PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Ahad, 12 Februari 2012

TAK NAK MENGUMPAT LAGI DAH

 
TAK NAK MENGUMPAT LAGI DAH...TAKUTTT...
BOLEH CAYA KE KALAU ADA ORANG CAKAP DIA TAK NAK MENGUMPAT LAGI DAH
PAYAH JUGAK NAK JAGA LIDAH NI, KITA SELALU TERKATA TERUMPAT ORANG TANPA KITA SEDARI.
KITA JUGA SELALU MENDENGAR ORANG MENGUMPAT, DAH TU MENYAMPUK....BLA...BLA...BLA SAMBUNG MENGUMPAT SAMA
APABILA BERKUMPUL DENGAN KAWAN-KAWAN MESTI ADA JA YANG BERCERITA ITU INI...LAST-LAST MENGUMPAT LA JAWABNYA.
YA ALLAH PELIHARALAH LIDAH KAMI
AKAK YANG PENDIAM DAN PEMALU NI PUN SELALU SECARA TAK SENGAJA MENGATA KAT ORANG JUGAK....ASTAQFIRULLAH...MARILAH KITA SAMA-SAMA JAGA LIDAH, KATAKAN HANYA YANG BENAR, BERBICARA HANYA APABILA PERLU, JANGAN TERLEBIH RAMAH-TAMAH, FIKIR DULU SEBELUM BERKATA
SESUNGGUHNYA LIDAH NI LEBIH TAJAM DARI SEBILAH PEDANG.....FIKIR-FIKIRKAN....
 
Dalil dari sepotong ayat Al-Quran dan dua hadis sahih ini boleh dijadikan hujah yang melarang kita mengumpat. Kadang-kadang berlaku dengan kita sedar, dan kadang-kadang kita terumpat tanpa kita sedari.

Firman Allah bermaksud: "Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah daripada kamu. Adakah seorang daripada kamu suka makan daging bangkai saudaranya, tentunya kamu semua membenci memakannya..." (Surah al-Hujurat, ayat 12)
Rasulullah SAW menjelaskan mengumpat ini dalam sabda baginda yg bermaksud, “mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya”
(Hadis Riwayat Muslim)

Daripada Anas r.a. katanya, Rasullah bersabda :

"Ketika aku dimikrajkan (malam israk dan mikraj) aku berjumpa dengan satu golongan yang kukunya adalah daripada tembaga, mereka melukakan muka-muka dan dada-dada mereka (dengan kuku itu). Lalu aku bertanya : Siapakah mereka ini wahai Jibril? Jibril menjawab : Merekalah orang-orang yang memakan daging-daging manusia (mengumpat) dan mengatakan keburukan terhadap maruah orang lain".

Hadis riwayat Abu Daud.

2 ulasan:

roq berkata...

ewww....x mo la makan sedare sendiri.... nice entry :)

singgah2 la sini :)

Unknown berkata...

:) memang betul...kurangkan berkata²...lebihkan berzikir

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA