PEGANGAN HIDUP
Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".
REZEKI
Ahad, 30 Oktober 2011
Sabtu, 29 Oktober 2011
Isnin, 24 Oktober 2011
(18SX) KREATIF GILE
PANJANGNYE ULAU...TAKUT TENGOK DIA MENJOJOL NAK MEMATUK
Manusia ni memang kreatif, ada ja yang dibuat. Kadang-kadang tak terfikir pun oleh otak akak. Akak ni kerastangan, melukis tak pandai langsung, masa sekolah, lukisan tak pernah dapat A. Teringat cikgu suruh lukis orang akak lukis kartun. Cikgu suruh lukis kerbau, akak lukis macam kucing. Sayangnya semua lukisan tu dah tak ada. Kalau tidak boleh la akak tunjuk kat sini bagi orang gelak...kah...kah...kah, sekali lagi gelak kuat kuah kuah kuah....
Gambar kat atas akak jumpa dalam fb, siapa lukis tak pulak disebutkan. Tahniah pada orang yang kreatif sangat tu.
Jumaat, 21 Oktober 2011
RENUNGAN JUMAAT
Sabda Nabi Muhammad S.A.W : “Berpelukan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahramnya.” -Riwayat Ibnu Majah- Bersentuhan (dengan sengaja dan apatah lagi bertujuan syahwat) antara lelaki dan perempuan bukan mahram tanpa adanya ikatan pernikahan yang sah adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing/khinzir tidaklah berdosa dan hanya perlu disucikan melalui samak (bukan bertaubat!). Ini kerana, yang diharamkan ke atas kita adalah untuk memakan dagingnya, dan bukanlah menyentuhnya. Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh pasangan bukan mahram yang tidak halal bagi seseorang itulah yang dikira sebagai dosa dan maksiat!
Khamis, 20 Oktober 2011
(18SX) PERTAMA KALI LETAK GAMBAR TAK SENONOH
SENANGKAN, TAK PAYAH MEMBAZIR DUIT BELI PAMPERS
Mintak maaf banyak-banyak, ni baru pertama kali akak letak gambar !@#$%^&*. Kesiankan tengok budak ni. Tapi kesian lagi kat mak pak yang miskin nak beli pampers pun tak ada duit. Mahal harga pampers sekarang ni. Pampers mak yang kecik tu pun dah mahai...ops...sori2. Tapi terfikir jugak, budak ni tak lasak ke tidur? Air kencing dia tak penuh segelas ke? Kalau buatnya terlupa, gelas tu letak kat meja dan orang ingat air teh...tak ke naya...Tak payah la banyak2 fikir. Bagi yang muda dan masih produktif, aktif siang malam tu, simpanlah duit untuk beli keperluan anak. Menabung ye untuk masa depan.
Rabu, 19 Oktober 2011
Selasa, 18 Oktober 2011
UBAT KANSER
Oleh: PenyuXP
* Saya suka makan buah durian belanda ni dulu tapi dah lama tak makan, kena tanam pokok ni....jom!
Isnin, 17 Oktober 2011
KALAU DAH JODOH
Kalau dah jodoh kita, ikan di laut asam di darat dalam periuk bertemu juga.
Jodoh ni ketentuan Allah
Ada nenek bertemu jodoh dengan bujang teruna
Ada yang cacat bertemu jodoh dara jelita
Ada yang dah siap pelamin tapi terpaksa bersanding sorang-sorang
Semua ini membuktikan bahawa kita hanyalah berusaha dan Allah yang tentukan segalanya
Bagi yang dah bertemu jodoh, hargailah jodoh anda
Allah dah janjikan, wanita baik jodohnya lelaki yang baik juga
Bagi yang sedang mencari jodoh, janganlah terlalu memilih, takut dapat ikan bilis....goreng pun sodap
3 JALAN MENUJU BAHAGIA
Menurut Martin E.P Seligman (Pakar Psikologi), terdapat 3 jalan menuju kesejahteraan dan kebahagiaan hidup yang berpanjangan iaitu:
1. HIDUP YANG MENYENANGKAN - lalui hidup dengan penuh ceria, seronok dan dipenuhi saat-saat gembira.
2. HIDUP YANG PADAT -penuhi hidup dengan aktiviti-aktiviti menyihatkan atau hobi yang membawa bahagia.
3. HIDUP YANG SIHAT BERMAKNA - jalani hidup sebaik mungkin dengan penuh matlamat untuk kehidupan sihat yang menyeluruh dan berterusan.
Ahad, 16 Oktober 2011
SUAMI YANG BERKUALITI
Gambar sekadar hiasan
Kalau suami mahu kesihatan reproduktif isteri subur, suami juga harus menjaga kualiti kesihatan diri sendiri.
Tips untuk membantu suami kekal sihat
1. Jangan merokok kerana merokok menurunkan kualiti sperma.
2. Elak tekanan kerana tekanan mengganggu fungsi organ reproduktif dan menghalang ereksi zakar.
3. Kawal suhu testis supaya berada dalam keadaan normal. Elak memakai seluar terlalu ketat, membuat kerja sambil memangku komputer riba dan berendam terlalu lama dalam air panas kerana suhu terlalu panas atau terlalu sejuk menganggu penghasilan sperma yang berkualiti.
Jumaat, 14 Oktober 2011
INGIN SEGERA KE SANA
Subhanallah, bercahaya...melambai umat Islam ke sana
Bila agaknya dapat menjejakkan kaki di Makkah Al Mukarromah? Selalu doa agar dapat sampai ke sana. Rindunya...ingin segera ke sana.
Rabu, 12 Oktober 2011
KERAJAAN MALAYSIA HARAMKAN PEMAKAIAN TUDUNG
SEDIHNYA
PANAS - KERAJAAN MALAYSIA AKAN HARAMKAN PEMAKAIAN TUDUNG DI
IPTA & IPTS TERMASUK SEKOLAH...... Pihak menteri juga sudah mengeluarkan
notis bagi pengharaman pemakaian
tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan
juga akan menghantar notis ini ke
... ... sekolah-sekolah. Pihak menteri juga telah
menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di
dalam sekolah ataupun kawasan kampus
antara jenis tudung yang tidak boleh
dipakai ialah:-
1)TUDUNG SAJI;
2)TUDUNG PERIUK;
3)TUDUNG TERMOS;
4)TUDUNG CAT;
dan berbagai-bagai jenis TUDUNG BOTOL
yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian
P/s : hahaha..hanya bercanda saje..jgn
ambil serius,ok.
WW# G
SENYUM ITU RINGAN
Terasa ringan saat melemparkan senyuman dan pastinya akan meringankan beban orang lain saat menerima senyuman dari kita.
Langgan:
Catatan (Atom)