke dalam kari ikan. Lebih-lebih lagi kari ikan “tongkol”. Namun begitu tidak ramai yang tahu akan khasiatnya. Sebenarnya biji bendi boleh dijadikan sebagai alternatif kepada kopi. Baik bagi mereka yang ingin mengelakkan kafein dalam kopi. Daunnya juga boleh dimakan sebagai sayur. 

Bendi juga baik untuk fungsi otak. Ia dapat menambahkan daya ingatan serta daya kecergasan otak. Lepas ni, sesiapa yang tidak mahu cepat nyanyuk tu, bolehlah beli sayur bendi banyak-banyak. Bukan untuk orang-orang tua sahaja, malah orang muda pun sekarang dah cepat sangat lupa. Maklumlah, zaman sekarang ni banyak unsur-unsur kimia berbahaya yang terdapat dalam makanan terutama makanan segera.

Kegunaan Bendi: Ambil biji, akar dan bunga dan rebuskan. Air rebusan itu apabila diminum boleh menjadi ubat seperti berikut:
  • Melawaskan pembuangan air kecil
  • Boleh meredakan bengkak dan radang
  • Meringankan masalah susah bersalin (dijadikan selusuh)
  • Mengubati penyakit gonorea
  • Mengubati sifilis
  • Apabila dicampur dengan gula, boleh dijadikan sebagai sirap ubat batuk dan ubat sakit kerongkong.
  • Untuk mengubati bisul dan kudis, boleh gunakan air rebusan itu untuk menyapu pada tempat yang berkenaan. 
  • (Sumber : Wanita Sihat)

DOA BERKASIH SAYANG


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud "Barang siapa yang tidak berdoa kepada Allah, maka Allah murka kepadanya" (HR Tirmidzi)

DOA UNTUK DAPAT JODOH YANG SOLEH & SOLEHAH
- Surah Yusof ayat 4

DOA KASIH SAYANG ANTARA SUAMI & ISTERI
- Surah Ali 'Imran ayat 31

DOA LEMBUTKAN HATI PASANGAN AGAR MUDAH DIBAWA BERBINCANG DAN DAPAT DIJAUHI SENGKETA
- Surah Al-Hasyr ayat 21
- Surah Al-Syura ayat 19

DOA MOHON KESABARAN DALAM MENEMPUH ALAM RUMAHTANGGA
- Surah Ali 'Imran ayat 200

Saya Blogger Pilihan Chegu Zubir

 
Jom semua rakan blogger yang baru hidup dalam dunia blog macam akak

Jika rakan blogger nak mempromosikan blog,
nak mencari rakan blog
Nak follow tapi tak tahu blog mana nak follow


Jom semua sertai segmen terbaru
SEGMEN BLOGGER PILIHAN CHEGU ZUBIR
 
Segmen ni amat mudah

1) hanya buat entry tajuk : Saya Blogger Pilihan Chegu Zubir
2) letak header khas Blogger Pilihan Chegu Zubir
3) letak url anda
4) jangan lupa letak url entry anda pada ruangan komen.
segmen TAMAT pada hari JUMAAT jam 12 tengah malam bersamaan 20 April 2012
5)semua yang join akan diberi penghargaan spesial Bestkan!
 
JOM RAMAI-RAMAI KITA JOIN SEGMEN CHEGU ZUBIR

"SEGMEN NASZ : B-L-O-G-W-A-L-K-I-N-G"


Jom kawan-kawan blogger join segmen Nasz.  

Segmen ni tutup pada malam ni juga (17hb April 2012) jam 11.00 malam. Cepat....cepat....cite je kenapa kita suka blogwalking, senangkan?

Nak tahu tak kenapa akak suka blogwalking?

Akak rasa semua orang suka blogwalking cuma masa je tak de, kalau la banyak masa, tentu ramai yang mengadap komputer/laptop siang malam blogwalking.
Akak memang dari dulu suka sangat baca blog orang, tambah-tambah blog yang banyak info.
Salah satu blog yang akak selalu masuk blog tuan punya segmen ni la....Si Nasz. Dah lama akak follow dia tapi akak jarang komen...baca je apa yang dia tulis.
Bila rajin blogwalking banyak la maklumat kita dapat.
Yang akak perasan ialah akak banyak tahu maklumat, berita, gossip terkini dan macam-macam lagi, apa je rakan-rakan pejabat akak bercerita, tapi akak dah tahu dulu dari blog. Betul tak betul itu belakang kira, yang penting akak dah tahu dulu berita tu hasil dari blogwalking. Bestkan!
Banyak berjalan luas pandangan, banyak blogwalking banyak la pengetahuan. Betul tak?
Marilah kita sama-sama blogwalking dan follow U follow Me...hehe jom...jom...jangan malas-malas 

Ahad, 15 April 2012

DOSA GUGUR APABILA BERSALAMAN


RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya. "
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredaan Allah melalui keredaan suami.

IKTIBAR DARI GEMPA BUMI

Bismillahirrahmaanirrahiim.
 
Kalau kita mengamati terjadinya bencana ataupun gempa yang  terjadi di Sumatera, sudah seharusnya kita menjadikannya sebuah iktibar dan muhasabah diri terhadap keadaan yang terjadi pada sekitar kita.
 
Mari kita amati dan fikirkan, Gempa pada tahun sebelum ini
 
1. Gempa Tasikmalaya  :        Pukul  15.04
2. Gempa Padang         :        Pukul  17.16
3. Gempa Susulan Padang :  Pukul  17.58
4. Gempa Jambi                  :  Pukul   8.52
 
 
Cuba lihat di dalam Al Qur’an, Surah dan ayat sesuai dengan saat-saat terjadinya gempa.
 
 
1. Gempa Tasikmalaya
Jam 15.04
Surat Al Hijr (Surah-15) ayat 04
4.   dan Kami tiada membinasakan sesuatu negeripun, melainkan ada baginya ketentuan masa yang telah ditetapkan .
 
 
2. Gempa Padang
Jam 17.16
Surat Al Israa’ (Surah-17) ayat 16
16. dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, Maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, Maka sudah sepantasnya Berlaku terhadapnya Perkataan (ketentuan kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya .
 
 
3. Gempa Susulan Padang
Jam 17.58
Surat Al Israa’ (Surah-17) ayat 58
58. tak ada suatu negeripun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuzh).
 
 
4. Gempa Jambi
Jam 8.52
Surat Al Anfaal (Surah -8) ayat 52
52. (keadaan mereka) serupa dengan Keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. mereka mengingkari ayat-ayat Allah, Maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha kuat lagi Amat keras siksaan-Nya.
 
 
“MASIHKAH KITA DURHAKA KEPADA ALLAH, dan TIDAK MENTAATINYA?
Semoga Hidayah dan Taufik Allah senantiasa bersama orang-orang yang beriman!
Amin.
Wallahhua'lam
(copy dari emel yang diterima)

KHUTBAH NABI MENGENAI DAJJAL

Khutbah Nabi Mengenai Dajjal

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal.... Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir.... Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin.. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan..... Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas.... Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:
"Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya.
Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu-bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."

JIKA SEMBAHYANG DI AKHIR WAKTU



Renungan Kita Bersama ...

Sembahyang Akhir Waktu

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita ye

Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya. Tapi jika bersembahyang  
ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya
Kisahnya....-.
Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita  pada Ilahi. Untuk sampaikan amalan kita dia melalui tol-tol di
setiap  lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga. Jika sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol tiada. Tiada "jem".
Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah untuk dinilaikan.
Tapi jika sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya
MasyaAllah..-.  

Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan amalan kita. Merayu-rayu malaikat posmen kita minta diberi laluan tetapi  penjaga langit pertama tidak heran. Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka jatuh berderai, dikutip semula oleh malaikat posmen kita. Satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk kelapisan langit  ke-dua.

Dilangit kedua, samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat hantar  amalan. Merayu lagi kawan kita tetapi tak dipedulikannya lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi, dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan  kita pada Tuhan.


Dilangit ketiga, La, kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa  lewat  hantar
amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita.  Jatuh berderai amalan kita. Tak ade nilai dan tiada lagi dikutip dan  dirayu lagi. Maka tak sampailah amalan kita kepada Allah. Seolah-olah kita tak sembahyang juga. Maka bersedialah kita menerima pembalasannya.
Tak didunia, diakhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian bertimpa-timpa.

Issh. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi tak sampai. Dahlah tu  takde nilai, kena azab lagi nanti.

Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka sembahyang di awal waktu.  Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan; biarlah kami gawat di dunia agar kami tidak gawat lagi dihari akhirat kelak.
Amin. 
WALLAHUA'LAM.

APA NAK JADI


Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.

>Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.

>Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.

>Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.

>Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.

>Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.

>Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.

>Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

>Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

>TETAPI AWAS,

>Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan

>naik bertingkat-tingkat.

>Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.

>Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
>
>KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

>Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi

>ulat.

>Apabila manusia dah jadi ulat,sembahyang makin hari makin liat.

>Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
>
>Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.

>Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.

>Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak

>gamat.

>Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.

>Semua nak tunjuk kuat.
>
>Bila berjudi, percaya unsur kurafat.

>Tapi hidup pula yang melarat.

>Tali kasut dah tak berikat.

>Rambut pun jarang sikat.

>Yang perempuan,

>Pakai mini sekerat.

>Suka pakai baju ketat... (apa dapat...)

>Suka sangat menunjukkan pusat.

>Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
>
>Pakai pulak yang singkat-singkat.

>Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

>Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

>Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.

>Duduk jauh berkirim surat.

>Bila berjumpa, tangan berjabat.

>Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.

>Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

>Usah peduli agama dan adat.

>Usah takut Allah dan malaikat.

>Yang penting apa kita nak buat?

>Kita 'bukti' lah kita buat.

>Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.

>Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah

>pula anak-anak yang tak cukup sifat.

>Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata

>tempat.

>MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.

>Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.

>Habis manusia telah tersesat.

>Inilah dia fenomena masyarakat.

>Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,

>Marilah kita pakat mengingat,

>Bahawa dunia hari ini makin singkat,
>
>Esok atau lusa mungkin kiamat,

>Sampai masa kita semua akan berangkat! .

>Berangkat menuju ke negeri akhirat.

>Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.

>Masa tu, sendiri mau ingat.

>Umur mu banyak mana , berapa banyak kamu buat ibadat...?

>Zaman muda mu, apa yang telah kamu buat...?

>Harta benda anda, dari mana anda dapat...?

>Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

>Sebagai sesama insan sama2lah ingat mengingati sesama insan!!!

>Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera

>meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa).

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA

Dosa yang lebih besar dari berzina

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencengkam.

Kerudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah merobek hidupnya.


Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam.

Maka terdengarlah ucapan dari dalam,
"Silakan masuk"

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata,
"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik..

"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun berkata, "Saya... telah berzina".

Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya cekik lehernya sampai mati," ucap wanita itu seraya menangis semahu-mahunya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati hancur luluh segera bangkit dan melangkah perlahan-lahan keluar dari dalam rumah Nabi Musa.

Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"

Nabi Musa terperanjat.
"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?"
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

"! Ada!" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.


Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

  ♥sharing is caring ♥

Rabu, 11 April 2012

BERSYUKURLAH


Seterik-terik matahari, penyelesaiannya hanya satu tempat berteduh.

Sehaus-haus tekak waktu tengahari, penyelesaiannya hanya secawan air bersih.

Selapar-lapar perut, penyelesaiannya hanya sekeping roti panas.

Sebimbang-bimbang manusia sehingga tidak dpt tidur, penyelesaiannya hanya mencari ketenangan drpd Allah.

Sesakit manusia, kesakitannya akan dilupai apabila sihat semula.

Yang diperlukan hanya sentiasa mengingati Allah, berdoa padanya dan kesabaran, peringatan bahawa semuanya hanyalah sebahagian ujian-Nya.

Segala yg susah, selepas diharungi, akan terasa nikmat kelegaan, nikmat perasaan bhw Allah sentiasa di sisi dan pencerahan.

Quran 19:40
Sesungguhnya Kamilah yang mewarisi bumi dan segala makhluk yang ada di atasnya; dan kepada Kamilah mereka akan dikembalikan. 
(Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man)

Selasa, 10 April 2012

KEBERKATAN REZEKI KERANA SEDEKAH


Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi  Ayub ketika  sedang mandi
tiba-tiba  Allah   datangkan  seekor  belalang  emas  dan  hinggap  di
lengannya.  Baginda  menepis-nepis  dengan bajunya.  Lantas  Allah
berfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab 'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.

1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.

2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.

3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal

4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan
sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.

5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.

6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.

7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib
(zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.

8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92

9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)

10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui
jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.

11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.

Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru
'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)'

Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan
akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan
digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.

Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui. 
(Imam Muda Hilal) 

7 KALIMAH


Tujuh kalimah yg harus dibiasakan disebut:

1.Bismillahirrahmanirrahiim~
Setiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulillah~
Setiap habis melakukan sesuatu.

3.Astaghfirullah~
jika melakukan sesuatu yg buruk.

4.Insya Allah~
jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.

5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah~
bila tidak mampu melakukan sesuatu yang agak berat/melihat perkara yang buruk.

6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun~
jika melihat/menghadapi musibah.

7.Lailaha illallah~
bacalah siang & malam sebanyak2nya.

KIAMAT MENURUT AGAMA ISLAM


Kiamat menurut Agama Islam

- Kemunculan Imam Mahdi

- Kemunculan Dajjal

- Turunnya Nabi Isa (AS)

- Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj

- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur

- Pintu pengampunan akan ditutup

- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya

- Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya

- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,

- Pemusnahan Kabah,

- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,

- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh

- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak."

TOMCAT YANG BAHAYA

Serangga TOMCAT


Nama Am: Kumbang Rove

Nama Saintifik : Staphylinidae (Insecta: Coleoptera: Staphylinidae)

Nama Setempat: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll

Spesies: Ädâ sekitar 47 000 Spesies

Habitat: Sawah padi dan padang sekolah.


Cairan hemolimfe yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandung toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenal sebagai 'Pederin' (C24 H43 O9 N) ditemui pada tahun 1953.


Racun ini 12 kali lebih kuat daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih tetap beracun.


Nasihat kepada yang dijangkiti:

Kurangi penggunaan cahaya lampu pada waktu malam, kerana kumbang rove amat tertarik kepada cahaya. Gunakan aerosol anti serangga, perangkap berpelekat atau kelambu nyamuk yang halus.


Hindari duduk dekat cahaya dan jika dihinggapi kumbang rove, jangan ditepuk, sebaiknya hembus/tiup supaya menghindar. Jika bersentuhan dengan kumbang rove, cepat-cepatlah basuh pada bahagian yang terkena kumbang rove dengan sabun dan air.


Serangga ini macam kala jengking tapi kecil panjang warna merah belang hitam.. Kalau digigit jadinya mcm herpes merah dan tengahnya bernanah diameter 2cm dan terus membesar bila tidak di ubati


Waspada terhadap wabak
Serangga TOMCAT
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA