PEGANGAN HIDUP

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

REZEKI

Selasa, 29 November 2011

PANJANGNYA LIRIK


Panjangnya lirik lagu ni. Tajuknya AKU MAAFKAN KAMU nyanyian Malique feat Jamal Abdillah. Dalam maksudnya tu bagi orang yang faham la...tapi akak ni lembab sikit, hehe tak faham sangat....sapa faham ceciter sat

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi
 dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi
 susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali
 terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Kenapa awak tak pukul mereka?
Saya tak suka pada keganasan
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Sabtu, 26 November 2011

KENAPA KITA DIUJI ALLAH


Esok kita bakal menyambut 1 Muharram, kita akan melangkah ke tahun baru Hijrah. Sekejap saja tahun berganti tahun. Tahun yang bakal ditinggalkan ini mencipta bermacam-macam sejarah yang pastinya menjadi kenangan sama ada pahit atau manis kepada kita. 
Akak turut merasai kesedihan kawan-kawan dan kaum keluarga yang kehilangan orang tersayang. Lima hari lepas kawan akak kehilangan suami tersayang. Sedih rasanya kerana belum setahun dia mendirikan rumahtangga, suaminya telah kembali ke rahmatullah. Ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Allah. 
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

Bentuk-bentuk ujian yang diberikan:

Di dalam al-Quran, ada disebutkan ujian-ujian yang diberikan oleh Allah kepada kaum manusia hambanya.
Antaranya adalah :

1. Dugaan yang diberikan kepada kaum Nabi Musa dan Harun adalah dengan anak lembu, yang mana mereka jadikan sembahan. (al-A’raf: 148, Thohaa: 90)
2. Unta betina sebagai ujian buat kaum Tsamud (al-Qamar: 27)
3. Bangunan-bangunan tinggi (yang mewah) buat kaum ‘Ad (al-Fajr: 7-8)
4. Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum Musyrik dengan kebakaran. (al-Qalam: 17)
5. Ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan. (al-Baqarah: 155)
6. Anak-anak serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15)
7. Jihad sebagai ujian bagi orang yang beriman (al-‘Ankabut: 6)
8. Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49)
9. Kekayaan dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16)
10. Kehidupan serta kematian sebagai ujian. (al-Mulk: 2)
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH. MARILAH KITA BERHIJRAH KE ARAH KEJAYAAN DI DUNIA & AKHIRAT.

Jumaat, 25 November 2011

4 KEMULIAAN UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W

 
4 Kemuliaan Umat Nabi Muhammad S.A.W

Nabi Adam A.S. berkata : Sesungguhnya Allah SWT telah memberi kepada umat Muhammad 4 kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku iaitu:-

1- Menetapkan tempat taubatku di Makkah sedangkan umat Muhammad diterima taubat mereka di mana-mana tempat.

2- Dahulu aku berpakaian tetapi apabila aku berdosa ditelanjangkan, sebaliknya umat Muhammad berbuat dosa dengan telanjang Allah SWT tetap memberi pakaian pada mereka.

3- Ketika akau berbuat dosa, aku dipisahkan dengan isteriku, tetapi umat Muhammad berbuat dosa tidak dipisahkan dengan isteri mereka.

4- Saya melakukan dosa didalam Syurga lalu dikeluarkan, tetapi umat Muhammad berbuat dosa di luar Syurga kemudian mereka dimasukkan ke dalam Syurga.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S: 786.

Rabu, 23 November 2011

WORDLESS WEDNESDAY: MONYET GATAL

Ingatkan orang ja yang gatal tapi monyet pun gatal jugak ye! Bagi penampau sebijik baru tau ....hehe

WORDLESS WEDNESDAY: CEPAT KAWIN TAU

HIDUP SINGLE = boring
HIDUP SKANDAL = berdosa
HIDUP BERUMAHTANGGA = bila lagi ???

Pada adik-adik akak yang masih single dan selalu rasa boring tu maka cepat-cepatlah cari jodoh. Akak lapar nasi minyak ni! Jangan lupa jemput akak ye!

Selasa, 22 November 2011

WORDLESS WEDNESDAY 2

TANDAS MESRA
 
Ada jugak tandas macam ni ye! Kat rumah sapa la ni. Mesra sungguh diaorang ni. Akak tak sanggup...sapa sanggup 'melabur' sambil berbual mesra kat tandas ni....hehe...ada yang angkat tangan tu! Tahniah pada anda yang mampu bermesra kat sini. 

Isnin, 21 November 2011

JANGAN BERSEDIH

 
~✿..KESEDIHAN tidak selamanya menutup sinar KECERIAAN di hati dan KEBAHAGIAAN juga tidak selamanya BERTAKHTA di sanubari..usirlah keresahan, kekecewaan dan kehampaan yang memilukan dari terus mencengkam dan membelenggu hati..hadirkanlah rasa KEHAMBAAN kepada Allah dengan KEIMANAN yang sebenar agar segala kekusutan yang menyedihkan itu tersirna dari hati insani..✿~

"Setiap BENCANA yang menimpa di bumi ini dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah TERTULIS dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak BERSEDIH HATI terhadap apa yang luput dari kamu dan tidak pula TERLALU GEMBIRA terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah TIDAK MENYUKAI setiap orang yang sombong dan membanggakan diri.”
(Surah Al-Hadid : 22-23)

>>> Jangan bersedih wahai hati, hidup ini lebih BERMAKNA jika dirimu mampu berdepan dengan masalah dunia dengan sebaiknya..usirlah sedih, usirlah sepi..hadirkanlah sinar di hati, bangkitkanlah kembali semangat dalam diri..ya Allah di saat ini, aku terlalu memerlukanMu di sisi..♥♥♥
Kredit: Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah

Khamis, 17 November 2011

LARANGAN DALAM TIDUR

 
5 LARANGAN DALAM TIDUR

1. JANGAN TIDUR MEMAKAI JAM TANGAN
Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya.

2. JANGAN TIDUR MEMAKAI COLI (buat perempuan)
Para pengkaji di Amerika mengatakan bahawa memakai coli lebih 12 jam, boleh mengakibatkan kanser payudara.

3. JANGAN TIDUR MEMBAWA HANDPHONE
Gelombang Medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem syaraf kita

4. JANGAN TIDUR KETIKA MASIH MEMAKAI MAKE-UP
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas

5. JANGAN TIDUR DENGAN ISTERI ORANG (buat lelaki)
Ini kerana anda mungkin akan tidur selamanya, kehkeh.
ikuti la tips yg bergune ni... XD
peace no war...
copy fb kwn

Selasa, 15 November 2011

BADAN PEJAL DENGAN AIS


Tips kecantikan wanita Perancis mudah saja. Bagi mendapatkan tubuh yang pejal, munggil dan menggoda, mereka akan mandi di dalam air sejuk. Selain itu mereka juga gemar merendam payudara dalam air sejuk yang ditambah ketulan ais. Ais dapat menegangkan saluran darah kecil dalam kulit. Rangsangan yang terjadi ini akan menjadikan payudara mereka kelihatan lebih tegang dan cantik. Cubalah tip ini untuk tampil lebih yakin dan menawan! (Majalah Rapi)

p/s: Nak cuba rendam dalam air sirap...merah itu menawan...hahaha

CUBA ANDA BAYANGKAN

 
Cuba anda bayangkan ibu anda. Ingat betul-betul wajahnya, masih ayu atau dah kedut seribu. Wajah seorang ibu yang telah melahirkan anda, abang anda, kakak anda, adik anda dan yang telah menjaga anda dengan penuh kasih sayang. Tahukah anda apa yang ibu anda rasa waktu melahirkan anda dan semua adik, abang, kakak anda. Tahukah anda badan manusia hanya mampu menahan sehingga 45 del (unit) kesakitan. Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 del (unit) kesakitan. Ini sama dengan mematahkan 20 tulang secara serentak. Sekarang bolehkah anda bayangkan, kesakitan & kasih sayang seorang ibu?
Kredit: Anwar Fadzil
 
p/s: Akak bukan nak mengungkit tentang kesakitan yang telah akak rasa sewaktu melahirkan empat orang anak, tiga lelaki dan seorang perempuan tapi kata orang tua-tua akak boleh dianggap telah putus 7 urat sebab melahirkan anak lelaki putus 2 urat dan anak perempuan 1 urat. Mak akak lahirkan 10 orang, 4 lelaki, 6 perempuan jadi lagi banyak urat dia putus. Sedih tengok wajah mak yang dimakan usia
Ibu ratu hatiku, pengorbananmu melahirkanku amat dihargai. Terima kasih ibu.

Ahad, 13 November 2011

SEBAB AKAK GEMUK

 Ni gambar sebelum treatment

Semenjak dua menjak ni hubby akak selalu tegur akak dah gemuk. Dia tak bagi akak makan nasi waktu malam tapi dia boleh pulak, mana aci, akak masak penat-penat mesti la kena makan...betul tak? Akak dulu slim ja, berat tak pernah melebihi 55 kg. Lepas bersalin anak bongsu hari tu berat akak 52 kg je tapi sekarang mak oi dah naik 8 kg. Patut banyak baju dah mengecil, kecut ja bila nak pakai. Ini tak boleh jadi, akak kena exercise ni, nk kembalikan berat badan ideal bukannya senang. Akak dah diet secara salah sampai dapat gastrik. Baru akak tahu macamana rasanya gastrik...uish sakit sungguh. Akak dah pergi Mayfair, habis dekat RM 800 tapi akak tak suka kena banyak pantang, minum teh pun tak boleh...mana tahan makan oat dan epal hijau ja...hehe akak lari tak habiskan treatment. Lepas treatment berat turun jugak 2 kg, lepas tu naik balik 2 kg. Naik turun naik turun. Akak sekarang ni cuba tak makan malam, dah 3 hari dah tak makan, cuma minum segelas anlene gold sebelum tidur. Harap-harap dapat bertahan la seminggu dua...hehe harap pi la. Akak ada terbaca tentang nilai kalori makanan. Akak fokus pada makanan kegemaran akak je:-
1. Laksa - 1 mangkuk (680 gm) = 470 kcal (2 gm lemak), akak selalu makan 2 mangkuk
2. Mi kari - 1 mangkuk (520 gm) = 670 kcal (36.8 gm lemak), akak selalu makan semangkuk je
3. Bihun Sup - 1 mangkuk (580 gm) = 510 kcal (1.7 gm lemak), akak selalu makan 2 mangkuk
4. Nasi Paprik - 1 pinggan (355 gm) = 505 kcal (5.1 gm lemak), akak selalu makan sepinggan je
5. Rojak - 1 pinggan (330 gm) = 750 kcal (51.2 gm lemak), akak selalu makan 2 pinggan
hah cuba kira, berapa banyak lemak de....
sapa nak kurus jom....timbang berat anda...kuang kuang kuang

p/s: Jangan suruh akak cuba ubat-ubatan, makanan herba dll, akak dah try macam2 cth. Herbalife, detoxslim, set beautiful, maajun kurus, pil tradisional mcm2 nama, teh kurus, mesin urut pecah lemak pun ada, dok berabuk dalam kotak, patch slim pun ada, susu utk kurus pun pernah minum tapi semua tak pernah pun akak habiskan dan cuba bersungguh-sungguh...adoyai....   

  Ni gambar selepas treatment....ala tomei tomei

MAKLUMAT BERKAITAN KAABAH

 
Kisah Kaabah yang tidak ramai ketahui

Sedikit maklumat berkaitan Kaabah
 
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
 
Subhanallah...Hanya Allah Maha Mengetahui. Teringin sangat untuk ke sana...

Kredit: Misteri & Keajaiban Alam

Sabtu, 12 November 2011

CERITA SEDIH


Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...
Kredit: Himpunan Cerita Sedih

Jumaat, 11 November 2011

MIMPI RASULULLAH

 
Pesanan Dari Mimpi Rasulullah

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah R.A berkata, Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam  sebelum aku di Israqkan..."

1. Aku telah melihat seorang daripada umatku telah didatangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.

2. Aku melihat seorang daripada umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka dia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan menggunakan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan ke dalam mulutnya dan dikeluarkan rantai tersebut melalui duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi oleh kerana SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dia dihalang daripada meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T memberinya minum hingga dia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpin ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.

7. Aku melihat seorang daripada umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T lalu menabir muka dan kepalanya daripada bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKAN PESANKU KEPADA YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Khamis, 10 November 2011

PERKONGSIAN MALAM JUMAAT

 
~ Sekadar perkongsian ~


.......dulu hamba sendiri dgr lagu2 sblm tidur..kdg2 sampai tak tertutup lagu tu..satu hari....ibuku menegurku, 'kalau lah mati dalam tidur mcm mana?? bknnya kalimah ALLAH yg didgr, tapi alunan muzik!!!'..


....jadi di sini ada sedikit perkongsian dan ingatan bg rakan2 dan diriku juga.. =)


Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur

sebelum melakukan empat perkara, yaitu :


1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meridhai kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah


"Bertanya Aisyah :


"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"


Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas

tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.


Bismillaahirrahmaanirrahiim,


Qulhuallahu ahad' Allahushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul

lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )


Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.


Bismillaahirrahmaanirrohiim, Allahumma sollii 'alaa syaidinaa

Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )


Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Astaghfirullahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum

wa atuubu ilaih ( 3 x )


Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka

seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"


Bismillaahirrahmaanirrahiim, Subhanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha

illalloohu allahu akbar(3 x )


Sekian untuk ingatan kita bersama.



Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan (beristiqamah wlaupun sdikit) bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Rabu, 9 November 2011

WORDLESS WEDNESDAY 1

TANYA PADA SEMUA IBU APAKAH SAAT PALING INDAH WAKTU MENGANDUNG...PASTI JAWAPANNYA DI KALA BAYI DI DALAM BERGERAK MENENDANG-NENDANG PERUTNYA. TAK DAPAT DIUNGKAP BAGAIMANA RASANYA DENGAN KATA-KATA. HANYA SEORANG IBU YANG MENGERTI. INILAH KASIH SEORANG IBU, BAHAGIA MENANTI KELAHIRAN YANG PASTINYA AMAT MENYAKITKAN TETAPI REDHA MENGHADAPI SEGALANYA DEMI ZURIAT SENDIRI.

KAITAN SPERMA DAN STRESS

SPERMA BOLEH MENGHILANGKAN STRESS WANITA


Tekanan adalah keadaan mental yang boleh mengganggu dan menurunkan kualiti hidup. Berbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi tekanan. Sebuah kajian mendapat air mani lelaki juga boleh dijadikan ubat anti tekanan.


‘Air mani membuatkan wanita bahagia’. Itulah kesimpulan yang luar biasa dari sebuah penelitian yang membandingkan perasaan wanita yang menggunakan kondom saat berhubungan seks dengan yang tidak menggunakan.


Menurutnya, ternyata kehamilan yang tidak diingini atau penyakit seksual yang menular akan lebih besar kesannyanya daripada mengimbangi kesan psikologi yang menguntungkan dari air mani. Dalam penelitian ini, pasukannya membahagi 293 wanita dalam beberapa kategori.


Kajian menjurus kepada berapa kerap pasangan mereka memakai kondom dan tahap kebahagiaan dinilai dengan menggunakan alat Beck Depression Inventory. Peserta dengan skor rendah adalah yang paling bahagia dan skor lebih dari 17 dianggap cukup tertekan.


Hasilnya, wanita dengan pasangan yang tidak pernah menggunakan kondom mendapat keputusan rata-rata 8, wanita dengan pasangan yang kadang-kadang menggunakan kondom mendapat keputusan 10.5, yang selalu menggunakan kondom 11.5 dan wanita yang tidak pernah membuat perhubungan seks mendapat keputusan 13.5. Dan menurut hasil penelitian yang telah diterbitkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior ini, gejala kemurungan dan usaha bunuh diri sering terjadi pada wanita yang menggunakan kondom secara teratur dibandingkan dengan yang tidak.


Hasil penelitian yang akan menimbulkan kontroversi ini menunjukkan bahawa wanita yang secara langsung terkena air mani akan lebih jarang merasa tertekan atau kemurungan. Pengkaji merasakan hal ini kerana adanya perubahan perasaan wanita akibat hormon dalam air mani yang diserap melalui vagina. Hal ini tidak terlalu mengejutkan, kerana air mani mengandungi beberapa hormon yang mengubah perasaan seperti testosteron, estrogen, hormon perangsang folikel, hormon luteinizing, prolaktin dan beberapa prostaglandin yang berbeza.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REZEKI

REZEKI

TOP 5 KOMENTAR

KOMEN LA

KOMEN LA LAGI

REZEKI

REZEKI

churp me

ads

churp me

ads

BERITA SEMASA