PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Selasa, 31 Januari 2012

DI AWAL DAN DI AKHIR USIA


► Ketika di AWAL & AKHIR usia kita.

1- Ketika kamu dilahirkan, kamu di azan tanpa Solat,
Ketika kamu meninggal, kamu di solatkan tanpa azan.

2- Ketika kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapa yang mengeluarkan kamu,
Ketika kamu mati kamu tidak tahu siapa yang akan mengusung kamu.

3- Ketika kamu dilahirkan, kamu dibersih dan dimandikan,
Ketika kamu mati, kamu dimandikan dan dibersihkan serta disolatkan.

4- Ketika kamu dilahirkan, kedua ibu bapa dan keluarga kamu bergembira,
Ketika kamu mati, kedua ibu bapa dan keluarga kamu menangis ke atas kamu.

5- Adam dan keturunannya dijadikan daripada tanah,
Maha Suci Allah yang menjadikan kamu telah memasukkan kamu ke dalam TANAH setelah mati

6-Ketika dalam perut ibu, kamu berada dalam kegelapan dan kesempitan,
Ketika kamu mati, kamu juga berada dalam kegelapan dan kesempitan.

7-Ketika kamu dilahirkan, kamu dibaluti kain supaya melindungi tubuhmu,
Ketika kamu mati, kamu juga dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuhmu.

8-Ketika kamu dilahirkan dan setelah dewasa, kamu diperhati dan melakukan kemahiran,
Ketika kamu mati, Kamu tidak akan ditanya melainkan amalan soleh… Apakah bekalan kamu yang telah kamu sediakan…..?

UNTUNGNYA ADA RAHIM

 
6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

1.) Dia bekerja dengan Allah.....jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak di didik dia akan tanggung di tambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

Sabtu, 28 Januari 2012

TANDA NAK MATI

 
Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

• Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

• Tanda 7 hari.

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

• Tanda 3 hari.

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

• Tanda 1 hari.

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

• Tanda akhir.

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Wallahua’lam..

Jumaat, 27 Januari 2012

DUHAI HATI

 Lapan pintu hati yang dimasuki Iblis:

1- Hati yang putus asa dan kecewa dari Rahmat Allah SWT.
2- Hati yang memandang pada dosa-dosa kecil.
3-Hati yang panjang angan-angan dan suka pada pujian.  4-Hati yang bodoh tetapi tidak menyedari akan kebodohannya.
5- Hati yang memandang rendah terhadap orang lain.
6- Hati yang merasa gembira apabila mendapat ujian Allah SWT.
7- Hati yang bersifat marah kerana marah adalah sifat bara api neraka.
8- Hati yang Ujub, Sombong, Riak dan Buruk Sangka pada orang lain.

(Kitab Hindari Tipu Daya Syaitan. M/S : 18.)

Lestarilah duhai hati,
Sehingga bila tiba lagi ujian dariNya,
Kau mampu senyum dan TENANG

CERITA SENYUM

Apabila saya senyum, saya ingin orang lain turut tersenyum bersama saya




Di pagi Jumaat yang berkat ni kita bercerita tentang senyum dulu... moga hari ini semua blogger dan pembaca sentiasa tersenyum seindah suria pagi.
Senyuman itu adalah hadiah yang bererti jika ia ikhlas.
Senyuman itu adalah sedekah.
Senyuman yang manis adalah tanda kekayaan hati dan jiwa yang tidak dapat dibeli dengan kekayaan harta
Sekuntum senyuman sudah cukup untuk menceriakan hari yang suram
Dan saya akan terus tersenyum walaupun tiada siapa yang baca atau komen entry ni...peace............

Rabu, 25 Januari 2012

#WORDLESS WEDNESDAY: TERUKNYA MEMASAK

SUAMI APA TAU...TAU MAKAN JE! LIHATLAH TERUKNYA ISTERI MEMASAK...HAHAHA...

SEGALA SESUATU ITU ADA PENYAKITNYA

 Jadikanlah Al-Quran dan Sunnah sebagai ikutan
 
Kepada semua blogger dan pembaca sekelian. Adalah diharapkan kita semua dijauhi dari penyakit-penyakit ini sepertimana Sabda Rasulullah S.A.W. segala sesuatu itu ada penyakitnya...
Penyakit bicara adalah bohong
Penyakit ilmu adalah lupa
Penyakit ibadah adalah riak
Penyakit budi pekerti adalah memuji diri
Penyakit berani adalah agresif
Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian
Penyakit cantik adalah sombong
Penyakit bangsawan adalah bangga
Penyakit malu adalah lemah
Penyakit mulia adalah menonjolkan diri
Penyakit kaya adalah kikir
Penyakit tamak adalah hawa nafsu
(Wasiat Rasulullah S.A.W. kepada Saidina Ali bin Abi Talib)

Isnin, 23 Januari 2012

KEBERSIHAN DAN KESUCIAN DALAM ISLAM

  Dari Aisyah RA, katanya: Rasul s.a.w bersabda:

"Sepuluh perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama, iaitu: 
1. Menggunting misai, 
2.Membiarkan janggut (tumbuh panjang serta mengemaskannya), 
3. Bersugi (membersihkan gigi), 
4. Menyedut air - membersihkan hidung, 
5. Memotong kuku, 
6. Membasuh buku-buku jari, 
7.Mencabut bulu ketiak, 
8. Mencukur bulu ari-ari, 
9. Beristinjak,

10. Berkumur-kumur.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Sabtu, 21 Januari 2012

DOA UNTUK ANAK-ANAK

Doa untuk anak2... sebutlah nama mereka apabila berdoa.... "YA ALLAH... Aku serahkan anak-anakku MUHD AMIRUL AZIM, MUHAMMAD AMIRUL ALIFF, MUHAMMAD  LUQMAN DAN AINA ADRIANA di bawah perlindungan kalimat ALLAH SWT yang sempurna dari gangguan syaitan, mara bahaya dan dari pandangan yang penuh kedengkian. Ya Allah berkatilah anak-anakku, janganlah Engkau celakakan mereka, kurniakanlah aku ketaatan mereka, jadikanlah mereka buah hati Nabi Muhammad SAW dan kedua orang tua mereka. Ya Allah akhirilah semua urusan mereka dengan keberhasilan yang baik dan selamatkanlah mereka dari kehinaan dunia dan akhirat" "Amin Ya Rabbal alamin"...

Selasa, 17 Januari 2012

NAK KURUS NAK DIET

 
Nak diet???....makanlah strawberry. Warna merah pada buah ini adalah disebabkan pigmen warna antosianin dan anti oksidan yang tinggi di dalamnya. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin c, folat, potasium dan asid 'ellagic'. Kandungan glukosa yang tidak terlalu tinggi di dalam strawberry menjadikannya buah yang sesuai diamalkan penghidap diabetes.
p/s: esok akak akan ke Cameron Highland...best!!! nak beli strawberry banyak-banyak. Sapa nak???
Nak kurus???...makanlah ikan. Ikan kaya dengan omega 3 amat berkesan untuk menurunkan berat badan. Contoh ikan yang kaya dengan omega 3 ialah salmon, sardin, kod dan tuna. Ia dapat melawan serangan penyakit jantung dan mengawal paras kolesterol dalam tubuh seseorang. 
(Majalah rapi)
 

MAKSUD HADIAH LELAKI KEPADA WANITA

 ✔ JAM TANGAN → Tanda mengingati setiap masa dan waktu,
✔ CINCIN → Tanda ikatan kasih yang abadi,
✔ GELANG → Tanda mesra,
✔ RANTAI LEHER → Ikatan cinta yang perlu perhatian,
✔ SUBANG → Tanda penghargaan dan penghormatan,
✔ KASUT → Sentiasa mengambil berat/prihatin,
✔ PAKAIAN/KAIN → Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu,
✔ PAYUNG → Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi,
✔ MINYAK WANGI → Tanda cinta,
✔ BINGKAI GAMBAR → Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan,
✔ BUKU → Bersifat terbuka dan bertolak ansur,
✔ BUNGA → Tanda perkenalan dan tanda sayang,
✔ COKLAT → Semanis cintamu,
✔ LAGU/CD/KAD UCAPAN → Mengabadikan cinta dan kenangan,
✔ SEJADAH DAN AL-QURAN → Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat,
✔ HANDPHONE → Tandanya kau jangan lari dari ku!! Aku akan mencari mu walau di manapun (melainkan kalau handphone itu ditutup),

Tetapi hadiah yang paling dinanti-nantikan oleh setiap perempuan adalah............

♥ ♥ MASUK MEMINANG dan NIKAHI dia → Tandanya dia serius dan betul-betul ikhlas mencintai kamu.

WUDUK ZAHIR DAN BATIN


Pagi ni akak nak cite sikit pasal wuduk dan solat yang seharusnya kita jadikan panduan dan ikutan dalam menjalankan amal ibadat kita sehari-hari. Akak ada terbaca tentang ni dalam nota seorang kawan. Jadi tak ada salahnya kita kongsi bersama dan jadikan diri kita lebih baik dari semalam.

(HARI INI BUKAN SEMALAM DAN ESOK TIDAK SEPERTI HARI INI KERANA HIDUP PERLU BERUBAH)

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim. Beliau bertanya Hatim "Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?”
Hatim berkata, “Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air”.
Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riak)
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki.
Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1. Aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”
“Di samping itu setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Oleh itu kawan-kawan, adik, kakak, abang marilah kita cuba memperbaiki ibadah kita terutama solat. InsyaAllah jika kita ikhlas dan niat solat kerana Allah, kita akan hidup bahagia di dunia & akhirat. 

Isnin, 16 Januari 2012

BELAJARLAH

 
✐Belajarlah BERSYUKUR walaupun KEKURANGAN .
✐ Belajarlah IKHLAS walaupun TAK RELA .
✐ Belajarlah TAAT walaupun BERAT .
✐ Belajarlah MEMAHAMI walaupun TAK SEHATI .
✐ Belajarlah SETIA walaupun BANYAK GODAAN .
✐ Belajarlah MEMBERI walaupun TAK SEBERAPA .
✐ Belajarlah MENGASIHI walaupun kau DISAKITI .
✐ Belajarlah TENANG walaupun kau sedang GELISAH .
✐ Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH .

Percayalah bahawa ALLAH SWT sentiasa bersamamu ♥♥♥

Ahad, 15 Januari 2012

REZEKI RAHSIA ALLAH

 
REZEKI adalah rahsia Allah. sebab itulah:-
-kalau bukan rezeki, dalam mulut pun boleh keluar balik
-kalau dah rezeki, org aniaya macam mana pun, tetap dapat...
-tak berusaha pun ada yang dapat habuan
-berusaha keras belum tentu dapat apa yg diinginkan
NAMUN, perkara paling penting ialah-
syukur selalu kerana rezeki Allah amat luas cuma kita saja yg sempitkan dengan buruk sangka, dengki & khianat....

Jumaat, 13 Januari 2012

AYAT JIWANG

 Jiwang....ayat orang muda tapi salahkah orang tua berjiwang untuk mengubat jiwa yang lara
Jika matamu berat memandangku...ringankanlah kakimu pergi dariku....
Jika bibirmu terpaksa senyum padaku...relakanlah wajahmu berpaling dariku..
Jika susah untuk kau melupakan kesilapan ku...senangkanlah lidahmu untuk menghina ku....
Tapi seandainya suatu hari nanti...telingamu mendengar berita kematianku.... Ikhlaskan bibirmu untuk bisikan padaku yang engkau telah maafkan aku...
Moga kalimah terakhirmu itu... Menjadi pelita dikubur gelapku dan menjadi bantal serta lena panjangku.

Khamis, 12 Januari 2012

KESAN MINUM AIS

 Ais sejuk di luar tapi panas di dalam badan
(kata nenek)
Hebahkan kepada kenalan anda dan orang yang anda sayangi

Kesan Minum AIS

Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.    

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!. 
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah 
akan mendapat faedah dari amalan ini. 

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca.   Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. 
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak 
yang baru kita makan.  Ia akan memperlahankan penghadaman kita.   
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan  menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan   menuju  ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. 
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.    

Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!! 

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.   
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.   
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada 
serangan pertama  serangan jantung.   
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa.  Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.   
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..   
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup... 
PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat maklumat ini dan memberitahu kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa. 


**Jadilah teman yang setia dan terus maklumkan perkara ini kepada teman-teman yang anda sayangi.....!!!!

Rabu, 11 Januari 2012

CERPEN BAIK PUNYA

 
Aku ingin berhenti di platform tak bernombor dalam hatimu
(gambar sekadar hiasan, tiada kena mengena dengan cerpen di bawah)

Sudah beratus SMS yang telah kuhantar kepadamu atau mungkin beribu, tapi kau masih tetap juga membisu. Dan sudah beratus juga SMS itu kusimpan dalam buku catatan kerana aku bercita-cita untuk menjadikannya sebahagian daripada kenangan cinta, bolehlah nanti ketika berbulan madu kita mengenang semula bagaimana manisnya saat aku melamarmu. Setiap SMS yang kukirim, aku tidak mahu berbohong – aku sangat ternanti-nanti balasan darimu. Tapi sayangnya kau terlalu sibuk, terlalu sibuk! Perlu kuingatkan di sini, kepada diriku sendiri dan untuk dirimu lebih-lebih lagi – janganlah terlalu mahal menjual diri sampai tak mampu dibeli nanti.

Ramadan tahun sudah, telah tujuh kali istikharahku minta petunjuk dari-Nya, adakah benar kau yang dipilih Dia untuk hidupku yang sementara di dunia dan hidup yang lama di akhirat sana. Setelah istikharah yang kulakukan setiap selepas maghrib selama tujuh malam berturut-turut di bulan ramadan itu, kecenderungan hatiku masih juga kepadamu – masih juga kepadamu. Mana mungkin Tuhanku itu menipu. Aku sebenarnya masih menanti kebenaran dari Tuhan setelah keputusan istikharahku tetap juga kau seorang. Kebenaran, bahawa – hatimu akan tetap terbuka juga untukku.

Aku sedar, keputusanku untuk menunggu cintamu adalah keputusan yang paling berisiko tinggi yang pernah kubuat dalam hidupku ini. Yang mahu kujolok adalah bulan di langit, bukan rimbunan rambutan atau setandan kelapa. Mana mungkin aku akan berhasil mendapatkannya? Tapi aku yang tetap berkeras kepala mahu menjoloknya juga, maka sekarang inilah akibatnya – hatiku juga yang akhirnya teruk terluka.

Teringat prinsip kentalmu yang masih juga seperti dulu dan sayangku pun sebenarnya makin bertambah kerana itu – kau tidak pernah berkata mahu jika kuajak berdua ke kedai makan walaupun di sekeliling kita dipenuhi orang, kau lebih selesa berbual di kaki lima bangunan dekat orang lalu-lalang kerana kau terlalu takut timbul fitnah yang bermacam-macam. Syabas!, atas kekentalan prinsipmu sebagai seorang perempuan dan kerana keteguhan iman sebagai seorang Islam.

Izinkanlah aku berhenti di platform tak bernombor dalam hatimu. Izinkanlah aku terus berdiam lama di platform tak bernombor dalam hatimu itu. Aku tahu, sesiapa saja mahu berhenti di situ kerana ianya tidak bernombor dan juga tidak berpintu. Platform yang tak bernombor dalam hatimu itu terlalu manis dan indah bagiku. Aku sebenarnya sangat bahagia jika diizinkan menghuni di situ sampailah ke akhir hayatku. Dan yang telah sekian lama kutunggu hanyalah keizinanmu.

Aku sebenarnya sedang berusaha mengumpul wang untuk pernikahan kita – menjual buku, menulis untuk pelbagai majalah dan surat khabar, mengusahakan tanaman tembikai dan mengambil tempahan menyiapkan sajak serta teks muhasabah diri atas permintaan kawan-kawan. Menjadi pengacara majlis, mendeklamasikan sajak, mengajar anak-anak tentang seni dan sastera, berceramah dan membentangkan kertas kerja. Dan aku dibayar untuk semua itu. Ini semua kulakukan untuk mengumpulkan wang buat perkahwinan kita yang entah bila, yang entah jadi entahkan tidak sebenarnya – buat membahagiakan dirimu seadanya. Segala macam kerja yang mampu kubuat dengan kederat kerdilku ini, kulakukan. Segala yang boleh memberikan wang kulakukan berbekalkan sedikit kepandaian yang dianugerahkan Tuhan.

Aku bercita-cita mahu membelimu dengan mas kahwin tujuh ribu, walaupun barangkali ramai yang akan beranggapan aku mungkin tidak mampu. Tentu ramai yang bakal berkata, seorang penulis sepenuh masa sepertiku mana mungkin menyediakan wang hantaran untukmu sebanyak itu. Sejak dulu aku memang tidak pernah percaya dengan kata-kata manusia. Kerana yang aku percaya tetap juga seperkara, bahawa setiap rezeki kita makhluk yang bernyawa adalah di tangan-Nya. Dan Dia jugalah yang menetapkan rezeki hamba-Nya. Yang paling utama, kita mesti berusaha – pasti akan diberi-Nya. Nanti, sesudah berumah tangga kita akan menyewa di mana-mana dan aku boleh terus melakukan kerjaku tanpa diganggu – menulis dan membaca buku. Dan kau buatlah kerjamu itu seperti selalu.

Aku mengaku, aku tidak terdaya untuk menjadi seperti Imam al-Nawawi yang membujang sampai ke mati – hidup seorang diri tanpa isteri, hanya duduk menulis dan mengkaji. Aku memerlukan seorang isteri di sisi untuk menguatkan semangat diri bagi meneruskan perjuangan yang sukar ini. Aku telah kehilangan Salmi Rozie, aku telah kehilangan Siti Wan Mariani dan aku tidak mahu, aku juga bakal kehilanganmu nanti – yang tinggal kini hanyalah sebatang tubuh diriku sendiri. Dan yang ada sekarang, memang benar-benar dirimu seorang. Aku sangat takut sebenarnya, terlalu takut bahawa aku juga akan kehilanganmu kerana kini tiada lagi sunti yang akan mengubat sunyi dalam hati ini. Kalaulah kau juga gagal kujadikan isteri, entah siapalah yang akan mengisi kekosongan hidupku ini. Siapalah yang akan mengubat kerinduan hatiku ini. Sebagai lelaki aku sebenarnya sudah terlalu letih mencari. Aku sudah terlalu sengsara mengharapkan cinta manusia. Aku sebetulnya sudah berkali-kali kecewa.

Aku membaca buku Irfan Khairi, Nota Jutawan Nota Motivasi hampir setiap hari dan sangat meminati rancangan Bijak Wang di TV3. Menjejaki Jutawan Senyap oleh Chef Li juga sudah kubaca iaitu ketika aku masih di kampus lagi. Aku juga berkali-kali membaca Pelita Jutawan oleh Azizi Ali. Selain Nota Jutawan Nota Motivasi yang sangat menginspirasi, buku Ke Mana Wang Anda? hasil tulisan Hajah Rohani Datuk Haji Mohd Shahir juga menjadi buku yang berkali-kali kutekuni akhir-akhir ini dan terlalu banyak yang dapat aku pelajari daripada buku yang begitu bagus ini. Aku belajar tentang ilmu pengurusan kewangan, tentang bagaimana mengawal pendapatan – ilmu yang tidak diajarkan di sekolah atau di pusat pengajian tinggi dalam negara ini. Aku memperhalusi semua ini demi untuk memperkukuh ekonomi peribadi buat melamarmu nanti.

Aku membaca semua jenis buku, di MPH Mid Valley atau di PDM DBP Kota Bharu. Sampaikan komik Mat Som karya Lat pun kubaca dan aku sempat menghabiskannya tatkala lebih sejam tersengguk terhangguk di MPH, Mid Valley itu. Tauqul Hamamah oleh Imam Ibn Hazm al-Andalusi juga sedang kutekuni buat mengubat hati yang sudah entah berapa kali dikecewakan sunti. Aku sebetulnya mengembara seorang diri dan janganlah kau khuatiri – aku, laki-laki.
Apalah nasib diriku ini, terlalu sukar mencari hatta seorang sunti untuk dibuat isteri. Sudah bertahun-tahun sebenarnya aku tidak pernah putus-putus bertanya diri sendiri, siapakah yang akan Tuhan beri buat diriku ini untuk dijadikan isteri? Dan sudah bertahun-tahun juga sebenarnya aku mencari. Aku memang tidak pernah berhenti mencari, dari teduhan kampus di universiti hinggalah ke saat ini. Malah, ketika masih di bangku sekolah lagi. Dan kini, cintamu seorang sajalah yang kunanti walaupun kau sebenarnya sudah memberi kata putus bahawa hatimu masih juga tertutup untuk lelaki.

Bila sudah tiba masanya hatimu terbuka dan kau masih belum punya sesiapa, maka carilah aku di Pantai Tanjung Nipah ini, di atas buaian – dekat Masjid Tanjung Nipah. Tolong datang seorang diri. Aku memang masih setia menunggumu seperti selalu di pantai yang penuh kenangan ini. Tidak kisahlah hatimu terbuka dua atau tiga tahun lagi pun, aku masih tetap juga di sini – seorang diri bermain buaian di Pantai Tanjung Nipah ini. Aku ke mari dengan motosikal cabukku, bersama ibu atau kadang-kadang seorang diri – ke pantai yang sunyi dan sepi ini. Aku bahagia di sini – melihat deburan ombak, memerhati pantai yang memanjang yang penghujungnya entah di mana, mendengar deru angin dan kicau burung, melihat anak-anak bermain pasir, merenung kelibat nelayan yang menahan ikan atau udang serta melihat laut luas yang tak berpenghujung. Aku juga tidak pernah lupa mencari-cari kelibat si kecil Siti yang sangat berani – dia mahu mandi dan bermain ombak seperti orang dewasa. Dia hanya mahu berlari ke tengah laut tanpa mengira dirinya adalah seorang anak yang baru beberapa tahun cuma. Aku akan asyik pula mendengar neneknya bercerita tentang kenakalan cucunya yang bernama Siti ini.

Di Pantai Tanjung Nipah ini, aku akan asyik mengarang cerpen atau menulis puisi di telefon bimbit. Barangkali orang akan menyangka aku sedang menaip SMS yang panjang lebar kepada sesiapa, padahal mereka tidak pernah tahu aku sebenarnya sedang menyiapkan cerpen atau menyudahkan puisi. Dan sudah berapa banyak puisi yang telah kusiapkan dalam telefon bimbitku ini, puisi untukmu lebih-lebih lagi. Bersunyi-sunyi di sini mengembalikan aku jauh ke dalam kenangan – aku kembali teringatkan Teluk Ketapang. Sebuah pantai jauh di Kuala Terengganu yang pernah kuhuni lebih seminggu. Aku kembali teringatkan Kak Rosmani dan Abang Zahari. Aku kembali teringatkan Along, Angah, Firdaus, Aiman dan Ali. Kenangan bersama mereka begitu manis sekali dan sangat membekas di hati. Sekarang, yang tinggal untuk diriku hanyalah Pantai Tanjung Nipah yang sunyi dan sepi ini. Hampir setiap petang jumaat aku akan membawa diri ke sini. Bersendirian di sini memberikan aku sejuta ketenangan. Dan inilah satu-satunya cara yang dapat kulakukan buat mengubat kelukaan hati ini kerana aku sudah tak punya siapa-siapa lagi selain diriku sendiri.

Jangan cari aku di Facebook kerana aku belum sempat mendaftar di sana. Walaupun aku tahu ia sudah menjadi kegilaan begitu ramai manusia moden hari ini. Sampai kurasakan seperti hampir setiap orang yang menggunakan perkhidmatan internet itu mempunyai akaun Facebook. Aku bukannya suka sangat terlalu menjual diri hinggakan begitu dikenali. Aku lebih senang begini, seadanya diriku ini – aku lebih suka berjalan kaki dan naik bas pergi rata-riti atau terkadang-kadang menahan teksi, bersesak-sesak dalam komuter atau LRT, dan pernah juga aku merasa betapa seksanya duduk berhimpit atas beca roda tiga. Aku lebih senang tidak dikenali. Aku sangat bahagia sekali jika lebih ramai yang tidak mengetahui bahawa aku ini lulusan universiti. Biarlah aku dikenali hanya sebagai seorang anak petani yang mengerjakan sawah padi. Kerana aku memang dibesarkan dengan percik susu di kebun getah dan hanyir selut lumpur di tengah sawah. Aku bukan anak nelayan, jauh sekali jutawan.

Aku berkeyakinan sekali tentu benar jawapan Tuhan selepas istikharahku yang genap tujuh kali seperti yang pernah kulakukan dulu, maka aku akan tetap menantimu dan menunggu saat-saat indah menghuni di platform yang tak bernombor itu. Akan sampai waktu hatimu akan terbuka juga untukku. Aku tetap akan percaya itu dan tidak pernah putus-putus doaku dari waktu ke waktu sehinggalah hatimu benar-benar terbuka untukku, “Ya Allah ya Tuhanku, kurniakanlah kepadaku isteri dan anak-anak yang menyejukkan mata hatiku dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang mahu bertaqwa.”

[Cerpen ini telah disiarkan dalam akhbar Mingguan Wasilah edisi 25 - 31 Oktober 2009, tq pada penulis yang tidak ku tahu namanya]

#WW CARI REZEKI

Inilah kehidupan. Demi mencari rezeki, menyara keluarga, memberi anak-anak sesuap nasi, apa saja sanggup dilakukan oleh Ketua Keluarga. Biar kerja itu penat, meletihkan, membahayakan diri, itu semua tidak dihiraukan asalkan ada makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk keluarga.  Kita yang hidup senang lenang, cukup bulan dapat gaji, buat kerja ke, tak buat kerja ke, check akaun bank pasti ada duit setiap bulan...kita perlu bersyukur atas kurniaan Allah pada kita. Bukan semua orang hidup senang macam kita....
Akak insaf tengok betapa susahnya orang mencari rezeki. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kais malam makan malam ....opsss...tidur la...dah letih kais waktu siang....hehe gurau2 sikit, serius sangat pun tak syokkan... 

Sabtu, 7 Januari 2012

PESANAN BUAT DIRI SENDIRI


♥ 5 Pesanan Buat Mu Wahai DIRI ♥ 

1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU. 
2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU. 
3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU. 
4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI. 5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM & BERLALU PERGI. 
Mana yang baik datang dari Allah maka sekira bermanfaat kongsikan bersama-sama sahabat dan rakan taulan anda. 
(copy fb kwn)

Jumaat, 6 Januari 2012

MARI BERSANGKA BAIK DENGAN ORANG

BUKAN NIATKU SENYUM UNTUK MENGEJEK, JUGA BUKAN SENYUM MENGGODA TAPI SENYUMAN INI ADALAH SEDEKAHKU PADA ORANG YANG MUNGKIN TERPANDANG SECARA TIDAK SENGAJA
Mari ber"husnudzon" (bersangka baik).. :)

Orang yang suka beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik
Orang yang suka senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela

Mana kita tahu ... Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana kita tahu ... Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah
Mana kita tahu ... Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya
Mana kita tahu ... Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana kita tahu ... Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya
(copy fb Heliza Helmi)

RENUNGAN PAGI JUMAAT

  
RENUNGAN DARI WANITA UNTUK WANITA
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda.

"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dirinya dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata.

Aku bertanya kepada Rasulullah:

"siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita"

Jawab Rasulullah:

"Suaminya."

"Siapa pula berhak terhadap lelaki?"

Jawab Rasulullah:

"Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

Rabu, 4 Januari 2012

#WW PAPA I LOVE U

Inilah wajah ayahku yang kini berusia 89 tahun dan terlantar akibat stroke sejak 4 bulan lalu. I love U Very Much Pak.

WAHAI LELAKI PENGGODA

 BA MENGGODA TAK???
DENGARKANLAH SUARA HATI WANITA

Wahai lelaki,
apa yang kamu dapat sebenarnya
Apabila kamu ‘memancing’ wanita
Kamu menyentuh hati wanita
Kemudian kamu tinggalkan dia terkontang-kanting sendirian

Wahai lelaki,
Pasti kamu salahkan wanita
Mengapa mengharap kepadamu
Tapi kamu perlu tahu
Wanita hatinya cukup lembut
bila kamu sentuh hatinya, dia mudah menghargai
Pasti kamu pertikaikan
Siapa suruh berharap?
Tapi pernahkah kamu tanya pada diri kamu
Siapa yang memberi harapan kepada wanita itu?
Bukankah lelaki yang selalu memberi harapan
Dengan bunga-bunga ayat yang mereka cipta?

Wahai lelaki
Kami akui wanita sangat mudah perasan
Itulah sifat wanita dan mungkin itu juga kelemahan wanita
Kami redha dengan kelemahan itu
Tapi wahai lelaki
Allah ciptakan kamu dimuka bumi ini
Bukanlah untuk mengambil kesempatan
Atas kelemahan wanita jauh sekali menzalimi kami
Tapi Allah ciptakan kamu supaya kamu
Membimbing wanita yang lemah ini
Maka kamu perlu tahu
Dan jangan sesekali buat kami berharap jika hati kamu tidak ikhlas..

Wahai lelaki
Apa yang kamu dapat sebenarnya
Apabila sudah berjaya pancing wanita,kemudian kamu lepaskan dia
Mungkin kamu dapat pujian melambung dari kawan-kawan
Mungkin kamu nampak begitu gah di kalangan kawan-kawan
Tapi pernahkah kamu fikir
Kedudukan kamu disisi Allah?
Betapa Allah mengutuk manusia yang menyakiti hati manusia lain

Wahai lelaki
Jika kamu seorang yang taat,
Jika kamu sangat menjaga solat kamu
Mengapa lakukan ini pada wanita
Bukankah solat itu mencegah manusia dari melakukan kemungkaran
Bukankah menyakiti hati manusia lain itu perbuatan yang zalim?

Wahai lelaki,
kecoh sekali kamu hebahkan
Bahawa kamu mahu isteri yang solehah
Tapi dalam masa yang sama
Kamu tidak putus-putus memancing wanita
Untuk tunjukkan kehebatan kamu sebagai lelaki
Apakah kamu lupa pada janji Allah dalam kalamNya

“ Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)……………” ( An-Nur : 26)

Wanita yang baik untuk lelaki yang baik
Adakah layak kamu peroleh wanita solehah
Andai kamu sendiri menyakiti hati kaum bakal isteri kamu
Adakah kamu rasa diri kamu cukup soleh
Semata-mata kamu menjaga solat padahal solat kamu
Tidak sesekali mencegah kamu menzalimi kaum wanita

p/s: Lelaki, cubalah kenali siapa wanita sebenarnya, dari mana wanita dicipta. Mereka dicipta bukan dari kaki untuk dialasi, bukan pula dari kepala untuk kalian junjung tapi wanita dicipta dari rusuk lelaki yang dekat dihati supaya mereka dilindungi. Renung2kan~
(copy fb kwn yg maybe tengah frust dgn lelaki) 
p/s: Sori BA pinjam pic sat...TQ.

NAK TUTUP LA NI!

 manisnya kalau kita bertudung, tutup mana-mana yang patut
Akak rasa semua wanita tahu yang mana satu aurat kita yang perlu kita jaga termasuk jugak dengan akak tetapi kita ni selalu buat dono ja kan. Kita tahu itu aurat tapi saja-saja ja nak bukak dan tunjuk kat orang yang bukan muhrim kita. Kita tahu itu berdosa tapi kita tetap nak buat jugak....nak tunjuk apa yang kita ada dan suka, tersenyum-senyum manja bila orang yang bukan muhrim puji kita. Astaqfirullahhaladzim..........
"Rambut U cantik la, syampu apa U pakai, buat rebonding ke?"
"Cantiknya jari U, gebu, halus, mulus, kuku pun berkilat"
"Wanginya...meh nak cium sikit"
"Amboi! jeling-jeling pulak, tu yang buat I tak tahan tu"
"Sehari I tak dengar suara U,  rasa tidur I tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang, bila sikat rambut pun rasa macam botak je"  
INILAH DUA BELAS AURAT WANITA YANG PERLU KITA TAHU DAN JANGAN BUAT TAK TAHU LAGI! 

1. Bulu kening
Menurut Imam Al-Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening -
Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng

3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat
Muslim dan Bukhari.

8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata 
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari
Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda Rasulullah SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. 
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al
Bazzar.
 
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
Susah ke nak jaga aurat?....sama-sama kita fikirkan.  Mari kita cuba semampu boleh. InsyaAllah lama-lama akan terbiasa dan terpelihara aurat kita. Tak ada siapa yang nak dosa, semua nak kejar pahala, ye dak???
p/s: Akak pun belum mampu dik oi...selalu je nampak, bukan saja aurat tapi urat jugak...nak cuba la ni! malu pada diri sendiri, lebih malu pada Allah. Astaqfirullahhaladzim.... 

Selasa, 3 Januari 2012

KEMBALI KE SEKOLAH

 Anak-anak kembali ke sekolah tapi mak yang letih...adoiiihhh....

Alhamdulillah hari ni anak-anak dah kembali ke sekolah. Semua ibu pasti sibuk menguruskan anak-anak ye!. Akak pun sibuk sampai kena ambik cuti uruskan mereka, seorang di sekolah rendah, dua di sekolah menengah. Seorang lagi dah masuk IPT. Letih betul hari ni. Inilah akibatnya suka buat keja last minit. Baru kelmarin akak sempat jahit lencana sekolah, balut buku-buku sekolah diaorang. Lain kali tak nak buat keja last minit lagi, sakit pinggang duduk membalut buku teks hampir 50 buah, campur buku latihan dan buku tulis untuk 3 orang...huhuhu 

Isnin, 2 Januari 2012

RENUNG SEJENAK

RENUNGAN UNTUK KITA SEMUA..

SeANGKUH & SeHEBAT Apapun Kita, Diatas Hamparan Sejadah jugalah Dahi Kita BerSUJUD,
SeCANTIK & SeINDAH Apapun Rupa kita, Kain Putih Jugalah Yg Pada Akhirnya akan Membalut TUBUH Kita,
SeKaya & SeBanyak Apapun Harta Kita, Tidak Akan Dapat Dibawa Jika pergi Menghadap ILAHI,
SeGAGAH & SeKUAT Manapun Kita Berjalan/Berlari, Pada Akhirnya Akan Tetap DIUSUNG Juga,
SeRAMAI & SeBANYAK Apapun Teman2 Kita, NAMUN KITA AKAN PERGI SEORANG DIRI JUGA 1 HARI NANTI...MATI ITU PASTI
 SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MERASAI MATI

I'M PROUD TO BE A MUSLIM


YA ALLAH... AKU HAMBAMU YANG LEMAH
MASIH LALAI 
MASIH LEKA
ALPA DENGAN KESERONOKAN DUNIA
AKU AMAT TERASA............KERDILNYA DIRI INI
AKU TAK LAYAK................
TETAPI YA ALLAH
BERILAH AKU KEKUATAN YA ALLAH 
UNTUK BERDAKWAH DI JALANMU
WALAU DENGAN HANYA SEPOTONG AYAT
'ISLAM IS THE WAY OF LIFE' 
'I'M PROUD TO BE A MUSLIM'

Ahad, 1 Januari 2012

DOA DI TAHUN BARU 2012






Tahun baru 2012....mari kita mulakan dengan doa moga tahun ini kita lebih bersemangat menjalankan tugas dan tanggungjawab dan juga elakkan bebanan hutang. Tahun baru tak semestinya semua perlu ditukar baru. Pakai je la mana yang ada. Jangan membazir dan ingat membazir itu amalan syaitan. 
Kereta masih elok, tiada masalah apa pun...jadi pakai je la, biar kecik asal tak kena panas & hujan. Bersyukurlah ada jugak kereta walaupun kecik. Cuba tengok orang lain yang jalan kaki, bermotosikal...kesiannn.....kena hujan....hehehe (cuba mengingatkan diri sendiri sebab ada bisikan syaitan dalam diri suruh tukar kereta baru)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA